Mereka Awesome :)

Saturday, March 17, 2012

Lakaran kata..

Malam ni..angin bayu meniup sepi...menghembuskan salam buat mereka yang aku sayangi nun dijauh sana.Setelah lama aku tidak mengetuk papan kekunci yang sentiasa hauskan ceritera diri ini.Bertemankan alunan muzik yang sayup-sayup kedengaran,aku kembali dengan seni penulisan hati yang semakin lama semakin kaku dan hilang.Entah kenapa.Adakah kerana kerunsingan yang sentiasa membelenggu pemikiran menjadi tembok penghalang untuk aku terus berceritera buat mereka yang tersayang?Ya,aku sangat rindukan mereka nun jauh disana.Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk aku melepaskan rasa rindu yang sentiasa bertamu tanpa dipaksa sebelum aku pergi untuk meneruskan pembelajaranku merentasi laut biru.Kali ini lebih jauh laut yang akan aku rentasi..bukan hanya laut China selatan.Insyallah..


Kali ini,untuk semester 2 aku di UNIMAS (Universiti Malaysia Sarawak) banyak yang telah aku pelajari.Mengenali rakan-rakan yang sentiasa mengisi ruang dimensi diri ini dengan pelbagai ragam.Terima kasih kalian.Waktu berputar tanpa aku sedari.Berputar seperti ribut pasir di tengah gurun Sahara.Terasa singkat waktu bersama-sama kalian.Macam-macam kenangan yang telah aku putar dan petik di dalam kamera usang yang dari dulunya setia menjadi diari ceritera diri ini.Aku putarkan kembali foto-foto lama itu.Sungguh indah.Umpama muzik yang sentiasa bermain tanpa henti.Sekiranya,ada "time machine" ingin sahaja aku berhentikan seketika detik-detik indah ini.

Buat rakan yang sentiasa menjadi penasihat yang terbaik untuk diri ini.Aku "RESPECT" kalian kerana kalian tidak pernah ketandusan kata-kata untuk terus menguatkan semangat dalam diri ini.Kalian memang terbaik.Semoga persahabatan kita berkekalan dunia dan akhirat.Insyallah.Namun,di setiap pertemuan itu,pasti ada perpisahan.Itu sudah menjadi kronologi kehidupan seorang manusia di atas muka bumi ini.Akan terus aku simpan kalian dalam hati kecil dan kotak ingatan ini.Semoga kalian sentiasa sukses dalam apa yang kalian kejar selama ini.Diri ini pasti kalian boleh lakukan.Kalian terbaik.Percaya pada diri.Yang penting "lakukan sesuatu itu dengan niat yang baik,insyallah akan mendapat keberkatan" bak kata seorang rakan ku.

Buat mereka yang tersayang,daddy,mummy,big-brother dan small-brother.You guys memang suppoter yang terbaik selamanya.Aku sangat menyanyangi kalian umpama padang yang luas dengan lavender yang ungu.Aku tahu kata-kata ini sungguh hiperbola.Tapi ini apa yang aku rasakan pada kalian.Jika bisa aku tuliskan,mungkin tidak akan terluah apa yang aku ingin katakan.Cuma ingi aku luahkan kata bahawa "AKU SAYANG DAN RINDU KAMU SEMUA."

Sampai disini dahulu coretan ceritera yang tidak seberapa ini daripada dedeq.Semoga kalian enjoy.Sayang kalian.Assalamualaikum...


Thursday, March 8, 2012

Aku...



Ke kanan aku sepi,
ke kiri aku bisu,
ditelangi racun jingga dalam kalbu,
sepi dan sunyi aku buntu,

Bertemankan petikan guitar akustik,
di tengah jelapang padi,
menguning,
aku lagukan alunan baru,
alunan hati si seorang pemuzik buta,
menulis setiap not-not muzik,
yang lama bersemadi dalam hati ini,
ada not sedih,marah,gembira dan semangat,
hiperbola sungguh not-not aku,
aku satukan kalian semuanya,
dalam naskah usang ini,
agar kalian bersatu,
bersatu,
membentuk irama,
irama SEMPURNA,
hati si seorang pemuzik buta,