Mereka Awesome :)

Wednesday, December 26, 2012

Budak Gigi Besi #2

Assalamualaikum and hello again peeps.Okay.Tiba-tiba terbuka pintu hati nak update blog malam ni.Okay,straight to the point.Malasnak mukadimah sampai berjela-jela.Okay,to be honest hari ini aku rasa tersangatlah sayu menusuk kalbu.Guest why?Sebab aku rasa..aku perlu lagi menghargai orang yang tersayang.Mereka yang tersayang sudah semestinya keluarga aku yang cute ala-ala bugs bunny dan juga besties aku yang sentiasa berada di sisi.Okay air mata dah start mengalir *konon*

Kenapalah sejak akhir-akhir ni aku senang sangat touching.Ni bukan kes dalam hati ada taman guys.But rasa aku semakin SAYANG mereka semua.Rasa macam tak nak kehilangan sumber kekuatan aku selama ni.Bila diaorang semua tiada rasa seperti aku ni nothing.The combination between Allah,aku dengan merekalah yang membuatkan diri aku awesome dan confident menghadapi hari-hari yang mendatang.

Guess what??Kalau dah tiap-tiap hari aku bersama mereka sudah semestinya satu hari tanpa mereka menjadikan aku rasa pelangi aku tidak diwarnai.Makan,minum,berborak,share berus gigi sama-sama,berjimba sama-sama dan tidur sebantal.Okay yang tidur sebantal tu nampak benar penipunya.haha.Senang cerita yang situasi korang rasa euwww dan mustahil dicapai dek akal itu cuma hiperbola kay.haha.Okay kembali serius.Kalau boleh mahu saja aku bersama-sama mereka walaupun masing-masing mungkin berada di utara,selatan,barat mahupun timur.Ada aku kisah.Apa yang penting rindu aku terubat.

Apa yang boleh aku katakan,korang hargailah masa bersama-sama orang yang korang sayangi.Walaupun hanya sesaat kay.Kalau terpaksa hampakan mereka,tolaklah dengan cara yang baik.Aku cuma tak nak ulangi kesilapan yang dulu.Kini korang berada dalam sedalam-dalamnya dasar hati aku.Walaupun hati aku sekecil saiz penumbuk tangan,korang still availabe.Hamboi ayat memang kalau boleh nak dramatik lagikan.haha.Ucapan aku "KORANG AKU SAYANG KORANG GILA-GILA PUNYA" *maksud gila dalam phrase ni adalah waras okay*haha.Jangan salah anggap.And last but not least aku sayang juga para readers aku.muah..XOXO.Till then.Notes sedang menyeru-yeru tu.Nak ajak dating lettew.Assalamualaikum :) #heartdeepdeep

Saturday, December 22, 2012

Budak Gigi Besi #1

Assalamualaikum dan hallo peeps..Okay rasa dah berapa tamadun tahap infinity tak update blog ni.Jadi hari ni aku rajinkan jari-jemari aku ber"exercise" untuk develop muscle yang berketul-ketul untuk jari-jemari aku.Maaflah sebab blog aku ni dah bersawang sampai korang nak baca pun kena lap dulu skrin komputer korang..Okay tak lawak.Ramai yang tertanya-tanya apa yang terjadi pada aku.Eceh,macamlah aku ni pergi medan peperangan.Tapi bangga juga ada yang menyayangi diri ini..haha *melting..muka macam memang nak minta penampar je*Okaycukup intro pun nak mengedik sampai satu perenggan apa kes..okay,jom masuk babak cerita aku ni..ZOOM!!

Bertemankan latar belakang lagu romantik A Thousand Years.Kononlah nak bagi feel tulis contengan untuk korang semua.Jadi macam mana agaknya life aku sebagai student medik?Macam ni ar aku.Masih sempoi tak bertempat.Entah kenapalahkan.Sesuka hati saja.Okay,secara jujurnya aku boleh katakan...memang sangat dasyat tahap petala ke berapa pun tak tahu.Jenis kalau balik rumah memang terus flat tak sedarkan diri.Kalau aku masih sedar sampai pukul 12 tengah malam pun dah kira okaylah tu.Medik!Oh Medik!

Semua orang kalau pergi kelas gila nerd dan kemas.Aku pula pergi kelas macam orang nak sambung tido saja.Dengan seluar ala-ala jungle trekking dan t-shirt macam nak pergi konsert Linkin Park.Perghh!!Hiperbola gila entire aku pergi kuliah.Okay,mesti korang macam eeuwwww budak ni.Hahaha..Nasib tak kena sumbat masuk dalam jail a.k.a bilik dekan.Kalau tak memang habis kena ceramah.

Aku pula kalau baca notes gila macam fokus gila.Bagus tak aku?Pelajar mithali tu.Contohilah aku.Okay,itu untuk 5 minit yang pertama.Selepas itu,krik..krik..krik..Okay,part ni jangan tiru aku.Sangat tak cool okay.Rasa nak hantuk je kepala kat bantal.hahaNotes medik baru baca satu slide memang dah tepu.Tuhan saja yang tahu macam mana.Kalau atas katil aku tu memanglah untuk notes yang baring an.Aku tido atas lantai.Untung notes-notes era globalisasi sekarang ni.Siap dapat katil empuk 5 star lagi.Aku pula dapat tilam negative infinity star.Isk..asreen bersyukurlah.

Kadang-kadang aku masih tertanya-tanya.Layakkah aku untuk jadi seorang doktor yang bakal berkhidmat untuk negara satu masa nanti?Kelirukan.*garu-garu kepala yang tak gatal*Soalan yang sentiasa berlegar-legar dalam kepala aku.Entah dah berapa kilometer berlegar-legar.Hamboi.Kadang-kadang rasa nak menjerit tapi karang jiran-jiran marah..Hahaha..tak pasal.Dah macam nak shooting filem hindustan pulak ye tak?Aku masih struggle dan sesuaikan diri.Memperbaiki diri dari hari ke hari untuk jadi yang lebih baik.Belajar daripada kesilapan.Yang membanggakan aku,supporter aku sentiasa di sisi untuk terus membarakan semangat dalam diri.Terima kasih semua.

Aku rasa sampai di sini dahulu kemerepekan aku dengan korang semua.Perghh!!Broken gila BM aku.Ni kalau Cikgu Halim nampak memang kena babab.Adush!!Sebelum aku chow kit road chow,aku renew blog aku untuk korang semua.Yarh.Enjoy.Chow dulu korang.Assalamualaikum :) #Heartdeepdeep

Monday, October 22, 2012

Untitle DR.

Assalamualaikum aku ucapkan serta coretkan buat kalian semua.Sepertinya sudah agak berkurun juga aku tidak mencoretkan bual bicara hati yang mungkin sedang menunggu giliran untuk disampaikan kepada kalian semua.Sekarang aku sudah pun melangkahkan kaki kanan ku dengan bismillah untuk menerjah ke ruang demensi yang aku kira semakin hari semakin mencabar akal dan minda.Hidup di kota metropolitan seperti Kuala Lumpur bukanlah suatu perkara yang mudah.Banyak yang perlu difikirkan.Jika aku sendiri yang berstatus bujang ini sudah agak besar belanjanya walaupun aku cuba untuk menebalkan dompet aku apatah lagi mereka yang sudah berstatus bergerek atau berkahwin.Mungkin dompet mereka lagi kering-kontang seperti panasnya cuaca di Amazon jika mereka tidak pandai mengawal perbelanjaan mereka.

