Mereka Awesome :)

Thursday, August 23, 2012

Raya Lagi :)

Assalamualaikum..apa khabar semua?rasanya malam makin tua tapi mata aku masih belum dapat dilelapkan.Entah kenapa.Mungkin banyak memikirkan masa depan yang semakin hampir membawa aku ke garisan permulaannya tidak lama lagi dan seterusnya akan menamatkannya 5 tahun daripada sekarang.Insyallah.Jadi bagaimana raya kalian pada tahun ni?Best tak juadah ketupat dan lemang yang dihidangkan?Kutipan duit raya?haha..itu sudah semestinya.Tapi untuk aku yang akan mencecah ke alam puluh tahun ni,makin berkuranganlah marathon kutipan duit raya tahun ni.Tapi aku agaklah "curious" sebab duit raya aku lagi banyak daripada kedua-dua adik aku.Adakah aku lagi muda daripada mereka?haha..Macam-macam soalan menerjah fikiran ni.Haha..Sebenarnya ini bergantung kepada rezeki masing-masing.Kalau rezeki nak datang,takkan nak ditolak.Eceh.Skema betul ayat aku ni.

Okay.Bermacam jenis juadah mahupun kuih-muih yang berwarna-warni macam pelangi.Sampai kadang-kadang aku pun blur ni kuih ataupun pelangi.Haha.Tahun ni tema keluarga aku adalah Ungu.Daddy aku yang pilih.Okaylah tu,nampak macam barney.Comel dan cute sahaja.Sejak umur aku semakin meningkat ni,aku macam dah tiada "feel" untuk duit raya.Apa yang menerjah fikiran dan diri aku adalah untuk memohon kemaafan daripada semua orang yang aku kenali mahupun tidak.Aku juga manusia biasa yang tidak lepas daripada melakukan kesilapan aku.

Sebenarnya aku ada soalan trivia dekat mummy di pagi raya."Mummy kalau kita dah kerja memang kena bagi duitlah pada budak-budak walaupun usia kita masih muda dan layak untuk mendapat duit raya."Jawapan mummy "paham-paham sendirilah ya".Haha.Sebenarnya aku juga tak sabar nak bagi duit raya pada mereka sebab pada aku itu satu sedekah.Ada rezeki apa salahnya.Tapi duit itu perkara kedua dalam diri aku.Apa yang penting kita dapat menziarahi sanak-saudara dan saling bermaafan.Itu lagi penting.Duit raya tu aku boleh klasifikasikan sebagai bonus.

Jadi kepada mereka yang sama era dan batch dengan aku,jangan bersedih kalau marathon mengutip duit kita tak seberapa.Senyum selalu.Apa yang aku dapat perhatikan sekarang ini,adat Hari Raya semakin berkurangan meriahnya.Adakah kerana peralihan zaman yang semakin moden menyebabkan kita lagi mementingkan kehidupan duniawi sehingga kita lupa untuk mengekalkan keceriaan Hari Raya?Aku harap tidak ramai yang begitu walaupun hakikatnya perkara ini sedang berlaku.

Pesan aku janganlah kita tinggalkan adat serta warisan nenek moyang kita ini.Kekalkannya sehingga ke cucu,cicit kita.Sentiasa pastikan suasananya tetap sama seperti era dahulu.Makanan warisan kita.Ketupat,lemang,rendang,kuah lodeh,kuah kacang dan sebagainya.Kitalah generasi yang akan menjadi pewaris kepada makanan tradisi ini untuk yang akan datang.

Jadi,aku harap Hari Raya kalian boombastik.hehe.Jangan main mercun tau.Nanti jari putus.Sudah hilang nikmat yang Allah s.w.t. telah kurniakan.Aku rasa masih belum terlambat untuk aku mengucapkan "Selamat Hari Raya,Maaf Zahir Dan Batin" buat semua pembaca.Buat rakan-rakan yang akan meneruskan perjuangan mereka di UNIMAS,Selamat Maju Jaya aku ucapkan.Sampai di sini dahulu coretan aku.Semoga Bertemu lagi :)







Asreen As Dedeq :)

Happy Birthday Lil Brother :)


