Mereka Awesome :)

Tuesday, September 14, 2010

Erti Sahabat

Setiap malam ku,
ku bermimpi,
Bermimpi berjumpa bintang yang ku cintai,
Tinggi dan megah berada di cakerawala sana,
Mungkin nyata bagiku,
Tetapi tidak bagi yang lain,
Rasa yang masih tidak dapat ku luahkan,
Bagaikan tersekat
Daripada mengalir di salur darah ku,
Kenangan yang tercipta di antara ku dengan kalian
Hanya tinggal sejarah,
Mungkin berharga jika dijual,
Mungkin lebih berharga jika ku terus simpan di hati ini,
Dahulu pernah kita ciptakan alunan melodi indah,
Not muziknya sungguh indah pabila didendangkan,
Masih segar di ingatanku bagaimana,
Cerianya senyuman kamu semua,
Mungkin ada yang menangis,merintih,
Di dalam hati jika mendengarnya,
Mungkin ada antara kalian yang ingin muziknya dimainkan,
Berulang-ulang kali tanpa jemu,
Ada juga yang tidak mahu diulangkan,
Kerana takut,takut,
Kenangan yang pahit diingati semula
Kini,
Kalian telah pergi
pergi mengejar pelangi kehidupan,
Umpama kelopak bunga indah dan menawan,
Berkembang dengan gahnya,
Tiba-tiba
Menjatuhkan kelopaknya
Satu per satu,
Masih adakah terselit ruang,
Untuk kita bersama-sama kembali,
Mencantumkan kembali kelopak
Yang layu dibawa angin
Entah ke mana,
Mungkin ke utara,selatan,timur
Ataupun barat.
Kini kusedar,
Bahawa segala pertemuan dan perpisahan,
Pasti berlaku,
Tapi ku percaya,
Walau kemana kalian pergi,
Tidak kiralah walaupun hingga ke hujung dunia sekali,
Persahabatan kita pasti terjalin
Dengan eratnya,
Umpama bintang dan matahari
Yang terus setia menemani kita,
Dimuka bumi ini.

No comments: