Mereka Awesome :)

Wednesday, January 19, 2011

Pria Terhebat

Dikau seorang pria,
menjadi pujaan bunga-bunga mekar,
di sekelilingmu,
lirikan matamu,
membuat jantung ini terus berdetap,
pesona dirimu,
membuat mata ku,
tidak lekang menatapmu,
kata-kata yang dilafazkan mu,
membuat bibir ini gugup berbicara,

Dikala sang suria gah di samudera,
aku indah melihatmu,
pabila malam dihiasi bintang dan bulan,
aku merindui akan dirimu,
benarkah aku jatuh cinta?

Wahai pria terhebat,
izinkan aku melafazkannya,
izinkan aku menjadi bidadarimu,
walaupun seketika,
kerna hati ini sudah bertaut,
akan pesonamu,
wahai pria terhebat.

Friday, January 7, 2011

Bukan Diriku

            Rezki seorang remaja perempuan yang sedang meniti waktu kedewasaan.Namun Rezki bukanlah seorang remaja perempuan yang normal seperti remaja perempuan yang lain..Sikapnya yang lebih menuju kearah kelakian sememangnya menjadi kerisauan mama dan papanya.Sejak insiden yang menimpa adiknya,Rezki menjadi semakin liar dan mengamalkan hubungan songsang.Kadangkala hatinya menjadi begitu dendam dengan kaum yang bergelar Adam.Rezki akan cuba memusnahkan mereka satu demi satu.Dendamnya masih belum lunas.

            Pagi itu,mentari melimpah sinar.Burung-burung berkicauan dengan mesranya.Dedaun yang menghijau dan berbunga yang mekar dengan bangganya sememangnya memberikan panorama yang indah sekali di bumi ciptaan-Nya.Rezki yang sedang lena diulit mimpi nan indah terjaga dari tidurnya pabila terdengar seruan azan subuh berkumandang.Dia bangun daripada katilnya yang empuk untuk menyiapkan dirinya ke sekolah.Dia akan memastikan penampilannya sentiasa kemas dan menarik bagi menghadapi hari yang baru serta memburu mangsa yang baru.Rambutnya kelihatan kemas dan bergaya seperti Frank Lampard.

            Selepas puas dengan penampilannya,Rezki turun ke bawah untuk menikmati sarapan paginya.Pagi itu,Mak Cik Zubaidah menyediakan makanan kesukaannya iaitu nasi goreng kampong untuk dijamu oleh Rezki.Semasa Rezki sedang menikmati sarapannya,Mak cik Zubaidah menyampaikan pesanan papa dan mamanya.’’Rezki,papa dan mama pesan bahawa mereka akan ke London selama 2 minggu atas urusan perniagaan di sana bersama Mr.Hendrick.”kata Mak cik Zubaidah lembut.Rezki memandang Mak cik Zubaidah dengan wajah yang penuh dengan kemarahan dan dendam di hati.”Huh...papa dan mama ke luar negara.Baguslah,senang saya ingin pulang lewat malam.Awas ya mak cik kalau mak cik memberitahu papa dan mama.Memang mereka tidak sayangkan saya.Lagipun saya membenci mereka.Mereka sayangkan adik sahaja.”kata Rezki dengan suara yang agak kasar lantas berlalu pergi daripada meja makan untuk pergi ke sekolah.

            “Ah,Rezki,kamu mahu Pak Cik Zaid hantarkan kamu ke sekolah?”tanya Pak Zaid dengan suara yang terketar-ketar kerana takutkan Rezki yang baru memarahi Mak cik Zubaidah.”Hei!Pak Zaid tak payah hantar saya.Saya bukannya macam papa dan mama yang mahu dihantar dan dijemput seperti raja dan permaisuri.Saya sudah besar.Saya boleh menunggang motosikal ke sekolah sendiri.”pekik Rezki.”Baiklah,Rezki.”jawab Pak Zaid sepatah.Rezki menghidupkan motosikal berkuasa tingginya,Suzuki.Ngauman enjin motosikal Rezki sememangnya memecah keheningan pagi .Lantas Rezki memecut laju motosikalnya meninggalkan kediaman mewahnya itu.Keegoaan Rezki sememangnya terserah.

          Setelah memasuki perkarangan sekolah,dia meletakkan motosikalnya di tempat yang telah disediakan.Dia mengunci motosikalnya untuk memastikan motosikalnya tidak dicuri oleh pelajar lain.Kehadirannya ke sekolah telah disambut oleh dua orang rakan baiknya iaitu Mya dan Zizi.Mereka merupakan antara pelajar yang paling digeruni di sekolah ini.Sedang mereka dalam perjalanan ke kelas,Rezki bersuara “Bagaimana perlawanan futsal petang ini?Jadi ke tak?”Zizi menjawab pertanyaan Rezki itu.”Mestilah jadi.Kali ini kita kasi ajar sama Farel tu.Baru padan muka dia.Hahahaha...”Rezki hanya senyum tawar kerana dia sudah tidak sabar untuk menumpaskan pasukan futsal Farel.Dia ingin kerjakan lelaki itu.

