Mereka Awesome :)

Tuesday, March 8, 2011

Ungunya Cinta

Diri ini masih disini,
menanti yang tidak pasti,
kembali bersama diri ini,
alunan petikan gitar itu
masih berlegar di setiap
ruang rongga telinga ini,

Sungguh indah suaramu,
seindah sang burung bernyanyi,
terus mengalunkan melodi indah
sehingga mata ini terpejam rapi

Masihkah kamu disini?
bagi menemani malam-malam sepiku
yang hanya diterangi bintang dan bulan
diangkasa,

Aku rindukan senyuman itu,
aku rindukan saat disisimu,
aku rindu lirikan mata itu,
aku rindu akan dirimu.

Diri ini terus disini,
berhembuskan ombak rindu,
yang terus menguasai perasaan ini,
entah sampai kapan terus
aku disini
menanti kehadiran mu,

Tetapi aku yakin dirimu
akan terus hadir dalam mimpi malam-malamku,
agar aku lena dibuai mimpi nan indah
dalam dakapanmu.





Wednesday, March 2, 2011

AWAK


Awak yang bernama Cinta,
Yang hadir tika hati ini
Terus berdetap kencang tanpa sebab
Tatkala mata ini bertaut dengan awak
Saya cuba untuk memejamkan mata ini
Untuk menghilang perasaan yang pelik
yang mulai
Mencengkam kuat hati ini
Bayangan wajah awak seringkali
Menemani saya di dalam mimpi-mimpi 
malam saya
adakah ini realiti atau sekadar
mainan alam fantasi saya?

Sebelum ini,
Ketika kita masih kecil
Saya cuba mencintai diri awak,
Diri awak tiada gantinya,
Senyuman awak sungguh indah bak mentari petang,
Seringkali saya tersenyum mesra
Pabila melihat raut wajah awak
Bahagia menerima diri ini seadanya

Namun,
Takdir telah menentukan segalanya,
Mungkin perkenalan kita hingga pada detik ini
saya tidak dapat terus menjadi bidadari
Awak selamanya,
Menjaga awak,membelai awak
Tubir mata yang pernah saya
Kenali itu
Tidak pernah berhenti mengalirkan mutiara jernih,
Sepemergian saya di dunia 
yang jauh lebih berbeza daripada awak

Ya awak,
Saya sayangkan awak dari dulu lagi
Tapi izinkan saya lafazkan apa yang terbuku dihati ini,
Berkurun lamanya  buat kali yang terakhir
Awak,saya sayangkan awak,
Semoga pemergian saya
Membuatkan awak tetap rasa bahagia selamanya
Kerana saya akan menunggu awak
disana dengan senyuman
Yang pernah mencuri hati itu,