Mereka Awesome :)

Wednesday, August 24, 2011

Contengan Terbaik!!!!!!!!!

Assalamualaikum awak semua...apa khabar??areen harap awak semua dalam keadaan yang sihat walafiat...so..areen nak kongsi sikit my fantastic time semalam with my best buddies..Syariff..huhu..sebenarnya,semalam areen dan syariff bertandang ke MRSM Batu Pahat untuk bersungkei(berbuka) sama2 dengan mama and papa angkat kiteorang iaitu Cikgu Shariff and also Cikgu Hamidah...Areen memang rindu tahap gaban ar dengan mereka..rasa macam nak peluk (erk..dah macam filem Hindustanlah pulak)..hehe..okie..contengan bermula apabila areen dah buat plan dengan syariff untuk ke maktab bila kiteorang cuti.kebetulan matrik Melaka cuti sama dengan UNIMAS..so..cadangan yang diutarakan akhirnya jadi juga...eceh3x..dah macam perjanjian Pangkor pulak dah..hahaha..Mula2 nak ajak Ambrotul sekali..mesej punya mesej tak jawab..rupenya phone dia tersembunyi..macam Treasure Hunt jew..am3x..


So..areen bertolak dari rumah pukul 5.15 petang sebab Syariff kena teman mak dia beli bahan2 untuk buat kuih..rajin nyer dia..hahaha..Tu yang areen lambat bertolak..memang dah lama tak jumpa best buddies areen ni..berdebar2 jantung..(Dup..dap..dup..dap)hahaha..setibanya areen dihadapan rumah dia..areen mesej dia..Tu dia..syariff..memang dah lama tak jumpa ar..dia pun cakap dah lama tak jumpa..areen membiarkan stereng kereta diambil alih oleh dia..sebab syariff kata dia rindu dengan Peogeout turbo 308 areen ni..sebelum teruskan perjalananke MRSM..areen dengan syariff singgah bandar kejap sebab syariff nak keluarkan duit kat BSN (Bank Simpanan Nasional)..(p/s:nak berlanja kew syariff keluar an duit) lepas tu baru kiteorang meneruskan perjalanan ke MRSM..


Dalam perjalanan tu,kiteorang singgah sekejap dekat bazaar di Parit Sulong berdekatan dengan MRSM...masing2 blur tak tahu nak beli apa..so..areen beli murtabak 4 keping...(wowowo...but tu untuk adik2 junior areen..kite semua share2..)hehe..lepas tu syariff beli soya panas untuk adik2 junior..kiteorang punya borong untuk junior kiteorang punye "meal" tak beli..hahaha..oleh sebab dah pukul 6.55 pm..makanan pun dah nak habis (sedih jew...waaaa)..syariff drive ke bazar lagi satu..kiteorang pun "round2"..masing2 blur tak tahu nak beli apa..so..tak jadi beli apa2 ar..just belikan cikgu kerepek 3 RM10..hahaha..macam2 ada..masa naik kereta dah pukul 7.10 pm..wow..apalagi syariff pecut ar..kiteorang sampai MRSM pukul 7.15 pm...tepat2 waktu berbuka..


Masa kiteorang sampai...semua adik2 junior kat rumah cikgu blur jew tengok kiteorang..hahaha..lawak ar muka2 diaorang..cikgu ingat kiteorang tak jadi datang..saja nak buat suprise...pastu areen and syariff siap an judah kat dapur..then..sama bersila kat lantai dengan cikgu untuk berbuka...fuh.ayam goreng rempah cikgu sedap ar..terbaik!!!!!(btu3x...dah kemaruk cam upin and ipin)ahahah..lama tak rasa masakan cikgu..lepas habis berbuka kiteorang solat ramai2...lepas solat areen tolong juniors basuh pinggan kat dapur..lepas selesai mengemas areen,syariff and cikgu duduk kat ruang tamu berbual2..fuh..memang best ar..lepas tu ambik2 gambar..sambil berbual makan cocktail...hahaha..memang tak sedar waktu beredar..rupenya dah 9.40 malam..so..kiteorang pun bertolak..syariff drive..terbaik ar..syariff hantar areen sampai rumah sebab mummy suruh then mummy hantar syariff balik rumah..fuh..memang best ar semalam..walaupun penat..masing2 enjoy..walaupun sebentar 1001 kenangan tercipta dengan keletah masing2...anyway thanks to syariff sebab drive semalam..thanks P.O.L.K.A.D.O.T..hehehe...
Ayeppo...a.k.a syariff

Cikgu Midah and Cikgu Shariff...

