Mereka Awesome :)

Wednesday, December 29, 2010

SEPI SEORANG TEMAN

Bisikku
pada bulan,
kembalikan,
teman ku,
kekasih ku,
syurgaku,
tanpa dia,
malam menemani aku,
sepi memeluk ku,
bulan jangan biar siang,
biar alam ini kelam,
biar ia sepi sepertiku.

Friday, December 17, 2010

Kau Terlalu Istimewa

Teman,
dikau teristimewa,
memenuhi rongga-rongga kesedihan,
di hati kecil ini,
mengisi kekosongan ruang dimensi,
perjalanan ku di dunia fana ini,
menemani diriku,
di setiap hembusan nafas ini,

Masih segar sejarah lama,
senyuman mesra di bibir itu,
lirikan sepasang mata itu,
sering menjadikan,
diriku teringatkan mu,

Sesaat waktu berputar,
tanpamu di sisi,
ku rasakan tiada makna,
dikau pergi tanpa pesan,
meninggalkan anak kecil ini,
sepi tidak berteman,

Gugurnya kelopak si penghias dunia,
hilang dibawa sang bayu,
belayar merentasi samudera,
mungkin ke utara,selatan,barat atau timur,

Diari ini terus sepi bercerita,
ingin k,
luputkan sahaja nostalgia itu,
ingin ku ,
jualkan sahaja nostalgia itu,
namun aku tidak sanggup

Meskipun kita berada di dunia berbeza,
akan ku sentiasa memanjatkan,
doa buat seorang pejuang
di dunia sementara ini,
agar terus kekal senyuman itu,
selamanya...

Gadis Bernama Cinta

            
            Pagi itu,mentari melimpah sinar menerangi samudera ciptaan Yang Maha Esa.Kicauan burung memecah keheningan pagi.Betapa indahnya alam ini.Cinta yang tadinya lena diulik mimpi nan indah mencelikkan matanya tatkala laungan azan subuh berkumandang.Diatur langkah kakinya menuju ke kamar mandi untuk bersiap ke sekolah.Sedang asyik bersiap untuk ke sekolah,kedengaran suara mama memanggil namanya agar segera turun,”Cinta!Cinta!”

            Dengan langkah yang berhati-hati,Cinta segera turun ke bawah dengan bantuan tongkatnya sebagai penunjuk jalan bagi menikmati sarapan paginya.Cinta sepertinya menyukai masakan Mak Cik Rohaya yang sememangnya membuka seleranya dengan aroma nasi lemak yang memukau.Sedang asyik menikmati juadah,tiba-tiba mamanya bersua “Cinta,minggu ini mama dan papa akan ke Kanada atas urusan perniagaan,kamu jaga diri baik-baik.”pesan mama.Cinta mengangguk tanda faham.Sepertinya sudah lali telinga Cinta mendengar kata-kata yang dilafazkan oleh mamanya itu.Kehidupannya seperti tiada maknanya tanpa mama dan papa di sisi walaupun kehidupannya diulit dengan kemewahan yang melimpah-ruah.Setelah usai sarapan pagi,Pak Cik Zamri yang merupakan pemandu papanya menghantar Cinta ke sekolah.

            Sebelum Cinta melangkah masuk ke dalam kereta,dia bersalaman dengan mama dan papanya untuk memperoleh berkat.Pak Cik Zamri memimpin tangan Cinta sehingga dia masuk ke dalam kereta.Pak Cik Zamri menghidupkan kereta BMW 5 Series mewah papanya dan memandu kereta itu berhati-hati meninggalkan kediaman mewah itu.Sepanjang perjalanan Cinta ke sekolah,tiada sepatah kata pun yang keluar daripada bibir merah Cinta.Cinta diam membisu.Setiap hari yang Cinta lalui sememangnya membosankan.Tambahan lagi,Cinta merupakan anak tunggal.Papanya yang merupakan ahli korporat yang berjaya sentiasa sibuk menjalankan projek perniagaan di dalam dan luar negara.Kehidupan Cinta terasa kosong tanpa orang yang tersayang untuk mendampinginya dalam kehidupan sehariannya.