Kali ini,aku tidaklah duduk berjauhan dengan keluarga aku.Mungkin jauh sikit saja.Dalam jarak kira 360KM .Seperti biasa,aku lelapkan mata pada jam 12.00 tengah malam dan kembali aku mencelikkan mata pada jam 6.15 pagi untuk menunaikan solat Subuh serta bersiap-siap untuk ke kelas pada jam 8.00 pagi.Memang aku boleh katakan bahawa mental dan fizikal aku teramatlah letih apabila menempuh setiap rongga-rongga masa yang penuh dengan idea-idea yang merimaskan dan menyesakkan akal dan minda.Terasa ingin melarikan diri daripada ruang yang terus menghimpit diri ini dari atas,bawah,kiri dan kanan.Tetapi tanggungjawab dan janji yang aku pikul selama 19 tahun ini aku sematkan kuat dalam sanubari.Pernah aku rasakan kasut marathon aku semakin haus dibaham jalan raya walaupun aku baru sahaja memulakan perlumbaan.Jika terpaksa untuk aku menanggalkan kasut sekalipun untuk aku menamatkan perlumbaan.Jawapan aku...aku sanggup demi Agama,Bangsa,Negara dan mereka yang tersayang yang sentiasa tersemat dalam sanubari.

Waktu yang terus berdetik meninggalkan kenangan menyedarkan aku bahawa betapa pentingnya waktu.Kota ini bukannya tempat untuk aku terus berhibur malah menjadi tempat untuk aku menimba pengalaman dan pegetahuan.Bak kata pepatah "menuntut ilmu biarlah sehingga ke negeri China."Rancangan demi rancangan aku terjahkan dan sempitkan dalam otak ini.Yang aku kira sebagai "super duper plan" aku pada masa hadapan yang mungkin agak hiperbola untuk aku gapai.Tapi aku akan cuba.

Doakan perjuangan aku yang tidaklah sebesar mana jika dibandingkan dengan mereka yang lain untuk aku menggengam segulung ijazah bersama-sama rakan ku kelak dalam mencapai impian dan cita-cita yang sekian lama tersemat sejak di bangku sekolah lagi dan menjadi insan yang berguna dan berbakti untuk semua.Insyallah.Sekian dahulu coretan aku buat kalian.Assalamualaikum.

Friday, September 21, 2012

This New Journey Begins...


Assalamualaikum..sekali lagi aku dalam coretan yang boleh aku katakan sebagai "acuh tak acuh."Bukannya aku malas untuk berfikir.Mereka ayat-ayat jiwang atau sastera yang tinggi.Tapi untuk kali ini aku memilih untuk santai sahaja.Sedang aku asyik merenung masa depan yang masih samar serta kabur,tiba-tiba akal,badan serta minda seperti terasa "shutdown" seketika.Mutiara hangat merembes keluar tanpa amaran sepasang mata hazel.

Terngiang-ngiang kata parents aku di corong telinga aku setiap masa."Akak belajar bersungguh-sungguh.We want you to be a successful person."Pengalaman memang banyak mendewasakan aku.Sudah jauh juga aku merantau sepanjang 19 tahun ini.Malah pernah aku merentas sejauh lebih 80,000KM daripada Malaysia, merantau melihat tempat orang agar aku lebih mengerti erti perjuangan dalam kehidupan.Itu aku bersyukur kerana dalam usia aku yang masih muda sudah jauh perjalanan kaki ini melangkah.Alhamdullilah.

Sekarang,"chapther" baru dalam kehidupan akan bermula tidak lama lagi,Perjuangan yang panjang.Garisan permulaan serta garisan penamat yang jauh jaraknya untuk aku menamatkannya.Bukan masanya untuk bermain-main seperti gembiranya hati kanak-kanak bermain "galah panjang" di kala mentari melimpah sinar.Kini aku bakal bertemu dengan pelbagai cabang,liku,lopak perjalanan.Itu harus aku tempuhi.Aku harus bersungguh-sungguh seperti tiada henti buat seorang pelari marathon sehingga dia temui garisan kemenangan.Kata-kata ini aku semat dalam-dalam.Tidak akan aku padamkan.Itu janji aku pada mereka.

Sekarang,mereka yang tersayang yang terus menjadi "tulang belakang" buat diri aku.Aku akan jadikan mereka sebagai batu loncatan untuk aku akhiri marathon ini dengan jayanya.Kesalahan yang aku lakukan di bumi kenyalang tidak akan aku ulangi lagi.Sudah tiba masanya aku memberikan komitmen 100%.Kini,aku bakal tinggalkan jejak lama.Aku toleh seketika ke belakang mengenang segala cerita lama.Lalu aku aturkan langkah baru untuk "chapter" baru aku dengan senyuman.Seperti sudah terlepas daripada kekalahan yang membelenggu diri ketika di bumi kenyalang.Kini aku mahu ucapkan selamat datang orang baru.Selamat tinggal orang lama.Strategi aku aturkan sebagai perancangan awal.Insyallah.

Sekian sahaja dahulu coretan aku ini.Harapan aku agar transformasi aku kali ini membawa semangat aku dalam marathon yang panjang ini.Doakan aku berjaya dunia dan akhirat.Amin.Assalamualaikum :)

Tuesday, September 18, 2012

Dulu selalu ada...


Assalamualaikum...terasa seperti sudah seabad masa berlalu.Tapi aku masih berada di tahun dan masa yang sama.Sunyi yang sentiasa memecah tembok diri ini mengembalikan idea-idea yang semakin hari semakin tandus untuk aku coretkan.Entah kenapa.Idea-idea yang selalunya sentiasa membebankan minda hilang begitu sahaja seperti ombak pantai yang menghempas pasir tatkala aku kembali mengetuk papan kekunci.

Malam yang terus diulik kesunyian.Si cengkerik juga semakin rancak memainkan melodi lagunya.Aku termenung.Merenung diari yang masih kosong tanpa coretan.Masih aku ingat raut wajah si dia.Si dia yang terus menjadi inspirasi dalam hidup aku sama ada secara langsung atau tidak langsung.Mungkin sukar untuk aku katakan bahawa dia turut menjadi penyumbang dalam setiap kejayaan yang aku ciptakan.Air mata bercucuran jatuh tatkala nostalgia lama mengamit fikiran.Tidak banyak cerita mengenai dia.Seorang yang sentiasa merendah diri.Itu yang boleh aku katakan.Mungkin juga tidak suka menonjolkan dirinya.

Di setiap langkah aku dia hantarkan kata-kata semangat yang terus menghidupkan bara dalam jiwa untuk meneruskan perjuangan hidup yang masih jauh perjalanannya.Hanya dengan melihat senyuman ikhlas dari bibir merah itu sudah cukup untuk aku memahami apa yang tersurat dan tersirat.Masa yang terus berputar meninggalkan setiap inci kenangan yang telah tercipta dengan begitu cepat sekali.Kini,dia berada jauh.Mungkin utara,selatan,barat atau utara.

Masih segar dalam ingatan aku.Betapa dahulunya aku kurang menyenangi dengan apa yang dia lakukan.Mungkin terselit rasa "annoying" serta "benci".Tapi lama-kelamaan rasa "annoying" serta "benci" terus semakin melembut dalam jiwa ini.Patutlah orang-orang tua zaman dahulu pernah mengatakan bahawa jangan pernah membenci nanti akan bertukar menjadi kawan.Kini aku mengerti,perangai "annoying" si dia itu adalah untuk mengukir senyuman buat masyarakat disekelilingnya.

