Mereka Awesome :)

Friday, December 30, 2011

Coretan Hati Si Anak Lorong....

Tatkala aku bersendirian di lorong-lorong kecil,gelap dan kelam.Bertemankan si kotak coklat sebagai teman sejati.Aku sedar,aku hanya seorang anak jalanan.Tiada berteman,.S.E.P.I bersendirian.Terkebil-kebil mata melihat gelagat kaum adam dan hawa yang melintasi lorong kecil ini.S.U.N.Y.I.Hanya ditemani lampu jalan yang samar-samar kelihatan di malam yang kelam dan dingin.

Kadang-kadang minda ku diterjah dengan pelbagai persoalan yang membuatkan aku F.O.B.I.A.Fobia dengan diri sendiri.Manakah ayah dan ibu ku?Kenapa aku bersendirian?Tidak seperti mereka yang B.A.H.A.G.I.A dengan keluarga mereka di setiap detak jantung mereka.Masihkah aku terus dibiarkan tanpa pelukan erat dan kucupan mesra daripada insan yang bergelar ayah dan ibu?Apa salahku?

Terbiarnya diriku di ruang dimensi yang gelap tanpa cahaya.Tanpa hala tuju kehidupan.Ruang dimensi yang hanya ditemani bintang dan bulan di malam hari dan sang mentari di pagi hari.M.U.T.I.A.R.A hangat yang terus mengalir tanpa dipaksa sudah tidak dapat dibendung lagi.Persoalan yang sentiasa menjadi hujah dalam benak fikiran ku terus memaksa aku memuntahkannya.S.I.A.P.A.K.A.H diriku sebenarnya?


Kehidupan yang umpama "kais pagi makan pagi,kais petang makan petang,sudah serasi dalam diriku.Begitu sulit untuk aku terangkan pada kalian.M.A.K.A.N.A.N yang ku jamu bukan seperti kalian.Disaat kalian bertandang ke restoran untuk menjamu hidangan yang enak dan lazat,aku hanya mampu untuk menghadap "Si hijau yang digeruni lalat" untuk mencari bahagian makanan ku.Namun masih aku bersyukur.Masihkah kalian bersyukur meskipun dijamu dengan nasi bersama garam?

Sudah lama aku mengidamkan pakaian yang sempurna jahitan dan warnanya.Ya...pakaian aku memang pakaian pengemis yang layak disepak dan dicaci oleh mereka apabila didekati hanya untuk meminta sedikit simpati di mata mereka.Namun,aku masih ada perasaan dan hati.Tidakah kalian mengerti?Dalam usia ku yang masih setahun jagung,aku masih buntukan kasih sayang ayah dan ibu.

Kini...aku mengerti...anak lorong kecil ini hanyalah anak buangan mereka.Yang tiada nilainya di mata mereka.Di biarkan kesejukan yang mencengkam tulang di malam hari.Di biarkan dimamah sang mentari di siang hari.Aku sedar siapa aku kalau hendak dibandingkan dengan kalian.Aku anak B.U.A.N.G.Hanya merosakan pandangan kalian saja apabila memandang.Hanya menjadi kutukan kalian saja.Hanya menyusahkan kalian saja.Namun aku tidak pernah berkecil hati,kerana aku sedar aku tidak bersendirian.Masih ada yang menyayangi diri ini.Jika aku tidak disayangi di dunia,aku akan disayangi di akhirat kelak.DIA yang maha mengetahui dan maha penyayang.

P/S:Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata.Dedeq hanya mencoretkan apakah perasaan mereka yang merupakan anak jalanan.Harap ini dapat menjadikan pedoman dalam hidup kita untuk menolong semasa manusia dan jauhi maksiat.Insyallah...




Friday, December 23, 2011

P/S:Adik Aku Autism,Suamiku Cikgu...






Angin bayu menghembus sayu,
Menyampaikan salam buat si dia,
Yang pernah ku sayangi,
Senyuman yang pernah engkau berikan
Tidak pernah lupus dimamah waktu,
Sekarang ini,hanya doa dan zikir
Yang mampuku berikan sayang,
Semoga dikau tenang disana.