            Setibanya Cinta di sekolahnya,Pak Cik Zamri membantunya untuk keluar dari kereta.’’Terima Kasih,Pak Cik Zamri.”Ucap Cinta dengan nada yang lembut.”Sama-sama,tuan.”Sambut Pak Cik Zamri.Cinta mengatur langkahnya ke kelas dengan bantuan tongkatnya.Sememangnya Cinta sudah biasa dengan kehidupannya yang setiap hari berbekalkan panorama yang gelap sahaja.Sejak kecil lagi Cinta sudah  kehilangan penglihatannya setelah dia mengalami demam panas yang menyebabkan saraf matanya rosak.Semasa Cinta sedang berjalan menuju ke kelasnya,tiba-tiba seorang lelaki berlanggar dengannya.Cinta terjatuh.Habis kertas kerjanya bertaburan di kaki lima kelasnya.Kedengaran suara seorang lelaki meminta maaf “maafkan saya.Saya tak sengaja.Saya masih baru lagi di sini.”Cinta mengangguk tanda memaafkan lelaki itu.Lelaki itu membantunya mengutipkan kertas kerjanya yang bersepah di lantai.Cinta meraba-raba di sekitarnya untuk mengutip kertasnya yang bertaburan.

           Ketika sedang sibuk mengutip kertas yang bersepah itu,lelaki itu memperkenalkan dirinya kepada Cinta,”Saudari,nama saya Zulkiflie.Saya guru baru di sini.Saya ditugaskan untuk mengajar subjek pendidikan muzik.Bolehkah saya menghantar saudari ke kelas sebagai tanda maaf saya?”Cinta mengangguk tanda setuju.Cikgu Zulkiflie bertanyakan kelas Cinta.Kebetulan kelas Cinta merupakan kelas yang bakal Cikgu Zulkiflie mengajar.Cikgu Zulkiflie memimpin tangan Cinta menuju ke kelas.Jantung Cikgu Zulkiflie berdegup kencang tatkala memimpin erat tangan Cinta menuju ke kelasnya.Cinta merupakan pelajar cemerlang dalam bidang muzik.Cikgu Zulkiflie memperkenalkan dirinya kepada pelajar-pelajar tingakatan 5 Oxford.Dia mengajar muzik dengan begitu bersemangat sekali.Penyampaiannya sangat bertenaga.Cikgu Zulkiflie juga seorang yang murah dengan senyumannya.Setelah tamat waktu pendidikan muzik,dia meminta Cinta untuk berjumpa dengannya selepas waktu persekolahan nanti.

Setelah tamat waktu persekolahan,Cinta yang ditemani Zara pergi berjumpa Cikgu Zulkiflie.Mereka berjumpa di wakaf yang terletak berhadapan dengan padang sekolah.Setelah mereka sampai ke wakaf tersebut,Cikgu Zulkiflie mempelawanya untuk duduk.Dia memulakan perbualan dengan suara yang mengeletar kerana dia gementar “Saudari,maafkan saya di atas apa yang terjadi pagi tadi.Sebenarnya saya sudah lewat hendak masuk ke kelas.Maafkan saya.”Cinta mengukirkan senyuman mesra dibibirnya sebagai tanda kemaafan.”Jangan begitu cikgu.Tidak ada apa yang perlu disesalkan.Kenapa perlu cikgu rasa bersalah selepas berlanggar dengan saya?Adakah kerana saya seorang yang buta?”tanya Cinta.”Ah...tidak.Tapi saya kasihan melihat saudari.”balas Cikgu Zulkiflie.

Pada waktu itu,kelihatan Pak Cik Zamri sudah memasuki perkarangan sekolah Cinta untuk menjemputnya pulang.Zara membisikkan ke telinga Cinta untuk memaklumkan kehadiran Pak Cik Zamri.”Em...Cikgu Zulkiflie saya harus pergi dulu kerana drebar saya sudah sampai.Saya minta diri dulu.”beritahu Cinta.”Baiklah.Semoga kita berjumpa lagi esok.Tapi....apa nama saudari?tanya Cikgu Zulkiflie.”Nama saya Cinta”jawab Cinta ringkas sambil mengukir senyuman dibibir merahnya dan berlalu pergi.