Mungkin aku lebih selesa menatapnya daripada jauh.Tidak bersuara.Apatah lagi untuk berkata-kata.Aku lebih senang begitu.Aku tidak seperti mereka yang lain.Personaliti aku yang pendiam membuatkan aku kurang bergaul atau berteman.Tatkala bertemu muka ketika aku sedang melangkah dipertengahan jalan.Deru gemuruh terus menguasai diri tanpa alasan.Pipi ini terus bertukar menjadi kemerahan-merahan tanpa alasan yang kukuh.Aku terus membisu.Berjalan seperti tiada apa yang berlaku.

Dia aku turut selitkan dalam senarai inspirasi aku selain keluarga,para guru,para rakan serta masyarakat disekeliling.Entah kenapa kehadirannya memberikan "boost" untuk diri ini.Alhamdullilah.Kadangkala tertanya aku sendiri.Sedang apa dan dimana dirinya.Sihatkah dirinya?Apa khabar dirinya?persoalan-persoalan ini yang sering menerjah kotak fikiran.Walaupun kini aku tidak lagi melihat raut wajah itu kerana dia berada jauh.Mungkin di utara,selatan,barat atau timur.Senyuman itu terus bermain dalam kotak fikiran ini.Akan aku selitkan memori si dia dalam diari ini selamanya.

Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup ini.Memberikan sinar pelangi untuk mewarnai hidupku.Semoga dirinya dan aku dapat mencapai cita-cita yang tersemat di dada sejak di bangku sekolah lagi.Aku turut doakan dirimu dalam perjuangan mu.Sama-sama kita capai kejayaan.Insyallah.Dikau akan terus tersemat dalam minda dan jiwa ini selamanya.

Thursday, August 23, 2012

Raya Lagi :)

Assalamualaikum..apa khabar semua?rasanya malam makin tua tapi mata aku masih belum dapat dilelapkan.Entah kenapa.Mungkin banyak memikirkan masa depan yang semakin hampir membawa aku ke garisan permulaannya tidak lama lagi dan seterusnya akan menamatkannya 5 tahun daripada sekarang.Insyallah.Jadi bagaimana raya kalian pada tahun ni?Best tak juadah ketupat dan lemang yang dihidangkan?Kutipan duit raya?haha..itu sudah semestinya.Tapi untuk aku yang akan mencecah ke alam puluh tahun ni,makin berkuranganlah marathon kutipan duit raya tahun ni.Tapi aku agaklah "curious" sebab duit raya aku lagi banyak daripada kedua-dua adik aku.Adakah aku lagi muda daripada mereka?haha..Macam-macam soalan menerjah fikiran ni.Haha..Sebenarnya ini bergantung kepada rezeki masing-masing.Kalau rezeki nak datang,takkan nak ditolak.Eceh.Skema betul ayat aku ni.

Okay.Bermacam jenis juadah mahupun kuih-muih yang berwarna-warni macam pelangi.Sampai kadang-kadang aku pun blur ni kuih ataupun pelangi.Haha.Tahun ni tema keluarga aku adalah Ungu.Daddy aku yang pilih.Okaylah tu,nampak macam barney.Comel dan cute sahaja.Sejak umur aku semakin meningkat ni,aku macam dah tiada "feel" untuk duit raya.Apa yang menerjah fikiran dan diri aku adalah untuk memohon kemaafan daripada semua orang yang aku kenali mahupun tidak.Aku juga manusia biasa yang tidak lepas daripada melakukan kesilapan aku.

Sebenarnya aku ada soalan trivia dekat mummy di pagi raya."Mummy kalau kita dah kerja memang kena bagi duitlah pada budak-budak walaupun usia kita masih muda dan layak untuk mendapat duit raya."Jawapan mummy "paham-paham sendirilah ya".Haha.Sebenarnya aku juga tak sabar nak bagi duit raya pada mereka sebab pada aku itu satu sedekah.Ada rezeki apa salahnya.Tapi duit itu perkara kedua dalam diri aku.Apa yang penting kita dapat menziarahi sanak-saudara dan saling bermaafan.Itu lagi penting.Duit raya tu aku boleh klasifikasikan sebagai bonus.

Jadi kepada mereka yang sama era dan batch dengan aku,jangan bersedih kalau marathon mengutip duit kita tak seberapa.Senyum selalu.Apa yang aku dapat perhatikan sekarang ini,adat Hari Raya semakin berkurangan meriahnya.Adakah kerana peralihan zaman yang semakin moden menyebabkan kita lagi mementingkan kehidupan duniawi sehingga kita lupa untuk mengekalkan keceriaan Hari Raya?Aku harap tidak ramai yang begitu walaupun hakikatnya perkara ini sedang berlaku.

Pesan aku janganlah kita tinggalkan adat serta warisan nenek moyang kita ini.Kekalkannya sehingga ke cucu,cicit kita.Sentiasa pastikan suasananya tetap sama seperti era dahulu.Makanan warisan kita.Ketupat,lemang,rendang,kuah lodeh,kuah kacang dan sebagainya.Kitalah generasi yang akan menjadi pewaris kepada makanan tradisi ini untuk yang akan datang.

Jadi,aku harap Hari Raya kalian boombastik.hehe.Jangan main mercun tau.Nanti jari putus.Sudah hilang nikmat yang Allah s.w.t. telah kurniakan.Aku rasa masih belum terlambat untuk aku mengucapkan "Selamat Hari Raya,Maaf Zahir Dan Batin" buat semua pembaca.Buat rakan-rakan yang akan meneruskan perjuangan mereka di UNIMAS,Selamat Maju Jaya aku ucapkan.Sampai di sini dahulu coretan aku.Semoga Bertemu lagi :)







Asreen As Dedeq :)

Happy Birthday Lil Brother :)


Assalamualaikum..jadi hari ini aku ingin membuat pengumuman dan ucapan MEGA.Haha.Kali ni aku hanya mampu mengucapkannya di blog.Alright..tik tok tik tok..12AM already.Suprise..Suprise!!Yup..hari ini rasa gembira sebab lil brother aku dah 19 tahun.Yeah.Happy Birthday lil brother.Semoga dimurahkan rezeki dan panjang umur.Jadi,apakah "wish" lil brother sempena Hari jadi kali ni?haha..rahsia.I know exactly what it is.haha.Just kidding. Lil sister harap lil brother sentiasa sukses dalam apa yang lil brother tempuhi.Be strong.I know you are tough as Hulk although you have a pair of cute puss in boots eyes and wonderful bass voice.haha.Just kidding.Thanks for being a great friend to me lil brother.Thanks for always making me smile.You are great tough boy.May our friendship everlasting.Le's elmo forever.May Allah s.w.t. bless you always my lil brother.Smile always.Enjoy your great day :) (11 AUGUST 2012)  HAPPY BIRTHDAY :)



Puss in boots eyes..haha

Sweet 19 Boy

                                                                     Share the laugh :)

                                                                    Le Elmo's forever :)


Till then guys.See you again.Smile always.Assalamualaikum :)

Friday, August 17, 2012

Seandainya...


Assalamualaikum dan selamat malam aku ucapkan kepada kalian.Jadi pada kali ini aku memilih untuk menulis di waktu yang agak tenang dan sunyi dalam coretan kali ini.Jadi bulan Ramadhan juga sudah hampir dipenghujungnya dan akan melabuhkan tirainya.Mungkin ada yang sedih kerana bulan yang barakh ini sudah ingin melabuhkan tirainya dan mungkin ada yang gembira kerana Hari Raya Aidilfitri akan menjelma bagi menyambut kemenangan bagi mereka yang berjaya dengan ibadah puasa di bulan Ramadhan.Sungguh Allah s.w.t. sangat menyayangi umatnya.Alhamdullilah.Bagi aku tahun ni aku hanya sederhana sahaja.Terasa sedikit kesedihan menerpa benak hati kerana yang tersayang sudah tiada lagi disisi kerana pergi menghadap ilahi.Masih terkenang wajahnya di setiap lelapku.

Kadang-kadang menagis aku dalam dakapan sendiri.Berdoa dan berharap agar dirinya kembali disisi.Tapi itu mustahil.Tapi aku sentiasa bersyukur kerana masih diberi peluang untuk meluahkan kata sayang dan cintanya aku terhadap dirinya buat kali terakhir sebelum aku ke Sarawak dulu.Sesungguhnya Allah s.w.t. telah banyak mendengar dan memakbulkan doa aku.Aku sangat bersyukur.Aku akui,kadangkala aku bukannya seorang yang pandai dalam meluahkan rasa sayang dan cintanya aku pada dirinya walaupun aku memang sayang akan dirinya walaupun secara realitinya aku seorang yang puitis atau suka menulis kata-kata hiperbola.Sungguh kasihan kepada mereka yang seringkali dahagakan kata-kata sayang daripada aku.Tapi aku tidak mampu.

Pen serta kertas putih sentiasa menjadi peneman setia meluahkan kata-kata dan ilusi hati dan perasaan.Beruntung kepada sesiapa yang dapat membacanya dalam diari,kertas-kertas conteng atau mungkin kad manila yang pernah aku coretkan di atasnya.Sungguh aku boleh katakan bahawa aku sangat merindui dirinya.Aku ingin mendakapnya.Aku ingin bermanja bersamanya di setiap detik yang berlalu.Hati membuak-buak menjerit bahawa aku rindukan dirinya.Kadangkala Allah s.w.t. tempat untuk aku mengadu persaan yang membuak-buak ini.Pendengar yang setia.Aku bersyukur.

Tapi aku masih bersyukur kerana Allah s.w.t. sentiasa mengurniakan mereka yang sentiasa menyayangi akan diriku disetiap detik waktu.Ibubapa,keluarga,rakan-rakan dan masyarakat yang sentiasa disisi aku bila diperlukan.Terima kasih.Masih dapat aku hulurkan senyuman meski hati berkata tidak dan masih berduka.

Kepada mereka yang masih mempunyai orang yang tersayang disisi,sayanglah mereka selagi mereka ada bersama anda.Hargailah mereka.Itu yang boleh ku katakan.Katakan bahawa anda sangat menyanyangi mereka setiap kali celiknya mata di pagi hari.Terutama ibubapa anda dan yang sentiasa disisi anda di saat susah dan senang.Itu pesanku.Bagi mereka yang sudah kehilangan orang yang disayangi,sentiasalah berdoa untuk mereka disetiap doa anda dan sedekahkan Al-Fatihah buat mereka.Apa-apa pun aku ingin mengatakan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Sampai disini dahulu coretanku buat kalian.Semoga berjumpa di coretan yang akan datang.Insyallah.Assalamualaikum :)



Tuesday, August 7, 2012

Aku Dan Ramadhan Kali Ini

 Assalamualaikum..kembali aku dalam penulisan dan catatan yang seringkali suka untuk aku coretkan untuk dijadikan sebagai diari di masa hadapan atau mungkin sebagai memori bagi diri ini.Terasa tenang hati tatkala terjaga di malam hari yang sunyi lagi tenang.Pernah aku dengar orang berkata.Terjaganya kita daripada lena adalah kerana malaikat yang kejut.Setidak-tidaknya bacalah doa.Jika lagi ingin yang terbaik,Tahajudlah.Jadi aku adalah antara yang terjaga daripada lena ini.Jadi aku luangkan masa aku untuk mencoret bukan sahaja mengenai pendapat dan idea tapi melalui pengalaman.

Untuk bulan Ramadhan kali ini,ya aku sangat dekat dengan keluarga aku.Maklumlah aku tidak lagi menetap di Sarawak.Susana yang berbeza setiap kali Ramadhan datang menjelma.Masih aku terbayang Ramadhan tahun-tahun sebelumnya.Mungkin kali ini yang bezanya aku makin matang dan mungkin jarang sekali hendak bermain mercun.Lucu juga bukan bunyinya.

Baiklah,tidak lama lagi Ramadhan akan melabuhkan tirainya.Terasa sungguh cepat masa berlalu meninggalkan kita.Sama ada kita sedar atau leka itu tergantung pada diri masing-masing.Seharusnya boleh aku katakan kita yang harus cemburukan masa bukan masa yang harus cemburukan kita.Bagaimanakah amalan kita untuk Ramadhan kali ini?Adakah Ramadhan kali ini kita hanya sekadar menahan lapar dan dahaga,solat terawih,membaca Al-Quran,menjaga pandangan,menjaga iman atau amalan yang kita lakukan sudah memuaskan hati?"Flashback" memori kembali.Aku juga masih dalam proses pembangunan diri untuk menjadi muslimah yang lebih baik daripada sebelum ini.

Ya,tidak semua manusia sempurna.Masih ada cacat celanya.Tapi kita semua akan terus melakukan yang terbaik dan harus berdoa agar amal ibadat kita diterima oleh Allah s.w.t.Pernahkan anda duduk sendirian dalam keadaan yang tenang,mengenang kembali siapa diri kita dan perbuatan yang telah kita lakukan di masa lampau dan yang akan kita lakukan pada masa hadapan.Kadang-kadang muhasabah diri boleh membuatkan kita menangis mengenang perbuatan silam yang mungkin hanya kurang baik daripada sekarang.Mungkin boleh membuatkan kita tersenyum dek kerana kenangan yang manis.Untuk aku terus memandang ke masa hadapan kadang-kadang ngeri juga untuk aku fikirkan.Khuathir bagaimana diriku di masa hadapan.Adakah aku mampu untuk berbakti untuk kedua ibubapa,keluarga,masyarakat,bangsa dan negara aku?Hanya Allah s.w.t. yang mempunyai skema jawapan yang lengkap.

Siapa kita di masa hadapan adalah kita hari ini.Jadi haruslah sentiasa kita berdoa dan meminta serta muhasabah diri kepada Allah s.w.t. agar kita sentiasa dalam redhaNYA dalam apa jua yang kita akan tempuhi di masa hadapan.Pernah aku membaca ayat ini "Allah tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum jika mereka tidak merubah diri mereka".Jadi kita merupakan nadi pengerak utama dalam diri kita sendiri.Insyallah kita mampu melakukannya.Jadi untuk Ramadhan yang mulia ini,kejarlah peluang untuk melakukan amal ibadat serta merubah diri kearah yang lebih baik lagi.Jangan sibuk mengejar Kamdar pula ya,kejarlah Lailatulqadar.Bak kata Aizat.

Jadi aku kira sampai di sini dahulu coretan aku buat kali ini.Semoga kalian terhibur membaca penulisan kali ini.Salam Ramadhan.Puasa tau jangan tak puasa.hehe.Assalamualaikum :)



Perantau Bumi,
Asreen As Dedeq

Wednesday, August 1, 2012

PRS Suatu Ketika Dahulu :)

          Assalamualaikum..tiba-tiba teringin pula rasanya untuk meng"update" blog yang mungkin sepi bercerita.Jadi pada malam yang sunyi lagi tenang di bulan Ramadhan ini aku kembali mengetuk papan kekunci.Berlatar belakangkan muzik yang santai serta merehatkan minda.Baiklah..mungkin sudah agak lama cerita ini.Tapi aku ingin juga bercerita mengenainya.Agar sentiasa tersemat rasa bersyukur jauh di benak hati kita.Cerita yang bakal ku taipkan di skrin ini adalah mengenai AUTISM.Yup..pada tanggal 5 Oktober 2011 aku,rakan-rakan serta guru pengiring kami Mr.Abdul Al-Hafiz telah pergi ke Kuching Autism Centre di mana kanak-kanak yang menghidap Autism dihantar oleh ibubapa mereka untuk mempelajari teknik-teknik yang perlu dalam kehidupan seharian mereka.Ya..memang aku sangat teruja.Suka untuk aku pelajari benda baru.Kami berangkat ke sana dengan menaiki bas.Jadi untuk ekspedisi ni,aku ditugaskan sebagai fotographer.Memang minat aku untuk mengambil gambar.Jadi aku dengan berbesar hati memikul tanggungjawab ni.



Setelah tiba di Kuching Autism Centre,kami telah ditugaskan untuk melakukan part-part masing-masing.Disebabkan kapasiti kami yang agak banyak dan ruang yang terhad di situ,tidak semua antara kami dapat masuk ke dalam.Hanya sebahagian sahaja yang dapat masuk ke dalam dan sebahagian lagi di luar untuk melaksanakan gotong-royong.Aku pula memang syok mengambil gambar sana sini.Sedang aku asyik mengambil gambar,terasa tangan ku ditarik perlahan.Rupa-rupa ada yang meminati akan kamera Nikon aku.Okay aku kami pegang-pegang..hehe.Aku dan beberapa rakan yang lain dibawa masukke bilik-bilik khas bagaimana mereka melatih kanak-kanak yang menghidap Autism.Macam-macam kaedah khas yang aku nampak yang disediakan oleh pihak Kuching Autism Centre.




        Sempat juga aku menemu ramah salah seorang doktor yang bertanggugjawab di situ.Katanya Autism terbahagi kepada dua.IQ yang tinggi dan IQ yang rendah.Mereka kadang-kadang boleh menjadi obses akan sesuatu dan melakukan sesuatu itu berulang-kali.Sebagai contoh,meminati tali kasut.Jadi mereka akan bermain dengan tali kasut sahaja.Selain itu,mereka juga sangat sensitif pada cahaya,bunyi dan sentuhan dan kadangkala boleh menjadi hyperaktif.Menangis tanpa sebab.Ini adalah antara simptom-simptom Autism.





         Seharian aku dan rakan-rakan disana.Memang seronok.Kadang-kadang bila aku melihat kanak-kanak Autism hati terasa sayu.Tapi boleh aku katakan semangat mereka sangat tinggi dalam usaha mereka untuk memajukan diri mereka.Seharusnya kita patut berasa untung kerana dilahirkan sempurna.Tapi masih juga yang masih mengatakan mereka itu dan ini.Manusia adalah ciptaan Allah s.w.t. yang paling hebat.Oleh itu,kita sepatutnya bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan.



          Jadi kami semua telah berjaya dalam ekspedisi kali ini.Alhamdullilah semuanya lulus.Aku berharap suatu hari nanti aku dapat berbakti untuk mereka yang memerlukan.Insyallah.Sampai disini dahulu coretan ku.Semoga bertemu lagi :) Assalamualaikum..


Thursday, July 19, 2012

Realiti Kata Si Pangeran Kota

Melangkah dalam kebingitan kota,
aku berdiri di tengah kota metropolitan ini,
digeruni jutaan manusia,
mencari jawapan untuk diri sendiri,
keliru dalam keputusan sendiri,
langkah yang tiada kepastiannya,
tamatnya mana,
mulanya bila,

Hilang sendiri aku dalam dunia realiti,
ruang dimensi yang masih kabur lukisannya,
jika aku terus menulis
khuatir silap plot garisannya
lalu apa harus ku lakukan?

sendiri keliru mana utara,selatan,barat dan timur,
pertarungan dengan diri sendiri tiada sudahnya,
si penyelamat dunia,
tiada hadirnya,

lalu aku kembali bangun,
daripada kejatuhan kerjaaanku,
mengisi kembali ruang dimensi dengan harapan,
agar kembali terang sang mentari ,
diwaktu fajar,
insyallah..

Friday, July 13, 2012

Peluang Kedua..


 Assalamualaikum..hari ini aku kembali mengetuk papan kekunci setelah idea di kotak fikiran datang kembali bersatu membentuk kata-kata.Alhamdullilah masih aku diberi peluang untuk memerahkan idea dan pendapat yang sentiasa berputar di kotak fikiran.Kadang-kadang sukar untuk aku luahkan melalui bicara mata ke mata.Mungkin aku lebih selesa menulis luahan isi hati dengan mengetuk papan kekunci atau hanya penulisan antara pen dan si kertas putih.Jadi hari ini ramai antara rakan-rakan ku sudah pun memperolehi keputusan mereka untuk meneruskan pengajian mereka di peringkat Ijazah atau dalam bahasa "mat salleh" degree.Taniah kepada mereka yang berjaya dengan apa yang kalian pilih atau mungkin menjadi cita-cita kalian sejak masih kecil lagi.Bagi mereka yang tidak berjaya mendapat apa yang diingini jangan berasa putus asa atau kecewa.Allah s.w.t. telah tetapkan yang terbaik untuk kalian sejak kalian lahir ke dunia.Allah s.w.t.tahu apa yang terbaik.Mungkin ada yang senyum kegembiraan..mungkin ada yang menangis tidak henti kerana kecewa.Mungkin bukan pilihan hati yang akan menjadi penyelamat dan kejayaan di masa hadapan.

Bagi mereka yang berjaya untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah.Teruskan usaha anda sehingga ke garisan penamat.Jangan pernah berputus asa walaupun tersungkur dan luka.Bangun dan terus berlari seperti berputarnya bumi mengikut orbitnya.Aku akui.Aku hanyalah seorang pelajar biasa.Pengalaman telah banyak mendewasakan aku.Mungkin aku pernah menyesal dibelakang hari kerana aku tidak bersungguh-sungguh.Tapi alhamdullilah Allah s.w.t telah memberikan aku peluang kedua dalam mencapai cita-cita aku kembali.Aku akan gunakan peluang ini sebaik mungkin.Takkan aku sia-siakan peluang yang telah diberikan.Buat teman-teman aku  yang bakal meneruskan pengajian di bumi kenyalang (UNIMAS),berusahalah bersungguh-sungguh kerana kita akan menjadi harapan ibu bapa,bangsa,agama dan negara pada masa hadapan.Teruskan usaha kalian.Insyallah jikaada rezeki kita jumpa lagi.