                “Okay kelas,cikgu nak awak semua rujuk buku teks Bahasa Melayu dan baca perenggan satu muka surat 120.”Lantang arahan yang diberikan oleh Cikgu Kashaf.”Baik cikgu.”murid-murid tingkatan 5 Oxford patuhpada arahan yang diberikan.Ketika semua mata tertumpu pada buku teks masing-masing,mata Cikgu Kashaf tertumpu tepat kearah Julia.
              
                “Julia!”keras suara Cikgu Kashaf menerjah terus gegendang telinga Julia.Julia yang sedang lena dibuai mimpi terus terbangun dek kerana terkejut mendengar suara kasar Cikgu Kashaf.”Cikgu ni kenapa?Tak boleh ke kalau tak jerit?Haish !malas aku nak layan kau orang tua.Lebih baik aku balik.”Julia terus menyentap begnya yang tergantung di kerusi sambil berlalu pergi.”Julia!Julia!”keras suara Cikgu Kashaf memanggil.
              
             Motor berkuasa tinggi itu dipecut selaju yang mungkin.Perjalanannya tiada hala tuju.Dibiarkan sahaja hatinya menguasai minda.Akhrinya,Julia memberhentikan motosikal Ducatinya di sebuah pub.Langkah terus diatur memasuki pub.”Waiter,one bottle of Wisky!”Pesan Julia.Julia meneguk Wiski berkenaan dengan rakusnya setelah dihulurkan oleh pelayan pub.Kemarahannya terhadap Cikgu Kashaf semakin membara.
            
              Julia meneguk Wiski tanpa henti.Muzik yang berkumadang menjadi teman penghilang kemarahan.Ketenangan.Julia terasa semua beban dan stressnya hilang begitu sahaja.Setelah terasa diri tenang dibawa khayalan,Julia mengatur langkahnya menuju motosikalnya.Ngauman enjin Ducati memecah keheningan malam.Setelah hampir setengah jam meninggalkan ibu kota yang masih hidup dengan pelbagai ragam manusia,Julia tiba di banglonya.
           
           “Mak Jah!Mak Jah!Buka pintu ni cepat!”Teriak Julia dengar kasar diiringi ketukan pintu yang bertalu-talu tanpa henti.Mak Jah lantas membuka pintu.”Ya Allah!CikJulia.Kenapa sampai mabuk ni?”Tanya Mak Jah berbaur kerisauan.”Hey orang tua!Kau dengar sini baik-baik.Aku ni mabuk ke aku nak mampus ke.Itu bukan urusan kau.Dahlah tua kutuk nak mampus.Pergi matilah!”Teriak Julia sambil menolak Mak Jah.”Ampunkan Mak Jah Julia”Tangisan kecil mengiringi kata Mak Jah.Julia  terus jalan menuju biliknya diatas sambil terhuyung-hayang tanpa menghiraukan Mak Jah.
            
              Julia  menghempaskan badannya di katilnya yang empuk itu.Matanya cuba dipejamkan.Perasaannya masih bercampur-baur.Julia bangun daripada katilnya,langkahnya diatur menuju ke bilik bersebelahan biliknya.Daun pintu dikuak perlahan.Matanya tertumpu pada tubuh kecil yang sedang lena dibuai mimpi indah.Diatur langkahnya mendekati tubuh kecil itu.Hatinya sayu meliat si kecil itu.Julia mendakap si kecil itu seeratnya.Dibelainya si kecil itu dengan penuh kasih sayang.Tanpa disedari,mutiara hangat mula membasahi pipi itu.Matanya dipejamkan.”Selamat malam sayang.”Bisiknya perlahan.

Jam menunjukkan tepat 6.00 pagi.Mentari mula melimpah sinar.Azan yang berkumandang mengejutkan Julia daripada mimpinya yang panjang.Julia bingkas bangun daripada katilnya dan mula menapak ke bilik mandi.Julia menyiapkan dirinya untuk ke sekolah.Setelah semuanya selesai,Julia turun ke bawah.Ketika dia sedang turun ke bawah,kelihatan Mikhail,si kecilnya sudah lengkap berpakaian sekolah.