Loceng berbunyi tanda waktu kelas telah bermula.Rezki duduk di bahagian belakang kelas.Sememangnya dia jarang menumpukan perhatian ketika waktu pembelajaran.Apa yang dia tahu ialah mencari masalah dan bergaduh dengan pelajar lain malah dia juga tidak menghormati guru-guru di sekolahnya.Setelah hampir 15 minit loceng berbunyi kedengaran derapan tapak kasut menghampiri kelas 5 Zamrud itu.Kelihatan seorang guru lelaki yang berusia dalam likungan 25 tahun memasuki kelas mereka dan sememangnya mereka tidak mengenali guru itu dan menjangkakan bahawa dia mungkin menggantikan Cikgu Zulaikha yang mungkin menghadapi kesulitan.

“Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua murid.Nama saya Cikgu Adam Ashraf.Anda semua boleh memanggil saya Cikgu Ashraf.Saya akan menggantikan Cikgu Zulaikha yang pergi melanjutkan pembelajarannya di Ireland selama 2 tahun.Jadi saya merupakan guru Kimia kamu buat tempoh 2 tahun ini.Selamat berkenalan”kata Cikgu Ashraf dengan mengukir senyuman mesra di bibrnya merahnya.Kelihatan semua murid kelas 5 Zamrud sangat senang dengan kehadiran Cikgu Ashraf sebagai guru Kimia sementara mereka.Namun buat Rezki dia sememangnya tidak menyenangi dengan kehadiran Cikgu Ashraf itu.

Pada hari itu,Cikgu Ashraf hanya berkenalan dengan murid-murid kelas 5 Zamrud sewaktu sesi pembelajaran.Dia ingin mengenali mereka dengan lebih mendalam lagi dan untuk menyesuaikan dirinya dengan situasi baru.Maklumlah ini adalah kali pertama Cikgu Ashraf bertugas.Apabila tiba giliran Rezki untuk memperkenalkan dirinya,dia hanya membuat bodoh dan tidak menghormati Cikgu Ashraf.”Maaflah,aku tiada nama dan aku rasa engkau tak perlu tahu siapa aku.”kata Rezki dengan kasarnya.”Maafkan saya murid yang tiada nama.Saya bukannya beria-ia ingin mengetahui nama awak pun.Cuma ingin berkenalan saja.Ikutkan hati saya pun malas nak tahu nama awak malah muka awak pun saya rasa macam tak hendak tengok.”kata Cikgu Ashraf dengan selamba.Rezki hanya memandang Cikgu Ashraf dengan penuh perasaan meluat.”Nama aku Rezki”jawabnya.Moodnya terganggu dengan kritikan yang diberikan oleh Cikgu Ashraf itu.

Waktu menunjukkan tepat jam 2.00 petang.Loceng berbunyi menandakan tamatnya waktu pesekolahan pada hari ini.Rezki segera pergi ke bilik persalinan untuk menukar bajunya.Dia akan memastikan pasukan futsalnya menang apabila menentang pasukan Farel nanti.Dia akan berpuas hati apabila melihat Farel tersungkur kalah nanti.Setelah siap berpakaian kemas from top to bottom dengan jersi dan boot futsalnya dia berlalu pergi ke gelanggang futsal di dewan.Kelihatan Farel dan pasukannya sudah bersedia begitu juga dengan pasukan Rezki.Setelah semuanya sudah bersedia di gelanggang,mereka memulakan perlawanan.Perlawanan antara mereka berdua sangat sengit.

Rezki sangat mahir dalam mengelecek bola dan juga tangkas dalam mengendali bola.Kemahiran yang terdapat dalam diri Rezki sememangnya memberikannya bonus untuk menjaringkan gol.Rezki merembat dengan kencang seberapa kali yang dia boleh dan menyebabkan gawang pasukan Farel dibolosi.Cikgu Ashraf yang kebetulan lalu di dewan melihatkan perlawanan yang berlangsung antara dua pasukan itu.Sememangnya perlawanan ini sangat sengit.Apabila wisel penamat dibunyikan,keputusan berpihak kepada pasukan Rezki.Rezki hanya tersenyum puas apabila keputusan perlawanan memihak kepada dia.Farel yang kelihatan tidak puas hati cuba untuk mencari gaduh dengan Rezki.Perbuatannya itu menyebabkan dia dibelasah teruk oleh Rezki yang telah lama mempelajari seni mempertahankan diri iaitu Karate.Teruk Farel dipukul oleh Rezki.