Semenjak daripada hari itu,Cinta dan Cikgu Zulkiflie menjadi semakin rapat.Cikgu Zulkiflie telah menyenaraikan nama Cinta untuk menyertai Pertandingan Muzik peringkat Asia di New Zealand.Mereka mencipta lagu bertajuk “Cinta selamanya”.Cinta banyak menghabiskan waktunya bersama-sama dengan Cikgu Zulkiflie.Mereka saling membantu untuk mencipta not-not muzik yang indah.Memandangkan mama dan papa Cinta sentiasa sibuk dengan perniagaan mereka,Cinta hanya meraih kasih sayang daripada seorang insan yang bergelar guru yang sememangnya mengambil berat terhadap dirinya.

Cikgu Zulkiflie sering memberikan Cinta kata-kata semangat untuk dia meneruskan kehidupan sehariannya yang semakin mencabar.Setiap hujung minggu,masa Cinta dihabiskan bersama-sama Cikgu Zulkiflie untuk berlatih bermain violin.Pernah sekali itu,Cikgu Zulkiflie memberitahunya bahawa lagu dan irama sememangnya tidak dapat dipisahkan seperti kita ini.Cinta faham akan maksud yang diketengahkan oleh Cikgu Zulkiflie.Cinta berlatih dengan bersungguh-sungguh agar impiannya untuk bergelar juara ketika pertandingan tersebut menjadi kenyataan.Namun semakin hari perasaan sayang itu berubah menjadi cinta.Mereka saling mencintai antara satu sama lain.Mereka menjadi semakin rapat.

Pada suatu hari,Cinta dikejutkan dengan kehadiran tunang Cikgu Zulkiflie ke kediamannya.Mujurlah mama dan papanya tiada dirumah ketika itu.Cinta menjemput tunang Cikgu Zulkiflienya masuk,namun tunangnya dengan suara yang kasar memaki hamun Cinta tanpa perasaan belas kasihan walaupun sedikit.”Cik Cinta,awak tahu tak yang Cikgu Zulkiflie tu merupakan tunang saya.”Cinta pada waktu itu seperti tidak keruan.Sepertinya dia berasa serba salah di atas perbuatannya selama ini.”Maafkan saya Cik.Bukan maksud saya untuk merampas tunang cik tapi Cikgu Zulkiflie hanya mengajar saya muzik.Itu saja cik.Dia seperti abang saya.Kami tiada apa-apa hubungan istimewa.”jawab Cinta.”Baiklah.Awas awak kalau saya tahu awak bertemu dengan Zulkiflie lagi.Awak belum kenal lagi siapa Intan.”kata Intan seperti mengugut Cinta.

Intan berlalu pergi meninggalkan kediaman Cinta dengan kereta Mazda RX-8nya.Pada waktu itu hanya mutiara jernih membasihi pipi Cinta.Dia begitu kecewa dengan apa yang telah berlaku.Tidak pernah Cikgu Zulkiflie memberitahunya akan kewujudan tunangnya itu.Di sudut hatinya yang kecil itu tersimpan perasaan cinta yang tidak mampu diungkapkan olehnya.Tapi dia sedar siapa dirinya.Dia perlu reda dengan apa yang terjadi meskipun hatinya berat untuk melepaskan orang  yang dia cintai.Dengan perasaan yang bagai retak seribu,dia menekan punat telefon Blackberrynya untuk menelefon Cikgu Zulkiflie.

Ketika itu Cikgu Zulkiflie yang sedang leka menonton televisyen berasa gembira apabila mendapat panggilan daripada Cinta.Sepertinya dia mahu melonjak kegembiraan.Namun di tenangkan hatinya yang gembira itu.’’Huh...rilek Zul.Dia telefon ni.Peluang ni nak ajak dia keluar makan.’’Cikgu Zulkiflie bermonolog.Dia menarik nafas panjang lalu menekan punat yang berwarna hijau di telefon bimbitnya.”Assalamualaikum Cinta.Kenapa awak telefon saya ni?Nak ajak saya keluar makan malam candle light dinner ke?”tanya Cikgu Zulkiflie dengan selamba saja.Dengan nada yang teresak-esak Cinta memberitahu bahawa dia mahu berjumpa dengan Cikgu Zulkiflie malam ni.Cikgu Zulkiflie menjadi hairan dengan tingkah laku Cinta yang seperti baru saja lepas menangis.”Cikgu Zul,saya perlu berjumpa dengan cikgu malam ni juga.Kita jumpa di Taman Botani,Putrajaya.Ya?”tanya Cinta untuk mendapatkan kepastian daripada Cikgu Zulkiflie.”Baiklah,kita jumpa di sana.Saya ambil awak di rumah awak pukul 8 malam.”kata Cikgu Zulkiflie.

Malam itu,Cikgu Zulkiflie yang berpakaian serba ringkas dengan jeans Levis dan baju kemeja Gapnya bersedia untuk menjemput Cinta di kediamannya.Dia berhasrat untuk melamar Cinta sebagai permaisuri hidupnya.”Zul...kau boleh lakukannya.Cinta pasti suka dengan cincin ni.Kau adalah lelaki yang paling kacak sekali di alam semesta ini.Kau pasti akan dapat Cinta.”Cikgu Zul bercakap seorang diri.Dia menyiapkan dirinya serba lengkap from top to bottom.Dia menghidupkan enjin motor Hayabusanya.Ngauman enjinnya memecah keheningan malam.Dia sudah mula bermimpi yang Cinta akan menjadi permaisuri hidupnya yang akan menemaninya sepanjang hayatnya.Dia tiba di hadapan rumah Cinta tepat jam 7.59 malam.

Cinta sepertinya sudah siap menunggu kehadirannya di hadapan rumahnya.Cikgu Zulkiflie memimpin tangan Cinta menuju ke motosikalnya.Dia memakaikan Cinta helmet.Selepas itu,Cikgu Zulkiflie memecut laju motosikalnya ke destinasi yang telah ditetapkan.Sepanjang perjalanan mereka,Cinta berasa sangat sedih kerana malam ini akan menjadi malam terakhirnya bersama-sama Cikgu Zulkiflie.Namun kesedihannya disimpan rapi dalam hatinya.Dia tidak mahu Cikgu Zulkiflie dapat menghidu kesedihannya itu.Setelah hampir satu jam meredah kesesakan lalu lintas,akhirnya mereka sampai juga ke destinasi mereka.

Cikgu Zulkiflie membentangkan alas yang bercorak bunga sambil meletakkan makanan malam yang dibawa bersama dari rumah.Dia mahu makan malam ini menjadi kenangan yang terindah untuk Cinta.Bertemankan bintang dan bulan di angkasa,dia memulakan percakapannya “Cinta,dengan bintang dan bulan sebagai saksi pada malam ini,bolehkah...”kata-kata yang ingin dilafazkan olehnya seperti tersekat-sekat.Dia sememangnya gementar dengan apa yang bakal disampaikan olehnya.Adakah Cinta akan menerima dirinya seadanya.Dia mencuba kembali untuk menyampaikan niatnya,namun percakpannya dicelah  oleh Cinta.Dengan menarik nafas yang  panjang,Cinta menyatakan bahawa dia akan mengikut mama dan papanya menetap di Kanada bulan depan.”Cikgu,mulai hari ni kita tak akan bertemu lagi.Janganlah cikgu cari saya lagi.Sampai di sini saja persahabatan kita cikgu.Saya harap cikgu faham.Sudahlah cikgu.Cikgu sudah berpunya.Janganlah cikgu sakiti hati wanita.Hargailah mereka.”kata Cinta dengan sebak.Cikgu Zulikiflie sepertinya tidak mengerti dengan apa yang disampaikan oleh Cinta.”Apa maksud awak Cinta?Saya tak faham.”kata Cikgu Zulkiflie.

“Siapa Intan cikgu?Bukankah dia tunang cikgu?”tanya Cinta untuk mendapatkan kepastian.”Cinta,Intan itu bekas tunang saya.Sudah lama kami berpisah.Dia seorang yang curang Cinta.Tiada sedikit pun kejujuran di hati dia seperti awak.Walaupun awak buta tapi hati awak tidak buta seperti dia.Saya sayangkan awak.”lafaz Cikgu Zulkiflie.”Sudahlah cikgu.Selamat tinggal.Semoga cikgu bahagia.”Cinta terus berlalu pergi meninggalkan Cikgu Zulkiflie sendiri.Cikgu Zulkiflie seperti tidak keruan.Dia mengejar Cinta.Dia cuba untuk menjelaskan hal yang sebenar.”Cinta tolong jangan buat saya begini.Baiklah, saya hantar awak pulang ke rumah.”kata Cikgu Zulkiflie menyerah kalah.