Tahniah! Saudara/saudari telah berjaya melanjutkan pengajian ke program Ijazah Sarjana Muda UNIMAS. Saudara/saudari telah ditawarkan program seperti berikut:

Program : Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Bioteknologi Sumber)(WS47)
Sesi Kemasukan : 2012/2013-1

Ini adalah kos yang aku dapat untuk meneruskan pengajian di peringkat Ijazah.Alhamdullilah.Masih aku bersyukur.Walaupun aku tidak menyambung pelajaran aku di UNIMAS.Tapi UNIMAS tetap di hati aku.Banyak pengalaman yang telah aku dapat sepanjang aku bermusafir di Sarawak dan aku bersyukur kerana diberi kesempatan untuk merantau dan belajar di Sarawak.Aku akan lebih berusaha dengan peluang kedua yang aku dapat.Insyallah.Doakan aku berjaya di sana.Kini aku aturkan langkah kanan dalam mengejar cita-cita ku.Jika aku berkesempatan lagi aku akan kembali ke Sarawak.Insyallah.Semoga kejayaan mengiringi rakan-rakan ku yang tersayang di UNIMAS.Amin.Sampai di sini dahulu coretan ku buat kalian.Semoga berjumpa lagi di coretan yang akan datang.

Perantau Bumi Kenyalang,
Asreen As Dedeq

Sunday, July 1, 2012

Sepucuk surat buat bakal suamiku...


Assalamualaikum wahai bakal suamiku,

Hari ini hati mula terdetik untuk aku menuliskan sepucuk surat buat bakal suami ku yang akan datang.Memandangkan aku juga sudah semakin dewasa dan matang untuk memikirkan perkara sedemikian.Tapi,tidaklah aku memikirkannya dengan terlalu dalam dan serius wahai bakal suamiku.Tapi,perkara ini sudah mula menerjah kotak fikiranku sejak akhir-akhir ini.Wahai bakal suamiku,ketahuilah bahawa kamu sentiasa yang terbaik.Tulang rusuk yang ku cari selama ini yang sentiasa akan menghiburkan hati.Menjadi pendamping dikala suka dan duka menyelubungi atmosfera kehidupanku.Susah dan senang bersama.Sakit dan sihat bersama.

Wahai bakal suami ku,ketahuilah bahawa aku akan sentiasa mencuba untuk jadi yang terbaik buat dirimu.Menjaga makan,minum,pakaian,perasaanmu dan segalanya.Aku cuba menjadi seorang isteri yang solehah dan taat kepada Allah dan juga suaminya.Mungkin cintaku tidak sehebat Siti Zulaikha kepada Nabi Yusuf,cintanya Hawa kepada Adam mahupun cintanya Siti Khadijah kepada Nabi Muhammad s.a.w.Tapi aku sentiasa mencuba menjadi lebih baik untuk mu wahai pemilik tulang rusuk ku.

Wahai bakal suami ku,semasa majlis pernikahan kita,tidak perlulah dikau memberikan atau memanjakan diriku dengan hantaran-hantaran yang membebankan dirimu.Meraikan perkahwian kita di hotel-hotel terkemuka.Tidak perlu wahai bakal suamiku.Cukuplah dengan mahar yang sudah mencukupi syarat.Bukan aku tidak mahu menerimanya.Namun,keberkatan dan kesederhanaan menjadi kunci ke arah kebahagia.Biarlah kita menyambutnya dengan penuh keserderhanaan.Sebuah al-quran,telekung dan sebentuk cincin sudah memadai untuk dikau menunjukkan keikhlasan dan kasih sayangmu terhadap diriku wahai bakal suamiku.Di saat kita sudah sah diijabkabulkan,hati terasa berdebar-debar.Dapat aku rasakan hangat kasih sayang seorang bakal suamiku tatkala dikau mengucup dahiku serta menciumnya.Cincin yang dikau sarungkan menjadi tanda keikhlasan serta kasih sayangmu buat diriku wahai bakal suamiku.Jadi,bermulalah diari kehidupanku bersamamu.

Mungkin aku seorang yang tidak pandai menunjukkan kasih sayangnya terhadap seseorang.Tapi ketahuilah wahai bakal suamiku,hanya dikau sahaja lelaki yang akan kekal abadi dalam sanubari ini selamanya.Mungkin aku juga seorang yang tidak seberapa pandai memasak.Tapi,jika kita sama-sama ke dapur dan masak,bergelak ketawa untuk menyediakan juadah kita.Aku pasti makanan itu akan lebih lazat sepertimana kasih sayangmu terhadapku wahai bakal suamiku.

Wahai bakal suamiku,ketahulah isterimu ini seorang yang suka bersukan.Mungkin setelah mengharungi hari yang sibuk di pejabat,kita boleh pergi beriadah bersama.Untuk sentiasa bersama-sama dengan bakal suamiku ini akan membuatkan diriku lebih selamat.Menghabiskan masa lapang bersama yang tersayang adalah perkara yang akan sentiasa membuatkan diriku bahagia.Aku rasa wanita lain diatas muka bumi ini turut berasa begitu.

Bakal suamiku,disamping kita mengecapi kebahagiaan.Kita juga jangan lupa kepada pencipta kita yang Maha berkuasa,Allah s.w.t.Untuk dirimu menjadi imam disetiap solat ku merupakan sesuatu yang membahagiakan diriku.Sesuatu yang ku akan sentiasa tunggu bila tiba waktunya.Akanku sentiasa memanjatkan doa kehadrat illahi agar dirimu sentiasa berada dalam keberkatannya.Amin.Aku percaya dirimu akan membimbing ku ke jalan Allah s.w.t agar kita sentiasa akan bahagia di dunia dan akhirat.

Dikala dirimu tiada disisi ku nanti wahai bakal suamiku kerana tuntutan kerja.Ketahuilah bahawa aku akan sentiasa menanti kepulanganmu dengan rindu yang membuak-buak di dada.Ketiadaan dirimu merupakan suatu kekosongan.Tapi dikau pernah berpesan,Allah s.w.t. ada.Jadi dirimu tidak akan kesunyian.Kucupan serta satu ciuman di dahi sebelum berangkat merupakan hadiah pengubat rindu.Doa ku buat dirimu agar sentiasa sihat dan selamat pergi dan pulang tidak pernah ku lupakan.

Wahai bakal suamiku,akhir kata aku sangat bersyukur kerana menjadi bakal isterimu dan dikau menjadi bakal suamiku.Suatu perkara yang hebat dalam hidupku.Berada bersamamu merupakan suatu yang bermakna dalam sejarah hidupku.Aku akan sentiasa mencuba untuk membahagiakan dirimu,melayan dirimu sebaik mungkin dan menjadi isteri yang taat dan solehah.Ketahuilah aku akan sentiasa menantimu dan mendoakanmu disetiap doaku wahai bakal suamiku.Semoga kita bertemu nanti.Insyallah.Sekian dahulu surat ku buat mu wahai bakal suamiku.Wassalam.

                                                                                                                                  Ikhlas,
                                                                                                                                  Bakal isterimu


Wednesday, June 27, 2012

Aku #10tahundahulu :)

Assalamualaikum...baiklah..sudah lama juga aku tidak menjengah blog yang sudah bersawang dek kerana melakukan persiapan ku untuk meneruskan pengajian ku untuk peringkat yang seterusnya.Rasa rindu untuk mencoret nota-nota ringkas sentiasa terpaut dalam hati ini.Sudah menjadi hobi ku untuk menulis sejak kecil lagi.Minat yang aku tidak boleh nafikan lagi.Sudah menjadi asam dan garam dalam kehidupanku.Jadi buat coretan kali ini aku ingin mencoretkan mengenai diriku 10 tahun dahulu.Tiba-tiba "flashback" nostalgia itu kembali mengetuk kotak fikiran ini.