Cikgu Ashraf yang melihat kejadian itu tidak hanya duduk diam.Dia cuba untuk meleraikan pergaduhan antara Rezki dan Farel.Cikgu Ashraf yang cuba untuk meleraikan pergaduhan antara mereka menyebabkan dia juga terkena tumbukan padu Rezki.Kelihatan darah mengalir keluar daripada hidung Cikgu Ashraf.”Hei Cikgu!Boleh tak engkau ke tepi.Aku belum selesai dengan Farel ni.”pekik Rezki yang dalam kemarahan.””Cukuplah awak pukul Farel ni.Awak nak tunjuk gengster ke dekat sekolah ni.Sedarlah sikit awak tu perempuan.”kata Cikgu Ashraf dengan nada yang tinggi.Kata-kata yang dilontarkan oleh Cikgu Ashraf sememangnya memeritkan.Rezki terus berlalu daripada situ.Rezki yang dalam kemarahan menghidupkan motosikalnya yang terletak berdekatan dengan dewan dan terus memacu laju motosikalnya.Kata-kata Cikgu Ashraf tadi meninggalkan kesan yang mendalam dalam dirinya.Cikgu Ashraf tergamam dengan apa yang telah diperkatakannya tadi.Dia tidak berniat untuk berkata begitu namun Rezki sudah melampau.

Malam itu,Rezki bertandang ke disko yang terletak di Bukit Bintang.Rezki memesan seberapa banyak minuman keras untuk dijadikan sebagai bahan untuk melepaskan tekanan yang terbuku di hatinya itu.Peristiwa kematian adiknya juga menghantuinya.Rezki terus meminum minuman keras di hadapannya sehingga dia mabuk.Selepas puas Rezki meminum minuman keras itu,dia beredar pergi dengan berjalan terhuyung-hayang.Dia menuju ke tempat parkir motosikalnya.Ketika dia sedang menghidupkan motosikalnya,Cikgu Ashraf yang sedang mencarinya bersama teman baiknya,Damien ternampak Rezki.Sewaktu itu,Cikgu Ashraf terus mendapatkan Rezki yang sepertinya sudah tidak boleh berdiri dengan betul.”Ya Allah Rezki.Apa hendak jadi dengan awak ni.Awak mabuk ni.Damien,boleh tak kau tahankan teksi?’’pinta Cikgu Ashraf.’’Baiklah Ashraf.’’kata Damien yang segera menahan sebuah teksi.Cikgu Ashraf menemani Rezki pulang ke rumah dengan menaiki teksi kerana Rezki sudah tidak mampu berjalan dengan betul.Ashraf menyuruh temannya,Damien untuk menunggang motosikal Rezki pulang ke rumah Rezki manakala dia menghantar Rezki ke rumahnya dengan menaiki teksi.Mereka berdua bersetuju.

Sepanjang berada di dalam teksi,Cikgu Ashraf hanya menatap wajah Rezki.Hatinya sayu apabila melihat keadaan Rezki yang tidak menentu itu.Setelah hampir 1 jam perjalanan menuju ke rumah Rezki,akhirnya mereka sampai.Cikgu Ashraf mendukung Rezki yang mabuk itu keluar dari teksi.Manakala Damien yang baru tiba dengan motosikal Rezki menolong rakannya untuk menngetukkan daun pintu rumahnya.Mak cik Zubaidah menguak daun pintu.Dia terkejut dengan kedatangan Rezki yang didukung oleh Cikgu Ashraf.”Ya Allah Rezki!Kenapa ni Rezki?”kata Mak cik Zubaidah.”Mak cik mana perlu saya letakkan Rezki ni?soal Cikgu Ashraf.”Di biliknya cikgu.Mari saya tunjukkan.”jawab Mak cik Zubaidah.Cikgu Ashraf menunjukkan kamar Rezki.Cikgu Ashraf meletakkan Rezki atas katilnya.Diselimutkan Rezki yang kelihatan kesejukkan.Lama dia menatap wajah Rezki.Jantungnya berdegup kencang tatkala memerhatikan Rezki.”Adakah awak orangnya Rezki yang akan menenmani saya sepanjang hayat saya?”soal hatinya.Cikgu Ashraf berlalu pergi dari kamar Rezki dan segera turun ke bawah untuk pulang ke rumah memandangkan hari sudah lewat malam.

