Mereka Awesome :)

Sunday, April 15, 2012

3 Bersaudara Yang OSEM : )

Hari ini jari aku mula mengetuk kembali papan kekunci.Membuka diari yang sudah lama bersarangkan si lebah-lebah.Ya..banyak yang ingim aku ceritakan kepada kalian.Mungkin berkajang-kajang kertas akan aku coretkan atau mungkin hanya nota kecil yang ku sisipkan.Waktu yang terus berputar pergi membuatkan penulisan ini terbatas.Tapi aku luangkan jua.Fuh..hanya berbaki 4 minggu sahaja lagi aku di bumi kenyalang ini.Terasa cepat betul waktu berlalu.Mungkin cemburu dengan ukhwah yang terjalin bersama rakan-rakan disini.Mari aku "flashback"kembali ceritera aku mengenai 3 bersaudara a.k.a best buddy ku disini.Aku mulakan coretan ku.Bismillahirahmanirahim..

Diri ku mula mengenali mereka dengan lebih rapat pabila mulanya tirai semester 2.Yup..mereka merupakan rakan yang sentiasa mewarnai pelangi kehidupan rakan-rakan di asasi ini.Sungguh menyenangkan hati dan aku suka berkawan dengan mereka.Kelas kami sudah umpama keluarga.Banyak yang diri ini pelajari daripada mereka.Pernah aku rasa sedih kerana bebanan kerja yang sangat dasyat sehingga diri ini tidak mampu lagi untuk menahan.Mereka yang setia menemani diri ni dikala tubir mata digenangi mutiara hangat.Itu aku tabik.Mereka memang rakan yang setia.


Boy...
Dia merupakan seorang yang pemurah.Sempoi sahaja.Selalu membuat diriku dan rakan-rakan yang lain tersenyum dengan gurauan dan keletahnya.Suka pabila dia drive kereta memang terbaik.Driver yang best dan sempoi.Nanti kita pergi MCD ramai-ramai lagi.Kenangan itu pasti tersemat dalam kotak fikiran selamanya.
Jika diri ini berkesempatan untuk ke Kuantan.Insyallah akan ku pergi ke sana.


Sham..
Dia merupakan seorang teman yang suka memasak.Suka tengok pabila dirinya mula memegang sudip untuk memasak.Bakatnya sungguh terselah.Seorang rakan yang sentiasa ada untuk rakannya pabila dibuntukan pertolongan.Seorang yang sentiasa memberikan kata-kata semangat dan dorongan pabila diri ini dalam kesedihan.Thanks bawa diri ini pergi menjamu selera pada tika itu di "After 4"..Jika berkesempatan nanti kita semua pergi ramai-ramai ke Steamboat.Nanti kalau dah jadi racer terhebat bawa kereta jangan lupa Mike..Solute Sham..


Acap..
Teringat kembali pabila menyambut hari ulang tahunnya yang ke-19.Sungguh dia terharu.Suka melihat dirinya sentiasa tersenyum.Osem.Seorang yang pandai memujuk juga.Rakan yang sentiasa memberikan sokongan dan galakan kepada rakan-rakannya.Thanks for the support masa ceramah.You are a superb friend!Terbaik Acap!Semoga friendship kita berkekalan..

Jadi itulah coretan ku mengenai 3 saudara yang sentiasa menwarnai pelangi kehidupan diri ini dan juga rakan-rakan di Asasi UNIMAS 2011/2012..Awak semua terbaik.Semoga persahabatan kita semua berkekalan dunia dan akhirat.Kalau boleh tak nak berpisah dengan kalian semua.Because you guys memang rakan yang baik.Just one word from me..you guys are OSEM.. : )