“Kakak...kak..ak..”Mikhail lari mengejar Julia.”Eh..budak!Kau duduk sana diam-diam!Aku bukan kakak  kau!Kau faham tak?Kau tak layak panggil aku kakak!Cacat!Faham!”Ditonjolnya kepala Mikhail yang masih setahun jagung itu.Yang masih tidak mengerti apa-apa selain buntukan kasih sayang.”Astarghfirullahhala’zim.Cik Julia,apa dah berlaku ni?Kenapa pukul Mikhail?Cik,Mikahil ni kan masih kecil lagi.Dia tak tahu apa-apa Cik.”ujar Mak Jah sambil memujuk Mikhail yang teresak-esak menahan kesakitan.

“Argh!!Pergi mampus semua orang dalam rumah ni.Aku malas nak tahu apa-apa.”Pekik Julia sambil berlalu pergi.Deruman motosikal  berkuasa tingginya memecah keheningan pagi.Setelah keadaan menjadi sunyi kembali,Mikahil mula bersuara.”Nek Jah,napa kakak benci sangat Khail?Apa salah Khail?Khail sayang kakak.”

“Khail,kakak sayang Khail.Mungkin kakak banyak kerja tu.Khail makan dulu ye.Sekejap lagi Nek Jah hantar Khail ke sekolah.”Nek Jah memimpin tangan Khail ke arah meja makan.

Jam di tangan menunjukkan tepat jam 2.00 petang.Loceng berbunyi tanda tamat waktu sekolah.Julia lantas mengambil begnya dan berlalu pergi.”Julia,nanti.Saya nak bercakap sebentar dengan awak.”Panggil Cikgu Kashaf.”Cikgu nak apa lagi?Saya dah lambatlah.Tahu tak?”jawab Julia selamba.”Julia kenapa dengan awak sekarang ni?Displin awak semakin hari semakin teruk.Apa nak jadi dengan awak ni?”Tanya Cikgu Kashaf dengan suara yang agak tegas.

Cikgu Kashaf menghulurkan sekeping surat kepada Julia.”Julia,maaf.Awak digantung sekolah sehingga peperiksaan SPM awak nanti.Maafkan saya.”Kata Cikgu Kashaf.”Oh...ok..ini yang cikgu buat pada saya hanya kerana saya bermasalah.Fine!Pergi mampuslah cikgu.”Teriak Julia.”Kurang ajar!”satu tamparan kuat menjengah pipi Julia.Julia merenung dalam ke mata Cikgu Kashaf dan terus berlalu pergi.

Julia memacu motosikalnya pada tahap kelajuan yang maksimum.Perasaannya berkecamuk.Hatinya hancur tatkala perbuatan Cikgu Kashaf sebentar tadi.Sebaik sahaja Julia memasuki perkarangan  banglonya,dia terus masuk ke dalam biliknya.Habis seluruh isi biliknya berselerak dek kerana kemarahannya pada Cikgu Kashaf.

“Sial!Kau ingat aku ni apa?Argh!”Jeritnya sekuat hati.Mikhail dan Mak Jah hanya mampu berdiam diri.Mereka seperti tikus yang ketakutan.

Angin malam sayup-sayup kendengaran .Kelopak mata yang tadinya dibasahi mutiara jernih kini sudah kering dibawa pergi atmosfera malam.Julia bangun dari lelapnya.Dia mengemas kembali biliknya yang berselerak itu.Sedang dia asyik mengemas,tiba-tiba matanya tertangkap pada sampul surat yang berwarna merah.Ditariknya sampul surat yang berwarna merah itu daripada diari lamanya.Sudah lama tidak disentuh diarinya itu.Hatinya tiba-tiba berdegup kencang.

Kunci motosikalnya yang terletak di atas meja itu dicapai.Lantas langkahnya diatur menuju ke tingkat bawah.Suasana dalam rumah begitu sunyi.Hanya angin malam yang sayup kendengaran.Perlahan-lahan Julia membuka daun pintu.Takut tindakannya itu akan mengejutkan adiknya dan Mak Jah.Enjin motosikalnya memecah keheningan malam.Hatinya terasa berdebar.Apakah isi surat itu.Motosikalnya dipacu kearah tasik yang berdekatan.