Ketika turun ke bawah kelihatan Mak cik Zubaidah sedang menatang dulang yang terdapat dua cawan yang berisi teh panas.”Cikgu,jemputlah minum.”pelawa Mak cik Zubaidah.”Baiklah Mak cik.”jawab Cikgu Ashraf.Ketika sedang menikmati teh panas Cikgu Ashraf bertanyakan kepada Mak cik Zubaidah mengenai Rezki.”Mak cik bolehkah saya bertanya mengenai Rezki?”soal Cikgu Ashraf.’’Boleh, Cikgu tidak menjadi masalah.’’jawab Mak cik Zubaidah.”Kenapa Rezki jadi begitu liar mak cik?Padahal saya lihat dia seorang budak yang baik.Saya tadi pun jumpa dengan dia atas maklumat  Zizi,kawan baik Rezki.Saya kesian melihatnya makcik.”ujar cikgu Ashraf.’’Cikgu,sebenarnya Rezki itu sentiasa berasa keseorangan.Kehidupannya sunyi dan penuh dengan kesengsaraan setelah kematian adiknya,Zureen yang mati dibunuh oleh teman lelakinya.Sejak daripada peristiwa itu Rezki sangat membenci kaum Adam dan juga tidak mempercayai orang-orang di sekelilingnya.Dia menjadi seorang yang pendedam.’’ujar Mak cik Zubaidah.

Cikgu Ashraf terkesima setelah mendengar kata-kata Mak cik Zubaidah itu.Cikgu Ashraf mengucapkan terima kasih kepada Mak cik Zubaidah atas kesudiannya memberikan maklumat mengenai Rezki.Mak Cik Zubaidah juga mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Ashraf kerana menghantar Rezki pulang.Keesokkan harinya,Rezki bangun dari tidurnya.Dia berasa pelik bagaimana dia boleh berada di rumahnya padahal dia tidak menunggang motosikalnya semalam untuk pulang ke rumah.Seperti biasa dia menyiapkan dirinya untuk ke sekolah.Dia turun ke bawah dan bersarapan.’’Mak cik Zubaidah,siapa hantar saya pulang ke rumah semalam?’’soal Rezki.’’Er...Cikgu Ashraf yang telah menghantar Rezki pulang semalam kerana Rezki mabuk teruk.’’jawab Mak cik Zubaidah.Rezki hanya terdiam kaku apabila mendengar kata-kata Mak cik Zubaidah lantas berlalu pergi.Dia menghidupkan enjin motosikalnya lalu memaju laju motosikalnya untuk ke sekolah.

Setelah memasuki perkarangan sekolah,Rezki meletakkan motosikalnya di parkir yang telah disediakan.Semasa dia sedang mengunci motosikalnya,kedengaran ngauman enjin motosikal Hayabusa menuju kearah parkir motosikal.Kelihatannya Cikgu Ashraf sedang memakirkan motosikalnya berdekatan Rezki.Apabila Rezki melihat Cikgu Ashraf dia segera pergi.’’Rezki,tunggu sebentar.’’laung Cikgu Ashraf.Rezki terus berlalu pergi namun pantas dikejar oleh Cikgu Ashraf.Cikgu Ashraf memaut lengan Rezki.’’Rezki,saya perlu bercakap dengan awak.Tolonglah.Sebentar sahaja.’’pinta Cikgu Ashraf.’’Baiklah.’’Rezki mengikut saja kemahuan Cikgu Ashraf.Hatinya terbuka untuk mendengar apa yang hendak dikatakan oleh Cikgu Ashraf itu.

Cikgu Ashraf mengajaknya ke taman ros yang teletak berdekatan dengan parkir motosikal mereka.’’Rezki,pertama sekali saya ingin memohon maaf di atas kesalahan saya semalam.Saya berkasar dengan awak.Maafkan saya.Tidak ada niat pun di hati saya untuk menyakiti hati awak.’’jelas Cikgu Ashraf.Rezki hanya tunduk mendiamkan diri.’’Rezki,awak tak perlu untuk pergi minum minuman keras sehingga awak mabuk semata-mata untuk melepaskan tekanan yang awak hadapi.Awak boleh luahkan segalanya pada orang yang awak percayai.Saya ikhlas membantu awak dan saya harap awak sudi untuk menerima pertolongan saya.’’ujar Cikgu Ashraf.Kelihatan mutiara jernih mengalir keluar dari tubir mata Rezki.’’Saya tak perlukan pertolongan cikgu.’’ujar Rezki dan berlalu pergi dari situ.’’Rezki,tunggu.’’Namun Rezki terus berlalu pergi tanpa menghiraukan Cikgu Ashraf.

