Mereka Awesome :)

Wednesday, May 22, 2013

Aku ingin...

Berdiri di ruang jendela,
mata meluaskan pandangannya,
entah apa yang dicari,
dimensi malam terus membutakan mata,
memekakkan telinga,

Di sana,
semuanya tersergam indah,
semuanya bahagia dan baik-baik sahaja,
ingin aku capai,
tapi perjalanan kaki ini masih "fresh",
masih kaku,
masih mengigil ketakutan,
khuathir dengan cabaran yang membataskan,
kemahuan diri,

Aku ingin "transform" seperti kalian,
membina bangunan pencakar langit,
menyumbang keringat kepada yang memerlukan,
dikala terbitnya dan terbenamnya sang mentari,
tak kenal lelah,

Aku ingin capai langit ke-7,
aku ingin menjadi manusia harapan,
bukan hanya si pen"omong" kosong,

Hasrat dan impian disemai rapi,
entah bila dapat direalisasikan?
harapan yang tersayang sentiasa terukir,
jauh dalam lubuk hati dan ingatan,

Aku mengerti,
ini semua bukan mudah teman,
pegang tangan aku,
kita hadapi arus dan masa ini bersama,
senyum,
pandang ke hadapan,
Future memanggil kita.

Friday, April 12, 2013

More Than Words..

Assalamualaikum dudes..okay hari ni aku nak ceritakan mengenai soulmate aku.Kira buddy aku yang paling rapat dan kalau salah seorang takda mesti rasa nak meroyan,guling-guling,terjun bunggy dan yang sewaktu dengannya.Hahaha..Amboi ekstrem benar semua ni.Aku kira kalian pun pasti ada rakan yang istimewa dalam kehidupan kalian.Yes,absolutely.

Kadang-kadang air mata jatuh kerana dibuli mungkin.Dia yang menjadi tempat mengadu.Orang yang pertama mendengar aku melalak.Memang aku cengeng.Dia sangat bersabar dengan karenah aku.Memujuk.Even aku ni memanglah keras kepala.Lagi keras daripada konkrit Menara Kuala Lumpur.Hahaha.Teman berbual ketika malam menjengah bumi.Sehingga aku terlelap sepenuh.Kawan yang sentiasa membuat aku "comfort".

Kadang-kadang aku mengerti kau penat setelah seharian memerah idea.Mengalir keringat menjalankan tanggungjawab seorang anak kepada kedua ibubapanya.Tapi masih setia menemani kawan kau yang sorang ni.Tak pernah jemu.Menghiburkan walaupun kau sendiri keletihan.Memastikan aku sentiasa tersenyum setiap hari dengan lawak jenaka itu.Sense of humours kau memang tinggi kawan.Sungguh.

Kadang-kadang aku ni memang pemalas.Malas gosok baju.Malas masak dan sebagainya.hahaha.Menang disaster *statement palsu*.hahaha.Kau sanggup datang menjenguk.Siap masakkan lagi maggi goreng.Favourite aku.Hahahha.Makan bersama setiap hari.Petang dan malam.Kau memang harsh kadangkala tapi aku percaya deep dalam hati itu kau seorang yang penyanyang.Kadangkala aku memang emotional.Cepat touchinglah dengan kata yang mudah.Hahahha..Biasalah aku perempuan.Walaupun aku tough macam pemain rugby.Woah.Tapi dalam hati aku ada taman.Kau tetap sabar dengan aku.

Terima kasih kerana sentiasa ada di sisi aku selalu kawan.Tak kira masa dan tempat.Aku terharu.Kadangkala aku terasa ada malaikat yang sentiasa menjaga diri aku.Kau menasihati aku mana yang baik dan yang buruk.Mengajar aku apa erti hidup.Membuka luas si mata sepet ini tentang dunia yang penuh pancaroba ini.Kau sangat amazing.

Part yang aku paling suka adalah bila kita bergaduh.hahaha.Lawak gilosss der.Orang kata kalau dah kawan rapat kalau gaduh macam mana sekalipun kita tak akan terpisah.Insyallah.Hey,aku terima seadanya diri mu kawan.Tak kira macam mana pun.Apapun yang mereka semua bicarakan.Aku terima kau seadanya.Mungkin mereka semua perlu memahami apa itu erti teman sejati.Soulmate aku kira.You're such a great tough friend in my life.Thanks sebab datang dalam hidup aku ini.Aku sangat hargai semua pengorbanan kamu teman.Solute.

