Mereka Awesome :)

Saturday, September 3, 2011

Coretan Terindah...

Bismillahirahmanirahim....

2 minggu lalu.....

    Setibanya areen di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ibrahim,Johor Bharu perasaan areen sukar untuk diungkapkan.Betapa hati ini gembira dan semua wajah yang tersayang terbayang di kotak fikiran.Areen cuba mengheret bagasi areen yang sememangnya berat dengan kek lapis dan ikan terubuk dengan cepatnya untuk dibahagikan kepada mereka yang tersayang di semenanjung.Wajah daddy yang muncul disebalik pintu kereta membuatkan bibir ini mula mengukir senyum mesra.Pada 20/8/2011 coretan areen bermula.

     Malam itu,daddy teman areen tidur.Areen senyum saja dalam tidur kerana dah lama areen tidur tak berteman.Pagi itu seperti biasa,daddy akan membebel a.k.a kejutkan areen bangun sebab areen kadang2 terbangun lewat.Selepas itu,daddy dan areen ke JUSCO TEBRAU,JOHOR BAHRU untuk membeli baju raya untuk areen.Yup..kalau nak tahu baju areen tahun ni semua pink dan areen mula pakai high heels (tinggilah sangat kan?).Disinilah areen berjumpa dengan Arell Mikhail a.k.a speedo(cousin areen terchenta).Dia baru berusia 1 tahun 6 bulan.Perasaan tu tak tahu nak gambarkan macam mana.Suka sangat3x..

    Selepas dah selesai shopping areen pulang ke Batu Pahat jumpa dengan semua kerabat family areen.Wah..happy sangat3x..areen peluk adik2 areen kerana terlalu rindukan mereka.Maklumlah selalunya areen dapat lihat mereka dekat alam maya jek a.k.a skype.Camna nak peluk an?

    Areen memenuhi masa areen dengan family.Nak tahu sesuatu?Areen jadi babysitter arell.Hurm..memang sakit pinggang dibuatnya.Hurm..areen dah tak tahu nak cerita macam mana.Areen sedih sangat2 sebab areen dah nak balik semula ke Sarawak.Kenangan yang tercipta sungguh bermakna.Areen sayang semuanya.Thanks kepada uncle2 areen yang ajak karoake.It was so sweet berduet dengan uncle areen setelah dah lama tak berduet.Then,thanks juga sanggup ajar areen naik skuter aw acik.Sayang acik and Ocu.

     Daddy thanks for lending your shoulders for me to cry the last two night before i went back to Sarawak.Thanks juga bawa areen makan kue tiow goreng dekat "PAPARICH".My dearest brothers,Asrul,jaga jersi yang baru dibelikan itu and Kimy take care of my cutest teddy bear that i leaved it to you.

    Areen dah tak tahu nak tulis apa lagi.Air mata berjurai tanpa henti.Terlalu banyak 1001 kenangan yang tercipat yang tak mampu areen ungkapkan.Malam terakhir areen peluk arell sekuat hati.Setiap hari areen jaga dia.Lepas ini areen akan jarang jumpa dia.Areen salam semua cousins and uncles areen.Sedih betul.Setiap kenangan dan ukiran senyuman terus mengetuk minda ini.Tak mampu areen tempis jauh.It was so sweet.But my friend azwa always told me that i should be strong.This is all JIHAD.I will really miss you guys.Pray for me at Sarawak.Thanks for everything.Assalamualaikum...

 Arell with his mummy and daddy

Arell TRANSFORMATION..


Beloved Daddy and mummy..