Pada hari itu,Rezki asyik termenung saja di kelas.Dia asyik mengenangkan Cikgu Ashraf.Dia berasa pelik kenapa hatinya tiba-tiba menjadi lembut apabila berhadapan dengan Cikgu Ashraf.Setelah tamat waktu persekolahan dia pergi ke taman ros bersendirian sebelum pulang ke rumah.Masih terkenang lagi kejadian yang berlaku kepada adiknya,Zureen.Adiknya telah dirogol dan dibunuh kejam oleh teman lelakinya yang cemburukan Zureen dengan Farel yang hanya berkawan baik.Oleh sebab itu,Rezki masih menyalahkan Farel dan berdendam dengan Farel di atas kematian adiknya.Ketika Rezki sedang duduk termenung jauh,Cikgu Ashraf datang mendekatinya.’’Awak tidak pulang lagi Rezki?’’tanya Cikgu Ashraf.’’Huh..cikgu.Belum lagi.Saya tak teringin untuk balik ke rumah dahulu.Saya ingin ke Bukit Bintang sebentar lagi.’’Rezki,sudahlah.Cukuplah tu.Saya tahu penderitaan awak.Apakata saya berlanja awak aiskrim di Baskin Robbins.Bagaimana?’’cadang Cikgu Ashraf.Lama Rezki memikirkan pelawaan Cikgu Ashraf itu.’’Em...baiklah.’’kata Rezki memberi kata putus.

Mereka masing-masing menuju ke Baskin Robbins dengan menaiki motosikal mereka masing-masing.Setelah tiba di Baskin Robbins,Cikgu Ashraf segera ke kaunter untuk membuat pesanan sementara Rezki mencari meja yang kosong untuk mereka duduk menikmati aiskrim.Cikgu Ashraf dating menghampiri Rezki dengan membawa dua kon yang berisi aiskrim peppermint.”Nah,ni untuk awak.Erm...awak suka tak aiskrim peppermint ni?’’soal Cikgu Ashraf sambil menghulurkan kon aiskrim itu kepada Rezki.’’Wah!Pepermint.Perisa kegemaran saya.’’kata Rezki.’’Hah,peppermint pun perisa kegemaran saya.Kita ni macam ada Chemistrylah.’’Cikgu Ashraf selamba berkata dengan mengukir senyuman di bibir seksinya itu.

           
Rezki hanya tersenyum malu dengan penyataan Cikgu Ashraf itu.Saat itu merupakan detik yang paling indah buat Rezki.Dia dapat merasakan kehangatan yang mendalam dalam dirinya saat berada disisi Cikgu Ashraf.Cikgu Ashraf bagaikan putera idamannya yang sering menemaninya di setiap detap jantungnya.Tiba-tiba Cikgu Ashraf bersua sedang Rezki sibuk menikmati aiskrim kegemarannya itu.’’Rezki,saya mengiringi awak pulang boleh?Lagipun hari sudah gelap.Tak baik seorang perempuan berseorangan pada waktu sebegini.’’nasihat Cikgu Ashraf.’’Erm....Cikgu Ashraf.’’kata-katanya terputus tatkala Cikgu Ashraf mencelah.’’Mulai sekarang panggil saja saya Ashraf.Ok?’’pinta Cikgu Ashraf.’’Erm...baiklah Cikgu..eh..Ashraf.’’kata Rezki yang masih belum biasa dengan panggilan baru itu.’’Mari kita pulang.Saya iringi awak pulang.’’ajak Cikgu Ashraf.

Masing-masing menuju ke tempat parkir motosikal mereka yang terletak kira-kira 50 meter dari Baskin Robbins.Perjalanan Rezki pulang ke rumah sememangnya mengasyikkannya.Bayangkan perjalanan yang ditemani jejaka tampan.Dirinya terasa seperti seorang puteri pada waktu itu.Setelah mereka sampai di hadapan rumah Rezki,Cikgu Ashraf melambai ke arah Rezki lantas berlalu pergi.Hati Rezki pada waktu itu berbunga-bunga.Perasaannya tidak dapat digambarkan.

Malam itu Rezki tidak dapat melelapkan matanya tatkala teringatkan Cikgu Ashraf.Tidak banyak yang dia dapat mengetahui mengenai jejaka tampan yang berasal daripada Perak itu.Cikgu Ashraf yang sememangnya mempunyai darah keturunan Belanda dan Cina mampu mencairkan mana-mana perempuan di setiap pelosok bumi ini.Entah mengapa kali ini Rezki kalah,kalah dengan egonya yang menyatakan bahawa kaum Adam adalah kaum yang sering melukai hati perempuan dan bersikap kejam apabila berhadapan dengan Cikgu Ashraf.Dia tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali saat indah yang dihadapinya petang tadi.

Setiap hari hubungan Rezki dan Cikgu Ashraf bertambah intim.Rezki sentiasa menghadiri kelas tambahan yang diadakan oleh Cikgu Ashraf pada setiap petang di sekolah.Rezki tekun ketika di dalam kelas.Dia sudah berubah.Daripada seorang perempuan yang penuh dengan dendam dan ego,kini menjadi seorang perempuan yang lembut dan bersopan-santun.Pencapaian Rezki dalam mata pelajaran Kimia juga semakin meningkat.Malah dia sering mendapat markah yang tinggi untuk Kimia.