Assalamualaikum..jadi hari ini aku ingin membuat pengumuman dan ucapan MEGA.Haha.Kali ni aku hanya mampu mengucapkannya di blog.Alright..tik tok tik tok..12AM already.Suprise..Suprise!!Yup..hari ini rasa gembira sebab lil brother aku dah 19 tahun.Yeah.Happy Birthday lil brother.Semoga dimurahkan rezeki dan panjang umur.Jadi,apakah "wish" lil brother sempena Hari jadi kali ni?haha..rahsia.I know exactly what it is.haha.Just kidding. Lil sister harap lil brother sentiasa sukses dalam apa yang lil brother tempuhi.Be strong.I know you are tough as Hulk although you have a pair of cute puss in boots eyes and wonderful bass voice.haha.Just kidding.Thanks for being a great friend to me lil brother.Thanks for always making me smile.You are great tough boy.May our friendship everlasting.Le's elmo forever.May Allah s.w.t. bless you always my lil brother.Smile always.Enjoy your great day :) (11 AUGUST 2012)  HAPPY BIRTHDAY :)



Puss in boots eyes..haha

Sweet 19 Boy

                                                                     Share the laugh :)

                                                                    Le Elmo's forever :)


Till then guys.See you again.Smile always.Assalamualaikum :)

Friday, August 17, 2012

Seandainya...


Assalamualaikum dan selamat malam aku ucapkan kepada kalian.Jadi pada kali ini aku memilih untuk menulis di waktu yang agak tenang dan sunyi dalam coretan kali ini.Jadi bulan Ramadhan juga sudah hampir dipenghujungnya dan akan melabuhkan tirainya.Mungkin ada yang sedih kerana bulan yang barakh ini sudah ingin melabuhkan tirainya dan mungkin ada yang gembira kerana Hari Raya Aidilfitri akan menjelma bagi menyambut kemenangan bagi mereka yang berjaya dengan ibadah puasa di bulan Ramadhan.Sungguh Allah s.w.t. sangat menyayangi umatnya.Alhamdullilah.Bagi aku tahun ni aku hanya sederhana sahaja.Terasa sedikit kesedihan menerpa benak hati kerana yang tersayang sudah tiada lagi disisi kerana pergi menghadap ilahi.Masih terkenang wajahnya di setiap lelapku.

Kadang-kadang menagis aku dalam dakapan sendiri.Berdoa dan berharap agar dirinya kembali disisi.Tapi itu mustahil.Tapi aku sentiasa bersyukur kerana masih diberi peluang untuk meluahkan kata sayang dan cintanya aku terhadap dirinya buat kali terakhir sebelum aku ke Sarawak dulu.Sesungguhnya Allah s.w.t. telah banyak mendengar dan memakbulkan doa aku.Aku sangat bersyukur.Aku akui,kadangkala aku bukannya seorang yang pandai dalam meluahkan rasa sayang dan cintanya aku pada dirinya walaupun aku memang sayang akan dirinya walaupun secara realitinya aku seorang yang puitis atau suka menulis kata-kata hiperbola.Sungguh kasihan kepada mereka yang seringkali dahagakan kata-kata sayang daripada aku.Tapi aku tidak mampu.

Pen serta kertas putih sentiasa menjadi peneman setia meluahkan kata-kata dan ilusi hati dan perasaan.Beruntung kepada sesiapa yang dapat membacanya dalam diari,kertas-kertas conteng atau mungkin kad manila yang pernah aku coretkan di atasnya.Sungguh aku boleh katakan bahawa aku sangat merindui dirinya.Aku ingin mendakapnya.Aku ingin bermanja bersamanya di setiap detik yang berlalu.Hati membuak-buak menjerit bahawa aku rindukan dirinya.Kadangkala Allah s.w.t. tempat untuk aku mengadu persaan yang membuak-buak ini.Pendengar yang setia.Aku bersyukur.

Tapi aku masih bersyukur kerana Allah s.w.t. sentiasa mengurniakan mereka yang sentiasa menyayangi akan diriku disetiap detik waktu.Ibubapa,keluarga,rakan-rakan dan masyarakat yang sentiasa disisi aku bila diperlukan.Terima kasih.Masih dapat aku hulurkan senyuman meski hati berkata tidak dan masih berduka.