Semenjak daripada peristiwa malam itu,persahabatan Cinta dengan Cikgu Zulkiflie semakin renggang.Prestasi kerja Cikgu Zulkiflie semakin menurun.Sepertinya dia sudah tidak bersemangat untuk meneruskan kehidupannya tanpa Cinta di sisi sebagai pembakar semangatnya.Kemarahannya terhadap Intan semakin membuak-buak kerana bekas tunangnya telah memusnahkan harapannya yang dibinanya sekian lamanya iaitu untuk melamar Cinta sebagai pemaisuri hidupnya.Dia bercadang untuk berjumpa dengan Intan petang itu di kafe Starbucks di Midvalley untuk menyelesaikan masalah di antara mereka berdua.


Semasa di kafe Starbucks,Cikgu Zulkiflie hanya diam membisu sambil memandang tepat kearah anak mata Intan.Seolah-olah geram dengan tindakan Intan terhadap Cinta.Intan sepertinya tersenyum seorang diri kerana dia yakin dia bakal mendapatkan Zulkiflie kembali untuk menjadi tunangnya.”Zul...kenapa u nak jumpa dengan I?”tanya Intan dengan manja seperti hendak menggoda Cikgu Zulkiflie.Dengan riak muka yang serius Cikgu Zulkiflie melafazkan apa yang terbuku dihatinya terhadap Intan.”Intan boleh tak u hentikan semua kerja kotor u ni.I tak suka dengan apa yang u lakukan ni.Bukankah kita sudah tidak ada apa-apa lagi.’’Intan memahami kata-kata tunangnya itu.”Hei ,Zul!u tu tunang I.Sedarlah sedikit.I buat ni semua kerana I cintakan u.”kata Intan.”Sayang, u cakap?Kita dah lama berpisah Intan.Dulu sewaktu u jadi tunang I,I sayangkan u sangat.Tapi u bodohkan I.U curang dengan I.Itu u cakap u sayang kat I?I nak bagi u amaran.Tolong jauhkan diri u daripada Cinta.Kalau I tahu u ugut dia siap u.”ugut Cikgu Zulkiflie sambil bangun dari kerusi dan terus meninggalkan Intan yang terpekik-pekik.”Zul!!!!!U tunggu apa yang bakal I lakukan.U tunggu Zul!!!!!”jerit Intan seperti orang yang hilang kewarasan.

Keesokan harinya merupakan hari yang terakhir Cinta di sekolah.Kelihatannya dia sedih untuk meninggalkan sekolahnya.Cinta menyuruh kawan baiknya,Zara untuk menyimpan rahsia bahawa hari ini adalah hari terakhirnya di sekolah ini.Dia menyuruh Zara untuk memberikan sepucuk surat kepada Cikgu Zulkiflie.Surat tersebut hendaklah diberikan kepada Cikgu Zulkiflie selepas dia berlepas ke Kanada.Namun hati Zara menjadi sebak apabila melihat keadaan Cikgu Zulkiflie yang tidak keruan dan kesedihan.Setelah tamat waktu persekolahan,Cinta memeluk rakan-rakannya yang lain sebagai tanda perpisahan.Zara yang tidak dapat menahan sebak apabila melihat Cinta,terus berlari pergi untuk memberitahu Cikgu Zulkiflie mengenai pemergian Cinta.Dia tahu Cinta juga terseksa untuk meninggalkan Cikgu Zulkiflie.Cikgu Zulkiflie yang sedang menghidupkan enjin Hayabusanya terkejut dengan teriakan Zara yang memanggil namanya.

