Mereka Awesome :)

Monday, October 22, 2012

Untitle DR.

Assalamualaikum aku ucapkan serta coretkan buat kalian semua.Sepertinya sudah agak berkurun juga aku tidak mencoretkan bual bicara hati yang mungkin sedang menunggu giliran untuk disampaikan kepada kalian semua.Sekarang aku sudah pun melangkahkan kaki kanan ku dengan bismillah untuk menerjah ke ruang demensi yang aku kira semakin hari semakin mencabar akal dan minda.Hidup di kota metropolitan seperti Kuala Lumpur bukanlah suatu perkara yang mudah.Banyak yang perlu difikirkan.Jika aku sendiri yang berstatus bujang ini sudah agak besar belanjanya walaupun aku cuba untuk menebalkan dompet aku apatah lagi mereka yang sudah berstatus bergerek atau berkahwin.Mungkin dompet mereka lagi kering-kontang seperti panasnya cuaca di Amazon jika mereka tidak pandai mengawal perbelanjaan mereka.

Kali ini,aku tidaklah duduk berjauhan dengan keluarga aku.Mungkin jauh sikit saja.Dalam jarak kira 360KM .Seperti biasa,aku lelapkan mata pada jam 12.00 tengah malam dan kembali aku mencelikkan mata pada jam 6.15 pagi untuk menunaikan solat Subuh serta bersiap-siap untuk ke kelas pada jam 8.00 pagi.Memang aku boleh katakan bahawa mental dan fizikal aku teramatlah letih apabila menempuh setiap rongga-rongga masa yang penuh dengan idea-idea yang merimaskan dan menyesakkan akal dan minda.Terasa ingin melarikan diri daripada ruang yang terus menghimpit diri ini dari atas,bawah,kiri dan kanan.Tetapi tanggungjawab dan janji yang aku pikul selama 19 tahun ini aku sematkan kuat dalam sanubari.Pernah aku rasakan kasut marathon aku semakin haus dibaham jalan raya walaupun aku baru sahaja memulakan perlumbaan.Jika terpaksa untuk aku menanggalkan kasut sekalipun untuk aku menamatkan perlumbaan.Jawapan aku...aku sanggup demi Agama,Bangsa,Negara dan mereka yang tersayang yang sentiasa tersemat dalam sanubari.

Waktu yang terus berdetik meninggalkan kenangan menyedarkan aku bahawa betapa pentingnya waktu.Kota ini bukannya tempat untuk aku terus berhibur malah menjadi tempat untuk aku menimba pengalaman dan pegetahuan.Bak kata pepatah "menuntut ilmu biarlah sehingga ke negeri China."Rancangan demi rancangan aku terjahkan dan sempitkan dalam otak ini.Yang aku kira sebagai "super duper plan" aku pada masa hadapan yang mungkin agak hiperbola untuk aku gapai.Tapi aku akan cuba.

Doakan perjuangan aku yang tidaklah sebesar mana jika dibandingkan dengan mereka yang lain untuk aku menggengam segulung ijazah bersama-sama rakan ku kelak dalam mencapai impian dan cita-cita yang sekian lama tersemat sejak di bangku sekolah lagi dan menjadi insan yang berguna dan berbakti untuk semua.Insyallah.Sekian dahulu coretan aku buat kalian.Assalamualaikum.