Julia mengambil posisi duduknya di salah sebuah pohon yang rendang.Suasana malam itu sungguh tenang.Bertemankan bintang di angkasa.Hatinya tiba-tiba terasa sayu.Ditarik keluar perlahan-lahan sampul surat yang berwarna merah itu.Lantas membaca isi kandungannya.

Assalamualaikum Julia,
Disaat Julia membaca warkah mama ini,mungkin mama sudah tiada lagi di bumi ciptaan Allah S.W.T. ini.Jangan ditangisi di atas pemergian mama ini Julia.Mama sayang Julia sangat-sangat.Kalau masih diizinkan Allah untuk mama terus menghirup udara untuk mama terus bernafas,sudah pasti mama akan sentiasa ingin bersama Julia dan Mikhail.Mama tahu Julia marahkan mama sebab mama berdegil untuk meneruskan kandungan mama.Mama tahu risiko mama.Mama tidak sanggup untuk menggugurkan kandungan mama walaupun mama tahu mama menghidap barah hati.Zuriat itu adalah yang paling istimewa sekali buat mama dan papa.Julia,jagalah Mikhail sebaik mungkin.Dialah satu-satunya adik Julia.Mama tahu Mikhail tidak sempurna seperti mereka yang lain.Tapi,Mikhail tak salah Julia.Dia masih setahun jagung untuk menghadapi semua ini.Setelah papa tiada akibat kemalangan,mama hilang semangat untuk meneruskan kandungan ini.Tapi mama tahu,Mikhail akan menjadi peneman yang terbaik buat Julia dan satu-satunya hadiah yang teristimewa buat Julia daripada mama.Mama mahu Julia tahu bahawa mama sangat menyanyangi Julia dan Mikhail.Wassalam...
                                                                                                                                  Sayang,
                                                                                                                                                       Mama.

Tatkala membaca warkah coretan terakhir mamanya,mutiara jernih sudah mula membasahi kelopak matanya.Hatinya dirundum pilu.”Ya Allah,apa yang telah aku lakukan selama ini.”Hatinya bermonolog.”Mama,Julia sayang mama.Khail,kakak sayang Khail.”Perlahan Julia menyebutnya sambil teresak-esak.Sedang hatinya dirundum pilu,tiba-tiba kelihatan sehelai sapu tangan dihulurkan kearahnya.Perlahan-lahan pandangan matanya dialihkan kerah pemilik sapu tangan berkenaan.”Cikgu Kashaf?Macam mana cikgu tahu saya disini?”terkejut Julia dengan kehadiran Cikgu Kashaf.


“Sudah,jangan menangis lagi Julia.Kesat air mata awak itu.Maafkan saya Julia mengenai kejadian petang tadi.Saya tak bermaksud sedemikian.”Tutur Cikgu Kashaf dengan nada yang kesal.”Tak mengapa cikgu.Cikgu tak bersalah.Saya yang bersalah.Saya bersikap tidak sopan pada cikgu.Padahal cikgu cuba untuk membantu saya.”Luah Julia sambil mengesat air matanya dengan sapu tangan yang diberikan oleh Cikgu Kashaf.


“Mari pulang.Dah lewat malam dah ni.Saya iringi awak pulang.”Ajak Cikgu Kashaf.Julia hanya berlalu pergi tanpa kata.Cikgu Kashaf mengiringi Julia pulang.Nguaman enjin motosikal Ducati Cikgu Kashaf dan Julia memecah keheningan malam.Sebaik tiba diperkarangan banglo,Julia mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Kashaf sebelum cikgunya itu berlalu pergi.


Julia melihat bayang Cikgu Kashaf yang semakin lama semakin hilang dibawa larut malam.Julia mengatur langkahnya menuju bilik Mikhail.Ditatapnya wajah si kecil itu.Diusap rambut Mikhail perlahan.Diberi kucupan mesra didahi si kecil itu.”Maafkan kakak Khail.Maafkan kakak.Kakak janji akan menjaga Mikhail sehingga nafas terakhir kakak.”Janji Julia.