Alright..sampai disini sahaja coretan areen..jumpe lagi..assalamualaikum..

Saturday, August 20, 2011

Coretan kau dan aku...

Pemandangan waktu malam di Kuching,Sarawak 

Assalamualaikum awak semua...apa khabar?Good?Semoga awak semu sihat walafiat hendaknya..huhu..areen tengah happy ni kerana........hari ini 20/08/2011 ni areen akan balik ke semenanjung..Rightio..So..semalam sebelum nak balik ni..areen pergi ke bandar Kuching,Sarawak untuk membeli ikan terubuk (Fishy 3x) and also kek lapis sarawak...yezah!!!semua ni kalau tak dibeli bila balik daripada Sarawak memang tak sah...so beg areen ni dah macam masuk "The Amazing Race" dah..adey!!!!!!berat tu...semalam areen membelanjakan RM185 untuk ikan terubuk dan kek lapis sarawak jek..Takpe it is for relatives and friends di semenanjung..memang letih semalam areen dibuatnya..balik terus tito...hahaaha...krok3x...(berdengkur kew???)takdelah..Semalam adalah areen rasa sungkei(berbuka puasa) yang terbaik untuk areen..Simple but meninggalkan a lot of 1001 memories...love it..Areen berbuka buffet di sebelah sungai Sarawak..Harga buffet---->RM20..Memang berbaloi dengan makanannya yang memang sedap dan scenery yang memang terbaik ar..Areen suke sangat2.Areen rasa relak sangat2..areen berbuka dengan amii affandi dan juga biha..memang takkan areen lupekan saat dan detik ni..terbaik ar guys..anyway,areen will. update lagi guys coretan areen bile areen sampai di semenanjung...there are some pics for u guys...with love from sarawak...assalamualaikum..


With love from Kuching,Sarawak...........
.

Huhu!!kau milikku kek lapis...hahaahahaha...


Da Extravaganza Purplish Drinks for Sungkei (Berbuka)

Yezah!!!Fwen for eva!!!!!!!!!!!amii affandi............

Arghh!!!!!!!!!lapor....isi tank minyak sebelum meneruskan perjalanan...

Sungkei3x...yum3x..


Thursday, August 18, 2011

Aku Nak Jadi Nerd + Baik...

Assalamualaikum awak semua...apa khabar?areen harap awak semua berapa dalam keadaan yang sihat walfiat hendaknya.amin.areen rindu dengan korang semua..Hurm tak lama lagi dah nak raya kan?hahaha..tak sabar rasanya nak sambut raya bersama family dekat semananjung nun di sana tu.Namun disebalik kesukaan yang datang menerpa dalam hati ni,terdapat rasa sedih dan pilu.kenapa?areen rasa awak semua ada jawapan yang tepatnya...

Takpe2 areen bagi soalan lengkap siap dengan multiple choice sekali macam SPM atau nama penuhnya Peperiksaaan Sijil Pelajaran Malaysia...

Kenapa areen sedih?

A.Sebab Ramadhan dah nak melabuhkan tirainya.
B.Sebab balik lambat satu hari
C.Sebab banyak assigment


Apa ke jadah teorinya???
Cuba korang pikir kenapa???Jawapannya adalah........A (Rightio)

Yelahkan,Ramadhan bukan selalu datang bertandang dalam kehidupan kita dalam 1 tahun = 365 hari = 12 bulan = 30 hari/bulan = 24 jam/hari = 60 minit/jam....yang lain korang tukar sendiri ar..penat lak areen nak tukarkan..ahahahah...raya dah nak dekat ni jangan sibuk dulu duk kejar preparations tuk raya.Bak kata Aizat "Dah nak hujung posa jangan kejar Kamdar but keja Lailatuqadar.Itu yang sepatutnya.Kalau dah nak raya jemaah kat masjid memang semakin berkurangan.Itu sememangnya budaya rakyat Malaysia.Itu pendapat areen melalui jurnal yang areen ada baca.Cuba korang renung2 an seketika.