Pada petang itu,setelah tamat kelas tambahan Kimia,Cikgu Ashraf mempelawa Rezki untuk menikmati aiskrim kegemarannya di Baskin Robbins.Mereka bergurau senda.Kadangkala mereka saling berpandangan.Mata mereka bertaut.Cikgu Ashraf yang sedang memerhatikan Rezki,tiba-tiba mengeluarkan sapu tangannya dan mengelap mulut Rezki yang comot dengan aiskrim kegemarannya itu.Perbuatan spontan Cikgu Ashraf itu sememangnya membuatkan Rezki kaku.Mukanya merah menyala tatkala Cikgu Ashraf berbuat demikian.

 Sedang mereka menikmati aiskrim,tiba-tiba kelihatan darah mengalir keluar dari hidung Cikgu Ashraf.Cikgu Ashraf dengan segera mengelap darah tersebut dengan tisu di tangannya.’’Ashraf,kenapa dengan awak ni?tanya Rezki yang risau dengan Cikgu Ashraf.’’Ah...mungkin sebab cuaca ni.Sejak kebelakangan ni cuacakan memang panas.’’jawab Cikgu Ashraf bersahaja.’’Jom,saya hantar awak pulang.’’ajak Cikgu Ashraf sambil  memaut lengan Rezki.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah,kepala Rezki diterjah dengan pelbagai persoalan mengenai kejadian sebentar tadi.’’Apakah Ashraf sakit ataupun disebabkan cuaca yang menyebabkan dia begitu?’’Rezki bermonolog di dalam hatinya.’’Ah...mungkin disebabkan cuaca.’’getus hatinya yang masih ragu-ragu.

Setelah sampai di hadapan rumah agam Rezki,Cikgu Ashraf berkatakan sesuatu kepada Rezki.’’Rezki,saya akan ke Pulau Pinang selama dua minggu mulai esok.’’beritahu Cikgu Ashraf dengan tenang.’’Oh...ok Ashraf.Awak jaga diri awak baik-baik.Saya akan menunggu kepulangan awak.’’Rezki berlalu pergi meninggalkan Cikgu Ashraf selepas dia tamat berbicara dengan Cikgu Ashraf.Cikgu Ashraf hanya memerhatikan Rezki seolah-olah tiada hari esok untuknya melihat Rezki.’’Rezki,saya saying awak.’’tiba-tiba sahaja perkataan itu terpacul keluar dari mulut Cikgu Ashraf.Mata mereka bertaut.Sepertinya Cikgu Ashraf berat untuk meninggalkan Rezki kali ini.Rezki hanya terdiam kaku.Lidahnya kelu untuk berbicara.Cikgu Ashraf terus berlalu pergi meninggalkan Rezki kebingungan.Rezki masuk ke dalam rumah agamnya.Otaknya ligat berfikir mengenai sikap Cikgu Ashraf sejak kebelakangan ini.

Hari berganti hari,minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan.Kelibat Cikgu Ashraf tidak kelihatan.Rezki sepertinya sudah merindui orang yang disayanginya itu.Pelbagai soalan yang datang di benak fikirannya.Namun ditepis jauh-jauh.’’Mungkin Cikgu Ashraf sibuk atau jangka masa kursusnya dipanjangkan.’’ Katanya sendirian untuk menyedapkan hatinya yang berprasangka buruk terhadap Cikgu Ashraf.Namun,dia tetap tidak akan melupakan janjinya terhadap Cikgu Ashraf untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang bakal menjelma dalam masa seminggu saja lagi.

Akhirnya peperiksaan SPM tiba,Rezki berazam untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam SPM.Dia berjanji dengan Cikgu Ashraf.Dia hendak Cikgu Ashraf berbangga dengannya.Rezki begitu bersemangat sekali.Semangat melebihi awan nan biru.’’Mungkin jika Cikgu Ashraf ada bersamaku.Pasti aku akan lagi bersemangat.Ah...tidak mengapa.Cikgu Ashraf ada kerja Rezki.’’getus hati kecilnya.Rezki menjawab dengan penuh keazaman.Setelah hampir sebulan menempuhi saat-saat yang getir dalam hidupnya,akhirnya Rezki Berjaya menamatkan peperiksaan SPMnya.Hati terasa lapang tatkala kepalanya tidak lagi dibebani dengan pelbagai formula dan nota-nota yang wajib dihafalnya.

Namun,kehilangan Cikgu Ashraf menjadi tanda tanya kepada Rezki.Fikiran Rezki melayang jauh tatkala teringatkan Cikgu Ashraf.Dia senyum seorang diri mengenangkan kembali nostalgia yang tercipta antara dia dan Cikgu Ashraf.Rezki bercadang untuk ke London sementara menunggu keputusan SPMnya diumumkan.Dia ingin mencari pengalaman dan merantau bagi menenangkan fikirannya yang berkecamuk.Hampir dua bulan Cikgu Ashraf menghilangkan diri tanpa berita.Apabila Rezki bertanya kepada guru-gurunya yang lain semuanya tidak mengetahui mengenai Cikgu Ashraf.Kini Rezki sudah mati akal untuk mencari Cikgu Ashraf.Namun Cikgu Ashraf tetap dihatinya.