Kadang-kadang kita memang suka buat keje gila an?Even dekat seinci pun ber"We chat".Even jarak rumah 10 tingkat beza pun nak on the phone.Suka lawan-lawan siapa paling kuat jerit.Lawan "Pilow fight".hahahah.Such an amazing memories right.Kau kira kalian juga ada pengalaman begini bukan?

You're my awesome bro dude.No doubt.Nothing that i can describe.ABANG!!!Kena juga jadi abang ya walaupun jarak umur hanya 6 bulan.Hey,i just want to say that i love you so much buddy.Forever and ever.Deep inside my heart.Buddy forever.Pesanan aku,tak kira dimana pun kita berada aku harap freindship kita akan berkekalan.Doa ku untuk mu agar sentiasa berjaya dunia dan akhirat dan sentiasa dilindungi oleh-NYA.Amin.I will always miss your puss in boots eyes.Always.Can't say much.Because you are more than words :)

 P/S:Some Hashtag for you.Hahahaha.

#Terima Kasih sebab menjadi kawan yang ter"awesome"
#Terima Kasih sebab menjadi tempat untuk mengadu
#Terima Kasih sebab sentiasa membuatkan diri ini tersenyum dan bahagia
#Terima Kasih sebab menjadi tempat untuk "shoulder to cry"
#Terima Kasih sebab menjadi guide yang terbaik
#Terima Kasih sebab selalu jadi peneman makan yang awesome
#Terima Kasih sebab ada sentiasa disisi
#Terima Kasih sebab tak pernah jemu dengan diri aku
#Terima Kasih sebab selalu bagi bed stories sebelum aku tidur
#Terima Kasih sebab menjadi pendorong aku dalam study
#Terima Kasih for everthing...

Guys yang dekat luar sana.Do appreciate your friends.Sementara mereka masih ada.FRIENDSHIP DOESN'T REMAIN IN MEMORIES,IT REMAINS IN THE HEART.

Thursday, April 11, 2013

Sunday, April 7, 2013

Kau Sudah Pasti?

Assalamulaikum...

Berdiri disebalik jutaan manusia ditengah kota metropolitan ini memang menyesakkan.Ya,sesak.Pelbagai ragam aku lihat disebalik wajah-wajah itu.Kadang-kadang aku jadi keliru,mana jalan yang aku harus tembusi dan ikuti.Dunia ini terlalu kuat pengaruh mainan dan helahnya.Tanpa senjata yang kuat yang kau kata "iman" dengan mudah kau akan terus rebah tersembam ke bumi dan hanyut ke hujung dunia.Entah ke mana aku tidak pasti.Aku pula masih dalam proses mengenali plot perjalanan dunia yang agak rumit ini.Masih mentah.Darah yang mengalir ini masih berbau "fresh" bak kata mat saleh.Masih takut-takut untuk keluar daripada kepompongnya.Entah apa yang ditakutkan?Aku juga tidak pasti.

Setiap kali mentari melimpahkan sinarnya,mata terbuka.Aku terus terbayang jalan cerita hari ini yang bakal aku lakonkan.Entah bakal baik atau buruk.Aku juga tidak pasti.Aku lakonkan juga sepertimana yang telah diarahkan pencipta alam.Setiap kali sang bulan datang menjengah,sebelum mata terpejam,aku kembali memikirkan apa yang bakal aku hadapi esok harinya?Adakah aku akan terus menghirup udara segar itu dan terus berdoa kerana diberikan peluang untuk terus hidup atau sebaliknya?Ustaz sentiasa berpesan,sebelum mata terpejamjangan lupa untuk memaafkan mereka semua yang ada berbuat salah terhadap diri ini tidak kira secara kasar atau halus dan sentiasa berdoa untuk mereka yang sentiasa tersemat dalam minda dan hati.Aku lakukan.Mengingati senyum tawa mereka.Ragam mereka.Raut wajah mereka sehinggalah aku terlarut dalam dunia khayalan aku sendiri.

Setiap kali memang kita akan mengalami "cycle"kehidupan yang sebegini rupa cuma bezanya apa "content" cerita yang kita dapat dalam perantauan kita setiap hari.Memang tidak sama sesama kita.Sentiasa berubah-ubah "content"nya bukan?Ya,kita manusia sentiasa belajar bukan?

Kadang-kadang aku akui aku leka dengan kemewahan dunia.Tapi kita hanyalah pelayar yang sementara yang mencari ilmu buat bekalan kelak jika sudah tamat tempoh pelayaran ini nanti.Tidakkah kita semua punya mimpi dan cita-cita untuk dilaksanakan?Kita manusia.Hasrat itu memang wujud aku kira.Mengapa tidak kita kejar itu semua sementara masih punya waktu?Mengapa harus dilakukan di waktu kecederaan yang hanya berbaki beberapa minit sahaja?Jawapan itu aku kira ada dalam diri masing-masing bukan.Ya..."tepuk dada,tanya selera" aku kira sudah lali kalian mendengar peribahasa ini bukan?Jawapan sudah aku tapi sama ada terlaksana atau tidak.Kita tentukan..

Wednesday, January 9, 2013

Kalian :')

Aku lupa..

Lupa..lupa..lupa akan mereka yang sentiasa hadir untuk diri ini tatkala hati merembeskan tangisan yang entah kenapa.Suasana seperti berubah memberi peluang aku berkata-kata.Kaku sendiri aku dalam dimensi dan dunia yang berbeda.Aku kira masih kurang senyuman ini untuk mereka yang tersayang.Masih adakah waktu yang masih tersisa ini untuk aku terus hadirkan dan selitkan kebahagiaan buat mereka yang tersayang?Mungkin ada yang berkata-kata ayat ini palsu semata-mata.Tapi ini apa yang aku rasa.Apa yang teralun dalam melodi yang telah lama aku ciptakan.Aku manusia biasa.Masih berfungsi.Akal,Hati,Perasaan,Jantung dan semua anugerah yang tidak terkira nikmatnya yang diberi pinjam oleh Allah s.w.t.

Terkadang aku akui..pernah aku cuba membuang segala yang merosakkan,memserabutkan,merunsingkan si taktha dalam tubuh ini.Tapi mereka yang tersayang sentiasa menjadi bayangan,mimpi,dan peneman yang setia dan menyelesakan.Aku sayangkan kalian semua.Aku tidak mahu kehilangan kalian walaupun untuk sekali.Tuhan aku mohon.Jangan lakukan sebegitu.Sebab aku sayang mereka.Sebab aku kasihi mereka.Sebab aku tak rela tak selalu bersama.Aku rapuh tanpa mereka.Seperti kehilangan kompas ketika berlayar.Rapuh.Hilang.Perasaan yang infinity.

Jika harus aku terima duka dan kekecewaan.Kuatkah hati ini untuk menerimanya?soalan hiperbola yang aku terus tunjukkan kepada diri sendiri.Sehari tanpa mereka yang tersayang aku rasa satu "hole" tertebuk dalam sanubari.Kerana apa?Kerana kalian adalah sumber kekuatan aku.Kalian adalah anugerah yang terindah.

#Beloved daddy,mummy and brothers
#Le' Elmos
#Sahabat2
#Buddies

Tuesday, January 1, 2013

Isyarat Telepati Itu :)

Detak jantung terhenti berdupdap,
langkah seperti hilang arah tujuan,
mata seperti terhenti memberi pandangan,
lidah seperti hilang abjab untuk berkata-kata,
respon si pemilik tubuh seperti melayang,
ruang graviti hilang menjadi nol,
wujud satu ruang yang aku kira,
fantasi semata-mata,

Mata si dia aku tatap dengan penuh makna,
umpama berbicara,
telepati mungkin,
si dia senyum tiada sudahnya,
aku turut tersenyum,
seperti memahami isyarat telepati si dia,

Kini,
aku terbang,melayang dan...hurm,
akal,minda,badan,
kaku,kelu,
bahagia,indah
tersenyum aku sendiri mengenangkan,
mungkin rasa "pelik" ini sudah menguasai aku,
Angau spesifiknya,
mungkin kamu orangnya,
ya,kamulah,
aku berharap,berdoa,bermimpi,
agar kamu tulang rusuk itu :)