Pagi  itu,Julia sudah bersiap sedia untuk menghantar Mikhail  ke sekolah.Sebaik sahaja Mikhail melangkah ke meja makan,Julia terus mendakap Mikhail seerat-eratnya sambil berkata”Maafkan kakak Khail.Kakak janji tidak akan sakiti Khail lagi.Kakak sayang  Khail sangat.”


“Khail pun,sayang kakak ban..yak-ban..yak.”Ujar Khail pelat.Mak Jah yang memerhatikan mereka dari tadi tersenyum gembira.”Ya Allah,terima kasih kerana telah membuka hati Julia.Alhamdullilah.Doaku termakbul jua.”Bisik hati Mak Jah.


Semakin hari,hubungan diantara Julia dengan adiknya,Mikhail semakin rapat.Julia sangat menyayangi adiknya.Biarlah apa orang hendak berkata mengenai adiknya yang menghidap Autism.Dia bangga mempunyai adik yang sangat menyanyangi dirinya.Hanya Allah sahaja yang tahu bertapa bahagianya dirinya.Mikhail sahajalah pengubat dikala sedih dan sunyinya.


Julia juga semakin tekun mengulangkaji pelajarannya.Walaupun Julia digantung sekolah sehingga peperiksaan SPM,namun hatinya kental dan tabah dalam menempuhi cobaan dan liku-liku kehidupan.Cikgu Kashaf juga banyak membantu Julia.


Pada suatu petang,selepas usai Julia mengulangkaji pelajarannya dengan tunjuk ajar Cikgu Kashaf,tiba-tiba Cikgu Kashaf mengajukan satu soalan kepada dirinya ,”Julia,kenapa dulu awak sangat membenci Mikhail?”

Julia memberikan penjelasan kepada Cikgu Kashaf,”Dulu,saya anggap Mikhail sebagai pembawa sial dalam hidup keluarga kami.Kerana dia papa kemalangan.Kerana dia mama pergi menghadap illahi.Selepas saya mengetahui Mikahil menghidap Autism,saya terus buang dia daripada hidup saya.Seolah-olah dia tidak pernah wujud.Saya malu.Malu dengan rakan-rakan saya.Tapi kini saya sedar semua ini ketentuan Allah untuk menguji sejauh mana keteguhan iman saya.Alhamdullilah,sekarang saya bisa terima semua ini.”

“Alhamdullilah Julia.Saya bangga dengan awak.Dengan perubahan yang awak alami.Saya yakin awak pasti akan mendapat keputusan yang cemerlang nanti.”Ucap Cikgu Kashaf.”Terima kasih juga dekat cikgu kerana banyak membantu saya.Jasa cikgu tidak akan saya lupakan.”Ujar Julia.

Tiba-tiba kedengaran suara Mak Jah menjerit-jerit meminta tolong.Julia yang mendengar suara Mak Jah terus lari meluru kearah Mak Jah.”Ya Allah,Khail!”Julia melutut bersebelahan Mikhail.”Kenapa boleh macam ni Mak Jah?”Tanya Julia yang sedang dalam panik.”Tadi,lukisan Khail terbang dibawa angin,lepas itu dia cuba kejar lukisan itu.Mak Jah kejar dia dan tiba-tiba Mak Jah terdengar bunyi dentuman yang kuat.”Ujar Mak Jah panik.


Tubuh kecil itu sudah tidak bermaya lagi.Hanya menunggu salam sakaratulmaut menjemput dirinya.”Ka..kak..tengok,Khail lukis gam...bar kakak,Uncle Kas..haf dan Kha..il main layang-layang.”Kata Mikhail yang sedang nazak sambil menghulurkan lukisannya itu kepada Julia.”Kak..ak jan..gan nangis.Khail nak pergi jumpa mama dan papa.Tak lama lagi kakak.”Kata Mikhail yang sudah pun tercungap-cungap.”Shh...jangan cakap macam tu Khail.Uncle dengan kakak sentiasa ada untuk Khail.”Ucap Cikgu Kashaf sambil menahan tangisnya.