Rezki mengikut papa dan mamanya ke London dengan menaiki penerbangan Qantas Airlines.Ketika berada di dalam perut pesawat,dia sempat mengarangkan sebuah puisi.


Bisikku pada bulan,
Kembalikan temanku,
Kekasihku,
Syurgaku,
Tanpa dia,
Malam menemani ku,
Sepi memeluk ku
Bulan jangan biar siang,
Biar ala mini kelam,
Biar ia sepi seperti ku.

Tiba-tiba,kelihatan mutiara hangat mengalir keluar daripada tubir mata Rezki.Rindunya terhadap Cikgu Ashraf sudah semakin menebal.Setelah hamper 13 jam berada di dalam perut pesawat,akhirnya kami sekeluarga tiba di Lapangan terbang Heathrow,London.Kedatangan kami disambut baik oleh kawan papa dan mama iaitu Uncle James.Dia mengajak kami ke restoran yang berhampiran dengan London Bridge untuk menikmati minum petang.Uncle James memesan memesan 4 kon aiskrim peppermint untuk dijadikan sebagai juadah sampingan minum petang kami.’’The weather seems a litte bit colder right James?’’soal papa yang agak kedinginan.”Yeah,my friend.”jawab Uncle James dengan santai.

Ketika Rezki menikmati aiskrim peppermint yang dihidangkan dihadapannya,tiba-tiba sahaja fikiran teringatkan Cikgu Ashraf.Hatinya sayu teringat kenangannya bersama Cikgu Ashraf.Namun ditabahkan hatinya.Dia yakin Cikgu Ashraf akan pulang dan menemuinya.Rezki meminta izin daripada papa dan mamanya untuk mengambil angin sebentar.Papanya mengangguk tanda setuju dan memesan agar dia berhati-hati.Rezki berjalan melewati taman bunga berhampiran London Bridge.Sesungguhnya pemandangan di London sungguh mengasyikkan.

 Sedang dia asyik sibuk memerhati keadaan di sekelilingnya,tiba-tiba pemandangannya tertangkap kepada seorang jejaka yang sangat dirinduinya bersama dengan seorang perempuan yang sedang duduk di sebuah bangku panjang sambil tertawa bahagia.’’Cik...gu..Ashraf’.’’katanya.Rezki segera mendapatkan Cikgu Ashraf.’’Ashraf...awak ke tu?’’soalnya untuk mendapatkan kepastian.’’Cikgu Ashraf yang sedang duduk itu terkejut dengan kedatangan Rezki.’’Rezki,apa awak buat di sini?’’soalnya yang kaget dengan kedatangan Rezki.’’Oh..Ashraf,selama ini saya tunggu awak pulang dari kursus di Pulau Pinang.Tapi nampaknya awak menipu saya.Saya perbodohkan diri saya dengan memikirkan awak.Jadi ini kursus awak Ashraf.Baiklah.Terima Kasih.’’Rezki berlalu pergi tanpa sepatah kata lagi yang terpacul dari mulutnya.Hatinya bagaikan retak seribu.Namun lengannya pantas dipaut oleh Cikgu Ashraf.’’Rezki,dengar dulu apa yang saya ingin katakana pada awak.’’terang Cikgu Ashraf.Namun Rezki segera menempis tangan Cikgu Ashraf lantas menampar pipi Cikgu Ashraf.Rezki berlari meninggalkan Cikgu Ashraf.Cikgu Ashraf kaku tanpa kata.

Rezki segera mendapatkan papa dan mamanya bersama Uncle James yang sedang bersantai.’’Papa,Rezki mahu pulang ke Malaysia sekarang juga.Tolonglah papa.Rezki sudah tidak sanggup lagi.’’pintanya meraung-raung sambil memeluk erat papanya itu.’’Kenapa sayang?’’tanya papa untuk menenangkan Rezki.’’Ashraf...dia..’’tidak mampu Rezki menghabiskan kata-katanya namun papanya mengerti maksudnya.’’Baiklah,kita pulang ya sayang.Kalau itu yang terbaik buat Rezki.’’kata papa mengikut kemahuannya.

Mereka sekeluarga menuju ke Lapangan terbang Heathrow,London untuk kembali pulang ke tanah air.Sebelum mereka sekeluarga menuju ke balai pelepasan,papa mengatakan sesuatu kepada Uncle James,’’Sorry for making you trouble.’’Uncle James mengangguk sambil berkata,’’It’s ok Zamarul.By the way if you need anything just give me a call.’’Papa hanya mengangguk.Kami melambai sebagai tanda selamat tinggal kepada Uncle James.