Ini masa muda-muda dahulu..hahaha

#10tahundahulu aku pernah membelasah seorang budak lelaki kerana aku ada taekwondo.Kenapa aku belasah budak lelaki ini?Ini kerana dia pernah memperlekehkan kaum hawa dan suka membuli mereka.Seperti biasa mungkin pada tika itu kami masih belum matang.Tapi tidaklah seteruk mana aku membelasah dirinya.Kesian juga aku melihat dirinya.Jadi aku membantu dirinya.Tidak silap aku,aku hanya memberikan satu tumbukan.Tapi tidak sekuat mana.Jadi aku ingin meminta maaf kepada gerangan si dia.hehe..maaf ya..Jangan takut dengan aku lagi jika kita bertemunya kerana kita aku sudah menjadi seorang yang penyayang dan tidak memukul orang lagi...peace okay? :)

#10tahundahulu aku bercita-cita untuk menyertai TLDM kerana aku sangat meminati bidang ketenteraan.Boleh juga ku katakan bahawa aku ni sebenarnya seorang yang bersemangat patriotisme.Ya..dahulu daddy dan mummy ku pernah membawa ku dan adik ku ke tugu negara.Bayangkan pabila aku menatap tugu negara itu.Air mata ku merembes tanpa dipaksa.Aku terus merengek sehinggalah aku lelapkan mata dikala mentari terbenam.Mummy ku bertanya..kenapakah aku menangis?Jawabku kerana aku sedih mereka terkoban di medan perang.haha..pelik bukan?tapi itu adalah diriku.Semangat patriotisme perlu ada dalam setiap diri rakyat malaysia.Kita harus memperingati perjuangan nenek moyang kita yang berjuang mempertahankan tanah air kita yang tercinta..MALAYSIA.

#10tahundahulu aku lebih suka bermain traktor hot wheels berbanding anak patung barbie doll atau yang sewaktu dengannya.Ya mungkin aku ni memang pelik sedikit atau banyak.Biasalah..kehidupan aku dahulu hanya bersama dengan adik ku Asrul.Jadi kami memang sangat rapat.Main bersama.Tidur bersama-sama.Dia sudah seperti teman rapatku.Jadi apa jua barang permainannya adalah mainan ku jua.Jadi dia suka mengumpul hot wheels.Kami pun sentiasa main bersama-sama.Jadi tidak kisahlah kalau aku tidak main anak patung..haha.Tapi sekarang aku tidak main kereta hot wheels.Hobi aku pergi photoshoot :)

#10tahundahulu aku juga sentiasa menjadi mangsa buli.Sebenarnya boleh juga ku katakan bahawa aku ini seorang yang lurus bendul dahulu.Sekarang tidak lagi.Dulu aku masih ingat baju ku pernah digunting rakan,bekalan makanan ku dimakan rakan serta wang belanja sekolahku dihabiskan rakanku.Mummy selalu marah.Tapi aku sentiasa berkata "Sabar mummy,tak baik marah-marah"haha..tengok betapa lurusnya aku.Tapi setelah menyedari diriku sentiasa menjadi mangsa buli aku pun menyertai taekwondo.Baru cool dan gempak.haha..Aku lebih selesa sendirian.Ada yang kata diriku ini pendiam dan ganas.Tapi hakikatnya aku okay sahaja.Boleh berkawan dengan semua orang.

#10tahundahulu aku apabila tiba Syawal aku akan memakai gaun.pelik bukan?tapi hakikatnya memang aku memakai gaun.Mesti ada antara rakan-rakan ku yang pelik mengapa aku tidak terus "girlish".Baiklah,setiap orang mempunyai citarasanya sendiri.Aku lebih selesa dengan shirt,seluar khakis ku serta sneakers ku.Mungkin dimata orang ramai aku agak ganas dan tomboy.Tapi tidak,aku lebih selesa begitu.Bukan aku tidak pernah ingin menjadi feminin.Rasa itu sentiasa ada dalam diri setiap wanita-wanita di dunia ini.Tapi biarlah diriku sebegitu.Yang penting aku menutup aurat dan menjadi diriku.Tapi aku pasti akan menjadi feminin.Boleh aku katakan feminin itu semakin kuat dalam diriku..hahaha..wait and see guys..

Ini aku sekarang kalau aku memakai shirt,jeans dan sneakers aku

Hah..ini masa aku tengah feminin..cool an?hahaha

Baiklah.Itu adalah serba sedikit coretan ku mengenai aku #10tahundahulu.yup.harap kalian suka membaca coretan kali ini.Kadang-kadang pengalaman sentiasa menjadi guru yang baik untuk kita.Jadi kadanga-kala kita kena juga mengimbas kembali nostalgia yang lepas untuk terus mendewasakan diri kita.Jika aku kenang kembali peristiwa-peristiwa #10tahundahulu,aku tersenyum sendirian.Mengenangkan keletahku.Jadi,sampai di sini dahulu coretan kali ini kalian.Semoga bertemu lagi di coretan yang akan datang.Assalamualaikum.

Perantau Bumi Kenyalang,
Asreen As Dedeq

Wednesday, June 6, 2012

Pentas Kehidupan Dunia..

