Mereka Awesome :)

Saturday, September 18, 2010

SEPI

Ku pejamkan mata,
Kelam dan dingin,
Bermimpi berjumpa si pari-pari,
Bagi menemani sunyi diri ini,
Sekian lamanya,
Kau pergi dari hidup ini,
Meninggalkan ku sendirian
Menghela hari-hari depan ku,
Yang datang mencabar.
Dikau teristimewa,
Mengisi ruang kosong dihati ini,
Melebarkan sayapku melepasi angkasa,
Mencapai bintang terang,
Sentiasa mebuat bibir ini terus
Berkata-kata
Mengukir senyuman mesra,
Namun,
Sepi malam ku tidak terubat,
Kehilangan dirimu,
Dalam diari indah ku,
Menjadikan kekosongan
Terus meranjau hidupku,
Tiada lagi senyuman mu,
Menghiasi dinding kamarku,
Dikau laksana bulan,
Yang tiada penggantinya,
Perginya dirimu,
Umpama,
Lautan yang tiada birunya,
Umpama kelopak bunga yang berguguran
Di musim luruh.
Musim berganti,
Hari menjadi minggu
Minggu menjadi bulan,
Dan bulan menjadi tahun,
Silih berganti,
Namun dirimu masih
Kekal abadi dalam
Sudut hati ini,
Duhai teristimewa.

Tuesday, September 14, 2010

Cinta Sebenar

Sesungguhnya dunia ini sangat indah,
sangat indah,
Kehadiran Sang Mentari,
menyinari siang ku ceria,
Kehadiran Sang Bulan,
menerangi ibadah-ibadah malamku,
pada yang maha esa,

Kehadiran cinta
dalam hati manusia,
membuatkan hati ini hidup,
Sesungguhnya cinta ada tiga,
Iaitu cinta Syaitan,
Cinta Jin,
Dan Cinta Allah,
mungkin cinta kita tidak sehebat,
Zulaikha pada Nabi Yusuf AS,
Atau Siti Khadijah pada Nabi Muhammad SAW,
Pilihlah yang mana anda cintai,

Kehadiran rasa iman dalam jiwa,
membuatkan diri rasa patuh,
takut kepada segala maksiat,
Dan laranganMu,

Adanya Al-Quran Al-Karim,
mampu membuat yang resah menjadi tenang,
Mampu menutupi segala luka-luka di hati,
seperti sediakala,

Sesungguhnya adanya mu Ya Allah,
Hidupku berteman,
Hanya padamu Ya Allah ku bersujud,
Merintih mengadu siang dan malam,
menadah tangan bertaubat,
hidupku terisi dengan perjalanan,
Kerana sesungguhnya hanya mu Ya Allah,
Yang Maha Pencipta Dan Maha Mengetahui.

Erti Sahabat

Setiap malam ku,
ku bermimpi,
Bermimpi berjumpa bintang yang ku cintai,
Tinggi dan megah berada di cakerawala sana,
Mungkin nyata bagiku,
Tetapi tidak bagi yang lain,
Rasa yang masih tidak dapat ku luahkan,
Bagaikan tersekat
Daripada mengalir di salur darah ku,
Kenangan yang tercipta di antara ku dengan kalian
Hanya tinggal sejarah,
Mungkin berharga jika dijual,
Mungkin lebih berharga jika ku terus simpan di hati ini,
Dahulu pernah kita ciptakan alunan melodi indah,
Not muziknya sungguh indah pabila didendangkan,
Masih segar di ingatanku bagaimana,
Cerianya senyuman kamu semua,
Mungkin ada yang menangis,merintih,
Di dalam hati jika mendengarnya,
Mungkin ada antara kalian yang ingin muziknya dimainkan,
Berulang-ulang kali tanpa jemu,
Ada juga yang tidak mahu diulangkan,
Kerana takut,takut,
Kenangan yang pahit diingati semula
Kini,
Kalian telah pergi
pergi mengejar pelangi kehidupan,
Umpama kelopak bunga indah dan menawan,
Berkembang dengan gahnya,
Tiba-tiba
Menjatuhkan kelopaknya
Satu per satu,
Masih adakah terselit ruang,
Untuk kita bersama-sama kembali,
Mencantumkan kembali kelopak
Yang layu dibawa angin
Entah ke mana,
Mungkin ke utara,selatan,timur
Ataupun barat.
Kini kusedar,
Bahawa segala pertemuan dan perpisahan,
Pasti berlaku,
Tapi ku percaya,
Walau kemana kalian pergi,
Tidak kiralah walaupun hingga ke hujung dunia sekali,
Persahabatan kita pasti terjalin
Dengan eratnya,
Umpama bintang dan matahari
Yang terus setia menemani kita,
Dimuka bumi ini.