Tanpa disedari,tangan kecil yang digenggam erat itu sudah tidak bergerak lagi.Mikhail sudah pergi menghadap Illahi.Hujan rintik-rintik jatuh ke bumi seperti menangisi pemergian Mikhail.

6 tahun selepas itu,
                “Khail,mari sini dekat mama.”Panggil Julia.Dikucupnya si kecil itu dengan penuh kasih sayang.Tidak lama kemudian Cikgu Kashaf yang baru sahaja pulang daripada mengajar di Universiti Cambrige  sebagai pensyarah Bahasa Melayu memeluk erat anaknya itu.”Khail,papa rindu dengan Khail sangat-sangat tau.”Ujarnya dengan nada yang bahagia.”Jom,sayang.Kita balik rumah.Anak papa ini pun dah masam ni.Main gelongsor saja ni.”Gurau Cikgu Kashaf.”Jom.”Kata Julia sambil memaut erat lengan suaminya yang tercinta itu.
             
                  Selepas pemergian Mikhail,Julia telah berusaha bersungguh-sungguh dalam peperiksaan SPM.Setelah memperolehi keputusan yang cemerlang dalam SPM,Julia telah melanjut kan pelajarannya di London dalam bidang perubatan.Cikgu Kashaf pula telah menerima tawaran sebagai pensyarah Bahasa Melayu di Universiti Cambridge.
            
                Setelah tamat pelajarannya dalam bidang perubatan dengan keputusan yang cemerlang,Cikgu Kashaf telah melamar Julia.Mereka berkahwin dan dikurniakan seorang putera yang diberi nama Mikhail setahun selepas perkahwinan mereka.
             
                Semoga roh adiknya,Mikahil dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.Amin.
                

Tuesday, December 13, 2011

30 Perkara Kaum Hawa Tidak Sempat Lafazkan Pada Kaum Adam....


Assalamualaikum guys!!hari ini tiba-tiba pula dedeq terasa nak post entri ini..entri ini dedeq jumpa dekat laman motivasi..Just for sharing and fun..enjoy!dedeq sayang awak semua! 
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.Jadi,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


Dedicated to: Kaum Adam dan Hawa..

Tuesday, December 6, 2011

CAUTION!!!!TOP 5 DEDEQ STUFF

        Assalamualaikum bloggers...how are you?hope you all are doing fine..yarh..alright for this entry,i would like to share about my top 5 stuff.Without this top 5 stufft,my life surely will become negative infinity..yarh..let's check it out..

Number 1:

Yarh..ini adalah gadget yang memang dedeq sayang gila.Senang cerita,kalau takda Nikon D5000 ni macam boring semacam saja.Dedeq tak suka ambik gambik sendiri tapi suka ambik gambar orang..hehe..Okay.Antara "picto" yang dedeq suka ambik adalah orang tengah skate,BMX dan juga potrait.Memang minat gila.Jadi,ambik-ambik gambar ni dedeq jadikan untuk mengisi waktu lapang dedeq.Mummy yang belikan DSLR ni.Dedeq baru dapat awl tahun ni.Memang syok habis ar.Siapa-siapa yang nak kahwin atau perlukan khidmat dedeq..no problemo..i will be there..(ceh!!!cakap macam dah expert sangatlahkan..hehe)..i am just a beginner..that needs to learn more..

