Mereka Awesome :)

Friday, January 27, 2012

Ruang Infinti Kosong...


Jam di tangan terus berdetik,
meninggalkan saat,minit,jam dan seterusnya hari,
sepi dan sunyi,
terkadang aku terus berfikir,
berfikir di ruang infiniti kosong,
tanpa jawapan,

Apakah kehidupan ini realiti atau ilusi bayangan,
semata-mata?,
Gelas yang berisi milo "O",
sudah lama kosong,
fikiran ini terus ligat berfikir,
pensel di tangan terkadang mencoret,
dan terkadang terkandas,
umpama cuba menterjemah isi kotak fikiran yang kusut ini,

Namun,
aku terus kaku,
kaku dalam penulisan hati,
di malam yang kelam dan sepi,
aku hilang dalam bayangan itu,
itu aku,
ruang infiniti yang kosong tanpa jawapan.

Tuesday, January 24, 2012

Lesen "P" Punya Pasal : )

Aigo...setelah berada hampir dua bulan di bumi kenyalang ini,terdetik jua rasa rindu di hati kecil ini pada keluarga tercinta.Tapi perasaan yang terus datang mengasak jiwa dan minda itu aku tepis jauh-jauh.Aku tahu itu hanya perasaan ilusi yang hanya berimaginasi dalam kotak hati ini.Sepanjang hampir dua bulan di bumi kenyalang ini,macam-macam kenangan dan ceritera yang tercipta.Antaranya adalah seperti berikut.......

Al-kisah...baru-baru ini aku "belajar balik macam mana nak memandu kereta manual"...mak ai..betapa dasyatnya aku bila memandu kereta manual.Kuda pun tak terhenjut-henjut macam tu sekali.Memang dasyat punya.Aigo..secara seriusnya memang aku dah lupa macam mana nak memandu kereta manual.

Okay...macam mana aku boleh terjebak untuk membawa kereta manual kat bumi kenyalang ini bermula apabila..kawan aku menyuruh aku untuk membawanya ke Kedai Kek untuk membeli kek cheese buat hari jadi rakannya.Hari hujan..memang dia tak berani nak bawa kereta..adey..okaylah..aku bersetuju untuk membawa kereta.Pergh..bila sampai kereta jek..aigo..kereta manual..memang anti gila.Sebab aku memang selalu bawa kereta auto.Tapi bila tengok mata kawan aku yang ala-ala "puss in the boot" tu..kesianlah pula.Darurat.Aku pun bawalah kereta "manual" tu dengan gaya yang bermacam-macam.Macam ala-ala masa muda dulu belajar bawa kereta..kui3x..

Sepanjang 3 kilometer untuk ke kedai kek tu memang cobaan betul.Terhenjut-henjutlah,enjin matilah,nak reverse tapi ke depanlah..adey..cobaan betul..Tapi nak buat camna,kena gagahkan diri ini jua.Akhirnya tercapai hajat kawan aku ni nak beli kek..Alhamdullilah..syukur..

Okay.untuk kes yang kedua..aku bersama-sama rakan yang lain ke Bandar Kuching dengan menaiki kereta sewa.Teka.."MANUAL" lagi..hadoi..memang hancur kalau aku bawa.Terbaik punya!Tapi kali ni kawan aku yang bawa.Guess what???masalah yang dihadapi adalah ketika di bahagian yang umpama bukit.Memang kereta terundur.Tika itulah nostalgia kembali menerpa fikiran aku.Teknik-teknik bukit semasa belajar memandu memainkan tapenya didalam kotak fikiran ini.Yezah!!aku jadi instructor..hihi..mission accomplish.masalah berjaya diselesaikan..

Jadi..pada tanggal 23 Januari 2012..sekali lagi aku diuji dengan kereta manual.Kali ni kawan aku yang paksa aku bawa untuk keliling kampus barat UNIMAS.Okay,fine aku mengaku kalah.Walaupun aku dah berjaya "lock" pintu kereta,tapi sinaran mata kawan aku tu membuatkan aku kesian pula kat dia.Mengidam agaknya nak suruh aku bawa dia jalan-jalan.Orang selalu mengidam nak makan.Dia mengidam nak suruh aku bawa dia jalan-jalan.Rightio.

Jadi,seperti yang sudah ditafsir oleh kalendar..selamat datang ke acara jongkang-jongket versi kereta bergerak.Memang ramping pinggang punya kalau naik dengan aku (manual).Terbaik!Kelajuan aku masa tu 40 km/j.Sangat perlahan.Kura-kura pun lagi laju tau.Hihi.Tapi banyak yang aku belajar.Sepatutnya aku tak boleh melupakan cara-cara untuk memandu kereta manual.Kalaulah darurat berlaku dan pada ketika itu hanya ada kereta manual macam mana?Jadi,pengajaran yang berguna untuk aku dan yang lain.Aku berserta rakan sempat singgah di "STUDENT PAVILION" untuk menikmati panorama UNIMAS dan santai-santai di jeti tepi tasik.Some pics for you guys.Enjoy.

Santai di jeti tasik

Say Cheese!

Mendung sudah..

Saturday, January 21, 2012

Kotak Hati Mereka...

Di malam yang hening.Aku duduk bersendirian bersama sekeping nota hati.Terimbas kembali kenangan yang menusuk kalbu.Ruang atmosfera malam yang dingin dan sungguh menenangkan.Kadang-kadang sesuatu memori itu memang cukup indah dan mungkin juga pahit.Kamera usang di tangan terus menjadi peneman setia sebagai penyimpan kenangan kotak hati supaya ia tidak hilang dibawa waktu yang berputar pergi.Aku selak kembali foto-foto lama di waktu aku masih "setahun jagung".Terasa rindu untuk kembali di saat dan detik itu kembali.Betapa riangnya aku bersama daddy dan mummy tercinta.Bermain buaian.Merajuk kerana tidak dapat makan aiskrim mungkin.Bagaimana aku belajar menaiki basikal.Hahaha..terasa lucu juga ketika itu.

Pelukan daddy and mummy menghangatkan malam-malam ku.Agar aku lena dibuai mimpi nan indah.Terasa selamat dan hangat di dalam dakapan mereka sentiasa.Membesarkan insan yang bergelar anak seperti aku ini bukanlah senang.Ibarat melukis potret indah.Aku tahu itu.Betapa susah daddy mencari rezeki dengan tabahnya sehingga dia berada di tahap tertingginya sekarang.Dan bagaimana juga mummy membesarkan aku dengan tabah dan tenangnya dengan karenah aku dan adik-adik.Itu aku tabik.Bukan mudah untuk menjadi "parents",Harus bersedia seratus peratus dari segi mental,fizikal dan rohani.

Sokongan padu yang sentiasa diberikan oleh mummy and daddy sangat hebat.Mereka merupakan inspirasi aku untuk terus mengorak langkah ke hadapan.Aku yakin.Yakin dengan diri yang kerdil ini.Aku mampu kecapi impian aku.Ya,aku boleh!Berbekalkan doa dan berkat daddy and mummy,guru-guru,dan semua yang tersayang.

Buat rakan-rakan yang tersayang,kalian semua adalah "supporters" yang terhebat.Aku sayang kalian sangat-sangat.Memori yang tercipta sentiasa aku sematkan dalam kotak hati  ini.Agar kalian sentiasa dekat dengan diriku.Kalian semua terbaik.

Insyallah aku akan cuba untuk terus menjadi yang terbaik.Tangan ini akan terus mencatat puisi-puisi indah untuk yang tersayang di kotak hati ini.Agar ia sentiasa tersemat di dasar hati ini.I love you all very much..Sekian sahaja contengan yang tidak seberapa ini daripada dedeq.

Salam perantau bumi kenyalang,
-asreen as dedeq-

Sunday, January 15, 2012

Diari Tukang Kasut....


Hari kelmarin aku berjalan.Berjalan mencari pengalaman untuk hari yang mendatang.Berharap agar pengalaman itu mengajar aku mengenai erti kehidupan di dunia yang fana ini.Langkah demi langkah aku aturkan.Waktu terasa semakin cepat berlalu.Masih aku belum jumpa walaupun sekelumit pengalaman.Sedang aku sibuk mengatur langkah ku untuk  memasuki sebuah kedai roti di Kota Samarahan,Sarawak ini,mata ku tertangkap akan satu susuk tubuh yang sedang gigih...gigih mencari rezeki walaupun hanya sebagai "TUKANG KASUT"

Di waktunya yang semakin hari semakin dimamah usia,dia begitu bersemangat membuka kedai kecilnya di tepi-tepi lorong kecil untuk mencari sesuap nasi dan nafkah buat keluarga tercinta.Disaat pandangan mataku tertangkap pada susuk tubuh yang sedang gigih melakukankan kerjanya itu,tubir mata ini sudah tidak tertahan lagi untuk mengalirkan mutiara jernih ini.Aku bermonolog "sesungguhnya memang beruntung diri ku ini dilahirkan dengan keadaan yang serba mencukupi.Alhamdullilah."

Kadang-kala fikiran ku sering diasak dengan pelbagai persoalan dan hujah yang aku rasa ia sungguh hiperbola.Di manakah dia tinggal?,apa yang dia makan setiap hari?...entah aku sendiri tidak tahu untuk menjawabnya.Sepasang kasut sungguh bermakna buat dirinya itu walaupun harga yang dikenakan hanyalah RM 2.00 untuk menampal dan menjahit.Itulah sumber rezekinya.Sayu hati ini tatkala melihat akan dirinya.

Walaupun ada yang memandang enteng akan pekerjaannya,tapi aku tabik akan dirinya.Dialah seorang professional.Seorang yang teliti.Seorang yang kreatif dalam memikirkan cara untuk membaiki sepasang kasut yang koyak itu.Tanpa dia,kasut anda mungkin tidak dapat dibaiki dengan sempurnanya.Dia seorang yang ikhlas dan menerima seadanya upah yang diberikan.Bersyukurlah kalian walaupun kalian hanya memiliki sebuah rumah yang kecil.Semoga apa yang dilakukannya akan diberkati Allah hendaknya.Amin.

P/S:Adaptasi daripada kisah benar.....

Thursday, January 12, 2012

Kotak hati si pelukis jalanan....

Gambar hiasan...

Pensel mekanikal,
meluncur laju,
melakar isi hati yang lama ingin dimanjakan,
yang lama ingin berpunjangga,
lukisan yang terukir,
mungkin bukan yang terbaik,
mungkin bukan anugerah seniman,
tapi yang paling ikhlas untuk kamu,
daripada kotak hati ini,

Aku bukannya pelukis seniman,
aku hanya si pelukis hati jalanan,
yang hanya menatap kamu dari jauh,
yang hanya mampu senyum untuk kamu,

Wajah yang pernah aku lakar itu,
bibir merah itu,
warna kulit kuning langsat,
sepasang mata yang sarat dengan 1001 cerita sedih dan duka,
sentiasa kelihatan indah,
LENGKAP,
tiada cacat celanya,
jika aku bisa katakan,
bahawa,
kamu potret terindah dalam hati ini,
wahai sang pencuri hati.


Sunday, January 1, 2012

Ya,aku sudah 19 Tahun!!!


Hujan rintik-rintik membasahi bumi kenyalang ini.Melenyapkan kesepian yang meranjaui diri ini.Termenung seketika diri ini di hadapan meja belajar.Nota Chemistry yang sudah habis diulangkaji dibiarkan terbuka."Ya,aku sudah 19 tahun."monolog ku bersendirian.Di sepanjang kedewasaan ini aku sedar banyak pengalaman pahit mahupun manis yang telah aku tempuhi.Dan aku sangat menyayangi pengalaman itu.Tanpa pengalaman aku tidak mungkin berada dalam kategori 19 tahun.

Begitu cepat masa berlalu meninggalkan diri ini.Sedar tak sedar dah besar rupanya aku ni.Kadangkala terimbas kembali bagaimana nostalgia aku dikala aku masih kecil.Menangis-nangis meminta agar mummy ku tidak meninggalkan aku bersendirian di sekolah (Tahun 1).Bagaimana aku pernah dibuli oleh rakan-rakan.Bagaimana aku pernah bersajak,bersyair,telatah dan ragam yang pelbagai ketika kecil.Tersenyum sendiri aku di ruang graviti atmosfera malam ini.

Apabila melihat kembali ke masa belakang sepanjang perjalanan si musafir ini,aku sedar waktu juga semakin singkat di bumi ini.Masih cukupkah ibadat ku sebagai seorang hamba-Nya?Jika ada "time machine" pasti ramai yang mahu memperbetulkan silap dan salah mereka.Itu aku pasti.Namun sebagai manusia yang kerdil ini aku sedar aku masih perlu belajar perbaiki apa yang kurang dan apa yang salah.Insyallah.

Tatkala aku duduk berhadapan dan bertatapan mata bersama kedua orang tua aku,aku bangga,bangga dengan mereka yang berjaya membesarkan aku sehinggalah aku berjaya melangkahkan kaki ku di tahap yang tertinggi sekarang ini.Di waktu usia orang tua ku dimamah waktu,aku tidak sanggup berpisah dengan mereka.Aku sangat menyayangi mereka.Setiap detik yang berlalu,aku ingin bersama mereka.Mutiara hangat terus mengalir tika rindu bertandang di hati kecil ini.Namun memikirkan tanggungjawab ku sebagai seorang anak,aku perlu korbankan semua perasaan itu.Tangan yang dipimpin sejak kecil ini untuk berlajar berjalan,berlari dan menjadi insan yang berguna pada masa hadapan akan sentiasa bekerja keras untuk menjadi yang terbaik.Terima kasih mummy and daddy for everything.

Setiap detik yang aku lalui di sepanjang kedewasaan ini aku belajar untuk menyayangi,bertanggungjawab,cinta,membantu,usaha,tawakal dan berdoa.Aku hanya manusia biasa yang hanya melakonkan wataknya di pentas dunia seperti yang sudah tertulis oleh-NYA.Sebagai manusia biasa aku memang tidak boleh lari daripada realiti semua perasaan ini.Begitu juga anda?Saya rasa.Hati dan perasaan manusia akan sentiasa berubah-ubah seperti berputarnya bumi mengikut orbitnya di cakerawala nun jauh di sana.

Bersempena tahun baru ini,aku berazam dan bertekad untuk menjadi lebih baik daripada waktu dahulu yang hilang dibawa angin malam dan sang mentari.Akan aku berusaha untuk menjadi muslimah yang baik.Muslimah yang boleh menyumbang jasa kepada keluarga,agama,bangsa dan seterusnya negara.Insyallah.Amin.Selamat Tahun Baru 2012 semua.

Coretan perantau bumi kenyalang,
-asreen as dedeq-