“Cikgu Zul!Cikgu Zul!”teriak Zara.”Kenapa dengan awak ni Zara?”soal Cikgu Zul.”Cikgu Zul,hari ni merupakan hari terakhir Cinta di sekolah.Pergilah berjumpa dengan dia cikgu.Dia masih ada lagi di perkarangan sekolah.”kata Zara sambil tercungap-cungap kepenatan.”Baiklah, Zara.Terima kasih kerana memberitahu saya.”kata Cikgu Zul.Dengan langkah seribu,dia terus berlari untuk berjumpa dengan Cinta.Sewaktu dia sedang berlari untuk berjumpa dengan Cinta yang ketika itu berada di luar pintu pagar sekolah,kelihatan sebuah kereta memandu dengan laju menuju ke arah Cinta.Dia memekik kepada Cinta supaya Cinta bergerak ke tepi.Namun usahanya itu tidak berhasil.Kelihatan Cinta terbaring lemah atas permukaan jalan raya selepas dilanggar kereta tersebut..Keadaannya sangat parah.Cikgu Zulkiflie segera mendapatkannya.”Cinta!Cinta!Bangun Cinta!Jangan tinggalkan saya lagi Cinta!Cukuplah saya rasa sengsara tanapa awak di sisi saya selama hampir sebulan.”teriak Cikgu Zulkiflie sambil mendakap erat Cinta.Cinta sepertinya sudah tidak bermaya lagi untuk membuka matanya.Nafasnya tercungap-cungap seperti mahu dijemput Sakaratulmaut.Cikgu Zulkiflie mengeluarkan sebentuk cincin daripada poket seluarnya.”Cinta tengok ni,saya nak melamar awak.Saya ada cincin.Saya sarungkan di  jari manis awak.Awak sudah menjadi tuning saya Cinta.Tengok ni Cinta.”kata Cikgu Zulkiflie dengan sebak.Cinta hanya tersenyum apabila melihat cincin di jarinya.Dengan perlahan dia menutup matanya erat untuk selamanya.”Cinta!Cinta!”teriak Cikgu Zulkiflie seperti tidak dapat menerima kenyataan ini.

Hujan renyai membasahi bumi.Seakan-akan sedih melihat pemergian seorang penghias dunia yang hebat.Cikgu Zulkiflie tenang dan reda dengan pemergian orang yang disayanginya buat selama-lamanya.Dia kehilangan semuanya.Tunangnya Intan ditangkap polis kerana dia melanggar Cinta dengan niat membunuh.Intan terpaksa dihantar ke rumah sakit jiwa kerana dia mengalami stress yang amat teruk setelah dia mengetahui dia menghidap HIV 2 tahun yang lalu  akibat hubungan seks bebas yang dilakukan.Setelah upacara pengkebumian selesai,Zara pergi berjumpa dengan Cikgu Zulkiflie untuk menyerahkan surat yang diamanahkan oleh Cinta.Zara mengucapkan takziah kepada Cikgu Zulkiflie di atas kehilangan Cinta.Sebelum Ckgu Zulkiflie pulang ke rumah,dia pergi berjumpa mama dan papa Cinta untuk mengucapkan takziah di atas pemergian anak tunggal mereka itu.

Setelah Cikgu Zulkiflie tiba di rumahnya,dia segera duduk di kerusi kerjanya untuk membaca surat Cinta.Dengan hati yang masih terluka akibat kehilangan Cinta,dia membuka surat tersebut lalu membacanya.






Assalamualaikum,

Buat teman yang disayangi selamanya.Perginya diri ini bukan untuk melarikan diri daripada yang dicintai.Tetapi perginya diri ini kerana diri ini amat menyayangi dirimu.Diri ini mahu melihat kamu bahagia selalu.Secara jujurnya diri ini amat mencintai dirimu.Namun waktu dan perasaan menjadi halangan.Bagaimanakah harus diri ini meluahkan perasaan yang terpendam sekian lama?Namun diri ini sedar akan kemampuannya.Diri ini tidak dapat menjadi yang terbaik untuk dirimu.Semoga dirimu mendapat permaisuri yang lebih baik daripada diri ini.Sejak pertama kali kita bertemu,hati ini sudah bertaut kepada dirimu.Keihklasan yang dipamerkan oleh dirimu membuatkan diri ini tertarik dengan dirimu.Bolehkah kamu menunaikan hasrat diri ini?Diri ini meminta agar kamu meneruskan perjuangan diri ini di New Zealand.Semoga berdoa.Kenang diri ini dalam doamu.
Wassalam.


                                                                                                                        Sayang;
                                                                                                                        Cinta

            Kelihatan mutiara jernih mengalir deras keluar dari kelopak mata Cikgu Zulkiflie.”Cinta,akan saya tunaikan permintaan awak.Saya juga mencintai awak.Semoga roh awak ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.Amin.”doa Cikgu Zulkiflie.