Number 2:

Okay..Al-kisah mengenai iPhone 4 ni pula..Memang dedeq sayang gila kat awaklah iPhone 4.Hehehe..nak bercerekarama pula kat sini.Okay,iPhone 4 ni adalah hadiah daripada family selepas dedeq dapat results SPM.Nak kata teruja atau blur pun ada juga.haha.sebab sebelum tu.Blackberry dedeq rosak.Jadi dedeq pakailah handphone Nokia yang ada touchlight tu.Best juga pakai phone tu.Sejak SPM kat Mrsm dedeq pakai..Adey!!kantoi sudah..shhhh...handphone yang senang nak kendalilah Nokia tu.Dedeq hempas,tergolek-golek pun tahan lagi.Patut dapat award.ahaha..Jauh dah mengarut..haha..Mengenai iPhone 4 ni pula,memang senanglah.Semuanya ada.Sistem yang mudah.Yang menyampah adalah iPhone 4 kena dibelai.haish..ngada-ngada betul..seram juga takut kalau tak berhati-hati.Karang jatuh.Tak masal-masal screen pecah dan yang sewaktu dengannya.hehe...dan at last..tong sampahlah jawapannya..ahha

Number 3: 

Yang ketiga.Bookshelf dedeq.Dedeq memang suka baca buku.Daddy dan Mummy suka belikan dedeq buku.Masa kecik dulu dedeq selalu baca buku mengenai penyiasatan.Memang minat gila.Kalau ke Kuala Lumpur,naik kosong MPH Midvalley tu dek kerana dedeq borong buku.haha.Dedeq suka baca buku macam tu menguji minda.Di samping membaca,menulis juga menjadi minat dedeq.Sejak dedeq tingkatan 1.Dedeq mula mengarang puisi.Ikut perasaan hati dan suasana.Bila dedeq buka balik buku puisi tersenyum ada,berkerut ada..macam-macam ada..haha..sekarang ni,dedeq tak tahu nak humban buku-buku kat mana lagi.Maybe boleh sededkahkan buku-buku ni kat library..atau maybe siapa-siapa nak..no problemo..BookShelf dedeq yang terletak disekeliling bilik dedeq dah hampir penuh..hehe..anyway dedeq sayang buku-buku dedeq..

Alright ni adalah koleksi dedeq yang baru..hasil tulisan Zahiril Adzim.hehe..minat betul dedeq dengan dia sejak dia berlakon dalam Juvana..hehe (DAIM)..Buku ni mengandungi puisi-puisi dan hasil karya Zahiril Adzim...awak semua boleh dapatkan buku ni dengan harga RM30..Aceh3x..promolah pulak..Anyway "Selamat Pengantin Baru Zahiril Adzim."

For more information----->http://zahiriladzim.blogspot.com

Number 4:

Hah...Sneakers adalah element yang memang penting gila dalam hidup dedeq..Dedeq memang sayang sneakers dedeq.Macam dedeq cakap dalam entri yang sebelum  ni.Kalau sampai sneakers dedeq kotor dek kerana dipijak atau "terpijak"oleh someone memang dedeq jadi Hulk..Grrrrrr...Kumpul sneakers sememangnya menjadi hobi dedeq sejak tingkatan 1...Buat masa ni dedeq dah ada 13 pasang sneakers,2 pasang boot bola..dedeq pun gila bola juga..dulu selalu juga main futsal dengan family but sekarang dah berhenti..Basketball pula..hehe..pernah member naik pelik..dah puji pakai blouse dan buju kurung..bila tengok dari atas ke bawah.haish..slek..sneakers..ahahahha..dedeq memang tak boleh berpisah dengan sneakers..lawak juga kadang-kadang bila pikirkan..pakai buju kurung tapi pakai sneakers..chill..Pernah yang teringin nak tengok dedeq pakai high heels...but...hehe..nak tunggu dedeq jalan..dekat 1 dekad..kura-kura pun kalah tau..ahahhaaha..

Number 5:
Last but not least,my mp3..ni memang dedeq tak pernah berengang sejak tingakatn 4..mp3 ni mummy yang belikan sebagai peneman dedeq kat MRSM dulu..kalau tension,mp3 nilah yang sedia untuk memujuk dengan irama muziknya yang pelbagai..dedeq memang sayang sangat kat mp3 dedeq ni..Kalau dedeq ada training sukan dulu,mp3 nilah peneman dedeq..kajian sains kata bagus untuk mendengar lagu ketika training or jogging sebab ia mempengaruhi performance tarining or jogging kita.yarh..kalau dedeq tengah tension memang dedeq lari dengan mp3 disumbat kat corong telinga ni..TERBAIK!!!Got something to tell korang semua..sebenarnya mp3 dedeq ni dah dekat 5 kali hilang tapi berjaya dijumpai semula..dengan kena curilah,cuai semuanya..untunglah masih jumpa..love you mp3...saya takkan kecewakan awak!!!saya akan jaga awak baik-baik..(erk..emo pulaklah..buat malu je.. = [  )