Sedang asyik areen termenung dengan mengulangkaji pelajaran ni,terdengarlah bunyi mercun berdentam-dentum..hahahaaha..memang best main mercun tapi bersuka-suki,bersuka-suki juga yang sampai raya tanpa jari or jadi kassim selamat (tiba2 masuk 80-an)hahahaha...nanti baru nak taubat dan insaf..dialog: Apalah nasib ku ni..(ayat dramatis tu der) toksah nak menyesal sendiri cari penyakit.Apa2 pun keselamatan harus diutamakan."Ingatlah orang yang tersayang".erk..apa kena mengena an..

Sebenarnya mood tengah macam hampir sama dengan orang kat sebelah nun sana tu.Muncung jer bibir nak dekat 15 cm macam pembaris korang tu.Sebab apa?sebab takut dengan results yang bakal keluar dan terpapar di dada2 board PPU (Pusat Pengajian Pra-Universiti)...seram nyer..Memang terus terang areen katakan memang agak T-O-U-G-H- untuk mid-term kali ni..tapi apakan daya.areen dah lakukan sehabis baik dan apa yang termampu.Insyallah areen boleh lakukan.Orang yang berusaha pasti akan sentiasa dinilai Allah s.w.t.Semoga areen dan kengkawan kat sini akan mendapat results yang baik dan meletup-letup hendaknya..amin..4.0 FLAT..(sebenarnya nak sedapkan hati yang tak sedap ni)hahahaha..Anyway areen dah bernekad nak jadi seperti tajuk yang tentera nun di atas tu..GAYAT!!tinggi sangat tajuk tu..mahu tahu selanjutnya....jom..

Posto2!!!!--->Kepada: Areen--->Daripada:UNKNOWN--->Sila klik untuk buka (saspens tue...dup..dap..)


Assalamualaikum areeen ku,

Apa khabar kat Sarawak tu?Jangan tension2 sangat pasal exam tadi.Sekarang yang penting anda harus berubah ke arah kebaikan.Buka buku diari baru untuk dicoret.Diari yang lama jangan dibuang tapi jadikansebagai penanda untuk masa hadapan agar peristiwa takkan berubah lagi.Mulai sekarang anda harus berubah.Tak salah nak jadi nerd.okay saja dan surely bukan senang untuk terus berubah jadi berd and baik sebab kena ada fasa2nya.Anda kena harus sentiasa muhasabah diri.Lakukan semua kerana Allah s.w.t kerana pasti apa anda lakukan mendapat keredaannya..amin.Saya tahu awak boleh lakukannya.Anda adalah yang terbaik.U are the champion since u we born areen.Jadi,belum terlambat untuk awak berubah.Tak sabar menanti transformasi anda selepas cuti mid-semester ni.Anda kena S-T-R-U-G-G-L-Eakukan yang terbaik."Tidak semestinya sesuatu yang kita suka adalah baik buat kita dan tidak semestinya yang kita tak suka tu tak baik untuk kita". (Petikan kata pujangga daripada HLOVATE).Sekian,Wassalam.

Jadi disebabkan surat yang dicipta sendiri tu + niat areen untuk berubah,areen akan buat yang terbaik.Go areen go!!Bak kata puitis lecturer Chemistry kiteorang,Mr.Tee"Without "U",awak tak boleh ada SUCCED..Jadi dah tiba masanya areen jadi baik dan mengaplikasikan istilah nerd dalam kamus hidup areen.Bye2 IPHONE 4,FACEBOOK,LAPTOP (SAY NO TO ALL OF THIS).

So.sebenarnya areen pun dah tak sabar nak balik ke semenanjung Malaysia..But takdelah excited sampai terbang macam superman kat sebelah tu.But areen naik belon(kapal terbang dalam bahasa sarawak) that is Air Asia (20/8).Fuh...adikku MUHAMMAD ASRUL SHAH BIN ASMAN SHAH dah pau baju jersi LIVERPOOL pulak tu untuk hari jadi dia yang ke-15 pada 21/8 ni,Pokai ar...baru masuk elaun dah kena pau.Rasa macam nak baham pintu jer..hahaahha..Apa2 pun demi adik terchenta (konon nyer ar tu..tak nak dia kecik ati) it is okay.areen beli an jugak ar kot.

Apa2 pun korang semua take care tau.Jangan lakukan benda2 yang membahayakan diri.See u guys soon dalam coretan seterusnya bila areen sampai semenanjung nanti.ILY u guys.Assalamualaikum...

Saturday, August 6, 2011

I Fall In Love With Mr.Ramadhan.....

Assalamualaikum guys....apa khabar?areen harap awak semua sihat2 saja.Hurm..memang agak dah bersawang dah blog areen ni sebab memang dah lama areen tak update.Di kesempatan ini,areen nak ucapkan "Selamat Menyambut Bulan Ramadan All Mubarak" untuk awak semua..huhu..jangan makan2 lak macm pic animation kat atas tu..hahaha..nanti batal puasa..areen rasa gembira sangat2 kerana masih berkesempatan untuk menyambut Ramadhan pada tahun ini.areen nak jadikan Ramadhan kali ini lebih bermakna daripada tahun2 yang sebelumnya...areen nak lakukan yang terbaik....areen rasa Ramadhan yang sebelum ini tak seberapa baik ar..hurm...setelah areen membaca sebuah novel yang bertajuk "Contengan Jalanan" by Hlovate sepertinya rasa diri ini ingin berubah ke arah yang lebih baik lagi.Kalau u guys nak beli novel memang areen syorkan u guys beli buku ini,Memang tak rugi waluapun satu sen..areen jamin sangat2..buku contengan jalanan tu memang banyak meninggalkan impak secara mikro dan makro terhadap diri areen(ayat skema tu)..hahaha..areen..okie...sebenarnya mood areen tengah macam ni ----->hahahaaha...macam budak2kan areen ni..mengamuk giler ni..disebabkan tahap kerinduan terhadap kue tiow goreng semakin mengunung setiap hari,semalam buat kali pertamanya areen ke bazaar ramadhan di kota samarahan,sarawak,,pergh..perasaan bila sampai bazaar.... + sound effect cengkerik..hahaha..apa lagi terkesima ar beb...memang best tahap gaban ar....banyak ikan bakar..areen relek2 dulu..ingat misi utama untuk dilancarkan iaitu kue tiow goreng..muahahaha...jalan punya jalan..akhirnya..tu dia...kue tiow goreng...berasap2 baru diangkat daripada kuali chef..fuh..terbaik ar..areen punya feeling mcm ni ar--------->melompat tahap tak ingat dunia...selepas selesai membeli apa yang patut kat bazaar,areen pun balik,,hah...sebelum itu..areen nak pesan kalau beli juadah beruka posa tu berpatutan ar sikit..jangan sampai borong semua dekat bazaar tu...ingat membazir amalan syaitan...membeli ala kadar saja..jangan ikut nafsu semata-mata...ok?..huhu..good..hah..areen pun nak share pengalaman areen pertama kalinya berbuka awal di bumi kenyalang ini...huhu..best jugak..areen suka..areen rasa tenang dekat sini..sebab suasana yang menghijau...dekat sarawak berbuka pukul 6.51 p.m buat masa inilah...(kengkawan dan family jangan jeles..areen buka dulu nye?)hehehe..jahat jek areen ni kan?tapi tiada beza pun kalau kita berada dimana...kita tetap juga kena tunaikan ibadah puasa kita kan?areen rasa gempak juga sebab dapat menunaikan solat terawih bersama-sama rakan areen...setidak-tidaknya dapat mengubati rindu areen masa dekat asrama dulu..Alright...korang dah buat belum apa yang areen listkan untuk ramdhan?
<-----------Dah ke belum ek?heheehehehe...

*Membaca al-quran sehingga qatam
*Solat terawih setiap malam (tanpa miss)
*Solat di malam hari
*Bersedakah (senyum pun okie gak)hehe..
Kalau masih ada kekurangan...jom kita sama2..naik taraf usaha kita..macam budak dekat atas itu..semoga kita sentiasa mendapat ganjaran dan keredaan oleh Allah S.W.T di bulan yang penuh barakah ni..Okie..sampai di sini saja coretan areen untuk kali ini...semoga berjumpa lagi u guys...doakan areen berjaya dalam mid-term exam areen k??(4.0 FLAT)..ICIBAN!!!good luck juga untuk kawan2 areen yang akan exam..cayunk korang..assalamualaikum...