Kepada mereka yang masih mempunyai orang yang tersayang disisi,sayanglah mereka selagi mereka ada bersama anda.Hargailah mereka.Itu yang boleh ku katakan.Katakan bahawa anda sangat menyanyangi mereka setiap kali celiknya mata di pagi hari.Terutama ibubapa anda dan yang sentiasa disisi anda di saat susah dan senang.Itu pesanku.Bagi mereka yang sudah kehilangan orang yang disayangi,sentiasalah berdoa untuk mereka disetiap doa anda dan sedekahkan Al-Fatihah buat mereka.Apa-apa pun aku ingin mengatakan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Sampai disini dahulu coretanku buat kalian.Semoga berjumpa di coretan yang akan datang.Insyallah.Assalamualaikum :)



Tuesday, August 7, 2012

Aku Dan Ramadhan Kali Ini

 Assalamualaikum..kembali aku dalam penulisan dan catatan yang seringkali suka untuk aku coretkan untuk dijadikan sebagai diari di masa hadapan atau mungkin sebagai memori bagi diri ini.Terasa tenang hati tatkala terjaga di malam hari yang sunyi lagi tenang.Pernah aku dengar orang berkata.Terjaganya kita daripada lena adalah kerana malaikat yang kejut.Setidak-tidaknya bacalah doa.Jika lagi ingin yang terbaik,Tahajudlah.Jadi aku adalah antara yang terjaga daripada lena ini.Jadi aku luangkan masa aku untuk mencoret bukan sahaja mengenai pendapat dan idea tapi melalui pengalaman.

Untuk bulan Ramadhan kali ini,ya aku sangat dekat dengan keluarga aku.Maklumlah aku tidak lagi menetap di Sarawak.Susana yang berbeza setiap kali Ramadhan datang menjelma.Masih aku terbayang Ramadhan tahun-tahun sebelumnya.Mungkin kali ini yang bezanya aku makin matang dan mungkin jarang sekali hendak bermain mercun.Lucu juga bukan bunyinya.

Baiklah,tidak lama lagi Ramadhan akan melabuhkan tirainya.Terasa sungguh cepat masa berlalu meninggalkan kita.Sama ada kita sedar atau leka itu tergantung pada diri masing-masing.Seharusnya boleh aku katakan kita yang harus cemburukan masa bukan masa yang harus cemburukan kita.Bagaimanakah amalan kita untuk Ramadhan kali ini?Adakah Ramadhan kali ini kita hanya sekadar menahan lapar dan dahaga,solat terawih,membaca Al-Quran,menjaga pandangan,menjaga iman atau amalan yang kita lakukan sudah memuaskan hati?"Flashback" memori kembali.Aku juga masih dalam proses pembangunan diri untuk menjadi muslimah yang lebih baik daripada sebelum ini.

Ya,tidak semua manusia sempurna.Masih ada cacat celanya.Tapi kita semua akan terus melakukan yang terbaik dan harus berdoa agar amal ibadat kita diterima oleh Allah s.w.t.Pernahkan anda duduk sendirian dalam keadaan yang tenang,mengenang kembali siapa diri kita dan perbuatan yang telah kita lakukan di masa lampau dan yang akan kita lakukan pada masa hadapan.Kadang-kadang muhasabah diri boleh membuatkan kita menangis mengenang perbuatan silam yang mungkin hanya kurang baik daripada sekarang.Mungkin boleh membuatkan kita tersenyum dek kerana kenangan yang manis.Untuk aku terus memandang ke masa hadapan kadang-kadang ngeri juga untuk aku fikirkan.Khuathir bagaimana diriku di masa hadapan.Adakah aku mampu untuk berbakti untuk kedua ibubapa,keluarga,masyarakat,bangsa dan negara aku?Hanya Allah s.w.t. yang mempunyai skema jawapan yang lengkap.

Siapa kita di masa hadapan adalah kita hari ini.Jadi haruslah sentiasa kita berdoa dan meminta serta muhasabah diri kepada Allah s.w.t. agar kita sentiasa dalam redhaNYA dalam apa jua yang kita akan tempuhi di masa hadapan.Pernah aku membaca ayat ini "Allah tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum jika mereka tidak merubah diri mereka".Jadi kita merupakan nadi pengerak utama dalam diri kita sendiri.Insyallah kita mampu melakukannya.Jadi untuk Ramadhan yang mulia ini,kejarlah peluang untuk melakukan amal ibadat serta merubah diri kearah yang lebih baik lagi.Jangan sibuk mengejar Kamdar pula ya,kejarlah Lailatulqadar.Bak kata Aizat.

Jadi aku kira sampai di sini dahulu coretan aku buat kali ini.Semoga kalian terhibur membaca penulisan kali ini.Salam Ramadhan.Puasa tau jangan tak puasa.hehe.Assalamualaikum :)



Perantau Bumi,
Asreen As Dedeq

Wednesday, August 1, 2012

PRS Suatu Ketika Dahulu :)

          Assalamualaikum..tiba-tiba teringin pula rasanya untuk meng"update" blog yang mungkin sepi bercerita.Jadi pada malam yang sunyi lagi tenang di bulan Ramadhan ini aku kembali mengetuk papan kekunci.Berlatar belakangkan muzik yang santai serta merehatkan minda.Baiklah..mungkin sudah agak lama cerita ini.Tapi aku ingin juga bercerita mengenainya.Agar sentiasa tersemat rasa bersyukur jauh di benak hati kita.Cerita yang bakal ku taipkan di skrin ini adalah mengenai AUTISM.Yup..pada tanggal 5 Oktober 2011 aku,rakan-rakan serta guru pengiring kami Mr.Abdul Al-Hafiz telah pergi ke Kuching Autism Centre di mana kanak-kanak yang menghidap Autism dihantar oleh ibubapa mereka untuk mempelajari teknik-teknik yang perlu dalam kehidupan seharian mereka.Ya..memang aku sangat teruja.Suka untuk aku pelajari benda baru.Kami berangkat ke sana dengan menaiki bas.Jadi untuk ekspedisi ni,aku ditugaskan sebagai fotographer.Memang minat aku untuk mengambil gambar.Jadi aku dengan berbesar hati memikul tanggungjawab ni.



Setelah tiba di Kuching Autism Centre,kami telah ditugaskan untuk melakukan part-part masing-masing.Disebabkan kapasiti kami yang agak banyak dan ruang yang terhad di situ,tidak semua antara kami dapat masuk ke dalam.Hanya sebahagian sahaja yang dapat masuk ke dalam dan sebahagian lagi di luar untuk melaksanakan gotong-royong.Aku pula memang syok mengambil gambar sana sini.Sedang aku asyik mengambil gambar,terasa tangan ku ditarik perlahan.Rupa-rupa ada yang meminati akan kamera Nikon aku.Okay aku kami pegang-pegang..hehe.Aku dan beberapa rakan yang lain dibawa masukke bilik-bilik khas bagaimana mereka melatih kanak-kanak yang menghidap Autism.Macam-macam kaedah khas yang aku nampak yang disediakan oleh pihak Kuching Autism Centre.




        Sempat juga aku menemu ramah salah seorang doktor yang bertanggugjawab di situ.Katanya Autism terbahagi kepada dua.IQ yang tinggi dan IQ yang rendah.Mereka kadang-kadang boleh menjadi obses akan sesuatu dan melakukan sesuatu itu berulang-kali.Sebagai contoh,meminati tali kasut.Jadi mereka akan bermain dengan tali kasut sahaja.Selain itu,mereka juga sangat sensitif pada cahaya,bunyi dan sentuhan dan kadangkala boleh menjadi hyperaktif.Menangis tanpa sebab.Ini adalah antara simptom-simptom Autism.





         Seharian aku dan rakan-rakan disana.Memang seronok.Kadang-kadang bila aku melihat kanak-kanak Autism hati terasa sayu.Tapi boleh aku katakan semangat mereka sangat tinggi dalam usaha mereka untuk memajukan diri mereka.Seharusnya kita patut berasa untung kerana dilahirkan sempurna.Tapi masih juga yang masih mengatakan mereka itu dan ini.Manusia adalah ciptaan Allah s.w.t. yang paling hebat.Oleh itu,kita sepatutnya bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan.



          Jadi kami semua telah berjaya dalam ekspedisi kali ini.Alhamdullilah semuanya lulus.Aku berharap suatu hari nanti aku dapat berbakti untuk mereka yang memerlukan.Insyallah.Sampai disini dahulu coretan ku.Semoga bertemu lagi :) Assalamualaikum..