Alright sampai disini dulu contengan dedeq buat kali ini..hope awak semua enjoy..kalau ada yang nak share mengenai stuff korang..just leave a comment nun dibawah tu..take care yarh..dedeq sayang awak semua..Assalamualaikum..


Friday, December 2, 2011

Fenomena Filem "Ombak Rindu" (Feeling Abis +Terbaik)

    
      Assalamualaikum guys...apa khabar?areen harap awak semua sihat walafiat.Okay,memandangkan areen agak "keboringan + kebosanan" dekat rumah,areen telah mengambil keputusan untuk pergi menonton wayang.Screen besar baru mantap..hehe..Alright..cerita yang areen tengok ialah.....okay..okay...tak cakap mesti korang dah tahu..macam mana areen tahu korang tahu?lorh..memang dah "terang lagi bersuluh"..hehe..peribahasa pula keluar..tu..tajuk nun jauh di atas tu..naik gayat tengok..tinggi benar..haha..okay..staright foward..filem "Ombak Rindu" ni memang terbaiklah..Filem ini adalah berdasarkan novel yang ditulis oleh "Fauziah Ashari"..novelis yang berbakat..nak meleleh air mata +air hingus (erk...over pulak)..memang sedih giler..naik banjir pawagam tu..hehe..buat malu jer areen ni kan?badan macam badang..tapi bak kata kawan areen "dalam hati ada taman".hehe...By the way,areen ingat lagi kakak angkat areen yang hadiahkan novel ini masa areen tingkatan 3..Fuh!!dah lamakan novel ni...jalan penceritaan yang menarik dan romantis..banyak teladan juga..alright..






Commento:
     Okay...filem "Ombak Rindu"  arahan Osman Ali ini dilakonkan oleh Aaron Aziz(Hariz),Maya Karin(Izzah),Bront Palarea(Mail),Lisa Surihani(Mila)...Areen tabik lakonan mereka semua..masing-masing memainkan peranan yang baik dalam watak yang diberikan..areen tabik dengan Aaron Aziz yang mampu membawa watak sebagai Hariz dengan baik..bukan senang untuk menjiwai sesuatu watak itu.Tapi mereka semua berjaya melakukannya.Lisa Surihani sebagai Mila juga berjaya melakokan wataknya dengan berkesan dan baik.areen tabik mereka semua..Syabas diucapkan!Selain barisan pelakon yang mantap,filem ini juga memaparkan suasana yang relax dan tenang seperti di ladang teh Cameron Highlands.Memang cantik!Another credit to this film.Selain itu,terdapat pengolahan cerita yang sedikit berbeza daripada cerita asal(novel).Tidak banyak beza.Hanya sedikit.Tapi masih mampu membuatkan penonton menitiskan air mata.Filem ini bukan sahaja ditonton oleh kaum hawa sahaja yang lembut hatinya,malah kaum adam juga tertarik untuk menonton filem ini.Jangan terkejut jika kaum adam juga mampu untuk menitiskan air mata mereka untuk mengeksperesikan perasaan mereka tika waktu itu.Memang satu fenomena yang hebat.Sebelum filem ini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 1 Disember 2011,filem ini hangat diperkatakan kerana jalan ceritanya yang mengandungi unsur-unsur percintaan yang romantik dan pengorbanan.Syabas sekali lagi buat pengarah "Ombak Rindu",Osman Ali" dan novelis,Fauziah Ashari.





Sinopsis : OMBAK RINDU IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?  




Hafiz Feat. Adira
Soundtrack Ombak Rindu......

                                                                                  




Rating : 4 1/2 Star (mesti tonton a.k.a wajib) hehehe..
                                                                         
                                                           -THE END-