Namun langkah Rezki terhenti apabila dia mendengar namanya dipanggil berkali-kali.’’Rezki!Rezki!Tunggu.’’Namun Rezki tidak mengendahkan panggilan itu apabila dia melihat Cikgu Ashraf yang memanggilnya.Dipercepatkan langkahnya menuju ke balai pelepasan.Namun langkah Rezki terhenti tatkala melihat Cikgu Ashraf jatuh tersungkur.Rezki segera mendapatkan Cikgu Ashraf.Dia berlari sekuat hatinya bagaimana sayangnya dia pada Cikgu Ashraf.’’Ashraf...’’panggilnya sayu.Kelihatannya Cikgu Ashraf seperti tenat.Darah merah pekat mengalir keluar daripada hidung dan mulutnya.’’Rezki...saya sakit Rezki.Saya menghidap Leukimia.Saya tak mahu awak risau mengenai saya.Biarlah saya habiskan sisa-sisa hidup saya di sini bersama adik saya Lily lagipun saya sudah tiada sesiapa lagi di dunia ini melainkan awak dan Lily’’katanya sambil memegang wajah Rezki.Rezki memangku Cikgu Ashraf yang sudah lemah dan tidak berdaya itu.Lily berada di sebelahnya bagi menenangkan abangnya.

 ‘’Saya rasa waktu saya sudah tiba Rezki.Izinkan saya pergi.’’cakapnya lemah.’’Shhh...jangan cakap bergitu.Ashraf akan sembuh dan kita akan naik motosikal sama-sama dan makan aiskrim kegemaran kita peppermint.Betul?kata Rezki dengan sayu.Air matanya tidak berhenti mengalir apabila melihat  Cikgu Ashraf.’’Rezki berjanji dengan saya yang awak akan berjaya dan tolong jagakan adik saya,Lily’’pintanya.Rezki hanya mengangguk tanda setuju.Hatinya sebak.’’Ashraf,saya cintakan awak.’’jawab Rezki.’’Saya juga cintakan awak.Senyumlah sedikit.Mana hilangnya senyuman comel awak tu?’’sempat Cikgu Ashraf berjenaka agar dia sempat melihat senyuman Rezki yang sememangnya menawan.Rezki masih mampu tersenyum walaupun dia masih teresak-esak dengan tangisannya kerana usikkan Cikgu Ashraf.

Cikgu Ashraf mengamati wajah Rezki dan adiknya,Lily buat kali yang terakhir.Saat Sakaratul maut menjelma Cikgu Ashraf sempat mengenang kembali nostalgianya bersama Rezki.’’Rezki,awaklah perempuan yang berjaya menyinari hari-hari saya yang kelam.Tanpa awak saya sunyi.Sejak saya melihat awak,saya tahu awak baik.Saya amat mencintai awak.’’katanya dengan tercungap-cungap.Matanya tertutup rapi bukan untuk seketika tapi untuk selamanya setelah dia mengucap dua kalimah syahadah.Rezki hanya mampu meraung.’’Ashraf!Ashraf!Jangan tinggalkan saya.Siapa yang ingin menemani saya makan aiskrim nanti.Bangun Ashraf.’’Rezki menggongcang tubuh Ashraf mengharapkan dia kembali sedar walaupun pada hakikatnya dia sudah tidak bernyawa.Papa dan mama cuba menenangkan Rezki.

3 Bulan kemudian......

Setelah hampir tiga bulan berlalu,keputusan peperiksaan SPM diumumkan.Rezki merupakan pelajar cemerlang di sekolahnya.Dia memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM iaitu 9A+.Rezki berasa sangat gembira namun adakah lebih baik kejayaan ini disambut bersama Cikgu Ashraf.Namun Rezki sedar Allah S.W.T lagi menyayangi Cikgu Ashraf daripada dirinya sendiri.Rezki masih berasa untung kerana dapat menyambut kejayaannya bersama papa,mama dan Lily.Segala memori dan kenangan bersama Cikgu Ashraf akan terus tersimpan di hati ini.Rezki sentiasa mendoakan agar roh Cikgu Ashraf dicucuri rahmat dan berada di samping orang-orang yang beriman.Amin.

Setelah ku fahami,
Ku bukan yang terbaik,
Yang ada dihatimu,
Tak dapat ku sangsikan,
Ternyata dirinya yang mengerti kamu,
Bukanlah diriku,

Walau ku masih mencintaimu,
Ku harus meninggalkan mu,
Ku harus merelakan mu,
Meski,
Hatiku menyayangimu,
Nurani membutukan mu,
Ku harus merelakan mu.