                      Assalamualaikum....baiklah,hari ini aku hanya ingin mencoret penulisan atau boleh juga aku katakan sebagai nota ringkas aku.Waktu terus berputar pergi.Aku semakin dimamah usia.Semakin matang mungkin.Memikirkan masa hadapan yang masih belum aku tahu apa kesudahannya.Sudah hampir sebulan aku meninggalkan Sarawak Bumi Kenyalang yang aku cintai kerana di sana adalah jiwa aku.Tempat yang sebegitu aku suka bermusafir.Sama seperti tempat-tempat yang pernah aku musafir sebelum ini.Kesunyian yang sentiasa mengisi ruang diri ini aku buang jauh-jauh.Memikirkan banyak lagi yang aku boleh lakukan.Berjauhan dengan rakan-rakan yang aku sayangi membuatkan perasaan ini membuak-buak untuk berjumpa dengan mereka.Aku lenyapkan rasa itu dengan menulis puisi dan berlari di kala petang menjengah samudera.Melihat keadaan kehidupan yang semakin mendesak manusia untuk lebih bekerja keras menyadarkan aku betapa sukarnya untuk menempuhi kehidupan sebagai generasi muda yang akan menerajui takhta negara satu tika nanti.Mungkin ada yang sudah selesa dengan kehidupan yang sentiasa berada di atas roda sebagai istilah yang boleh aku katakan.Tapi bagaimana dengan mereka yang di bawah?yang masih memerlukan seseorang untuk terus memimpin tangan mereka menuju kejayaan bersama-sama?Pernah kalian fikirkan?Kini aku sedar.Bukan mudah kehidupan ini.Tiada apa yang semanis seperti madu di permulaan ceritera,biasanya ceritera akan di mulakan dengan sepahit hempudu dan akhirnya baru akan kita rasa kemanisan madu itu.Aku bukannya seorang pendeta mahupun seniman.Hanya aku seorang remaja yang suka melihat dan terus melihat arus perjalanan manusia-manusia di atas muka bumi.Di mana aku menjelajah.Di mana langkah aku berjalan.Menjelajah ke Sri Lanka dan Indonesia di mana negara yang mempunyai penduduk berlebihan menyadarkan aku tentang kehidupan.Kemiskinan menyebabkan mereka terdesak untuk terus berusaha mencari sesuap nasi untuk diri mereka serta anak-anak mereka.Bayangkan...setiap malam mereka tidur beralaskan kotak coklat di atas permukaan tar jalan raya serta beratapkan bintang dan bulan di malam hari.Ada juga yang tidur di bawah jambatan.Kita??masih tidak bersyukur walaupun sudah beralaskan tilam yang empuk.Bayangkan,kanak-kanak yang masih kecil seperti adik-adik kita sudah keluar dari rumah sebelum mentari melimpah samudera di pagi untuk mencari sesuap nasi..Kita yang sudah remaja masih enak dibuai mimpi.Masih juga melakukan kegiatan seperti merempit dan lain-lain.Bersyukurlah kalian dengan apa yang kalian ada walaupun hanya makan berlaukan nasi dan telur.Walaupun hanya mendiami rumah yang kecil.Ini kerana kita masih mempunyai kehidupan yang jauh lebih baik berbanding mereka yang lain.Cuba kalian renung-renungkan jika ada waktu yang terluang.Duduk sebentar dikala sunyi.Fikirkan secara mendalam.Pesan ku kalian,janganlah kalian mensia-siakan waktu dan peluang yang kalian ada.Sentiasa gunakannya dengan sepenuhnya kerana kehidupan ini tidaklah semudah yang kalian fikirkan.Walaupun kita kecundang,jangan pernah berputus asa kerana di sebalik kegagalan pasti ada sinar kejayaan.Teruskan berusaha kalian.Tiada kejayaan yang datang bergolek-golek tanpa usaha yang jitu dalam diri.Juga jangan lupa,lakukan sesuatu itu kerana Allah s.w.t. dan dengan niat yang betul dan ikhlas.Insyallah keberkatan akan mengiringi kalian.Sampai di sini sahaja coretan serta nota ringkas ku buat kalian.Semoga bertemu lagi di penulisan yang akan datang.Insyallah.Wassalam.

Friday, June 1, 2012

Atmosfera Sanubari


Bibir menutur,
hati berbicara,
jari terus mencoret,
mencoret saksi sepasang mata,
mencoret gerak hati,
mencoret sanubari,

Atmosfera malam ni sungguh sepi,
hanya diisi dengan angin bayu,
yang terus berhembus,
dingin,kelam,sepi,
mungkin aku katakan,
malam ni tidak berpurnama,
esok pula,
fajar tiada kejora,

Rumit untuk aku ulaskan,
katakan,
mungkin aku tidak seperti yang lain,
tanpa persoalan perasaan,
tanpa diari ceritera sendiri,
mencari erti kehidupan,

Namun,
mencari erti sanubari adam dan hawa,
susah,
seperti yang pernah kau katakan,
aku terus melangkah,
tanpa padangan kebelakang,
hingga aku jumpa laskar pelangi,
di hujung dunia,
terus pergi meninggalkan pesanan,
tanda tanya di benak fikiran mu,
ini kerana aku bukan seperti Siti Zulaikha,
aku bukan seperti Siti Khadijah,
aku hanya insan biasa,

Hanya satu kata pujanggaku,
masihkah aku ada dihati mu,
saat ni,
Jawabmu?

Wednesday, May 23, 2012

The Real Retro Dedeq :)

Assalamualaikum..setelah hampir seminggu cuti tamat asasi,terasa atmosfera bosan menyelubungi diri ini.Lalu aku ingin coretkan mengenai diriku yang amat meminati perkara-perkara retro atau lebih mudah untuk aku definisikan sebagai antik.Ya..zaman sudah berubah dan pabila seseorang itu tidak tahu menggunakan atau mengenai TV Plasma,Iphone,Anroid dan sebagainya akan di klasifikasikan sebagai ketinggalan zaman.Hurm..pada pendapat aku tidak..mereka menghargai sejarah dan kenangan lalu.Aku boleh kategorikan mereka ini sebagai manusia yang osem.Firslty,abaikan cartoon monkey yang nak sedih tu.Saja nak buat gimik.Hiasan semata-mata.Hahaha.Jadi untuk coretan kali ini aku ingin flashback zaman atau era 70-an,80-an dan 90-an dan kenapa aku sangat meminati retro.Jom..zoom in retro.yeay!

 Alright..aku memang minat gila kat kereta mini cooper ala-ala Mr.Bean ni.Pernah orang kata aku ni retro benar.Tapi aku suka sebab kita akan jadi unik.Oleh kerana itu,aku telah meminta daddy aku untuk belikan kereta ni untuk aku sebab aku rasa kalau orang bujang macam aku ni pakai kereta macam ni dah cukup sempoi dan cool.Tak payah nak pikir pasal macam-macam sangat nak bikin kereta sebab kereta mini cooper ni tak bikin pun dah nampak cool.Cuma aku tak tahu nak cari kereta ni kat mana.Tapi yang penting aku minat.Kereta ni pun jadi trending tau kat cerita Italian Job tapi era dulu-dulu ar.Kalau sekarang cerita Italian Job tu dah upgrade guna mini cooper yang model baru.Mini cooper ala-ala Mr.Bean ni banyak kelebihan.Satu yang buat aku tertarik adalah senang nak cilok-cilok.Hahahhaha..Jahat tak aku ni.Selain tu,naik dua orang saja.Muatan tak lebih.Minyak pun jimat.Hahahhaha..teori Fizik..Cool.Jadi dapatkan mini cooper ala-ala Mr.Bean ni (tak masal promote an).

Hah..tadi kita bercerita mengenai automobilkan?Jadi kita akan bergerak ke babak seterusnya.Aku akan menceritakan band yang aku suka.Part retro punya.Okay band ini adalah The Beatles.Aku memang minat gila dengan lagu-lagu The Beatles.Cool dan sempoi.Takdalah macam lagu-lagu alaf yang ke-21 ni.Macam-macam.Balik-balik cinta.Haih..penat dah nak layan (ceh..padahal layan juga..over betul).Antara lagu yang aku minat hasil nukilan The Beatles ni adalah I want to hold your hand,Strawberry fields,yesterday dan Let it be.Sempoi dan cool.Kalau dengar masa nak tidur memang aku lelap sampai satu purnama.Hahaha..gurauan.Antara band yang aku minat era ni yang agak-agak retro adalah The Script dan Foster the people.Lagu yang gempak untuk band Breakeven dan The man that can't be moved.Selak-selak ar lagu The Script ni (macam buku pula nak selak-selak..ehm..pembetulan search-search).Lupa pula,untuk foster the people cuba search lagu Pumped up kicks dan Helena beat.gempak woah.Masyuk.

Seterusnya..hah..ini adalah stuff yang aku agak obses.Camera vintage.Pergh..ala-ala retro macam tu.Walaupun camera yang macam ni teknologinya taklah secanggih camera-camera DSLR zaman sekarang,tapi aku rasa camera macam ni sangat unik dan tak banyak yang pakai.Cool apa kalau pakai camera macam ni.Tak ramai yang ada dan tak banyak di pasaran.Memanglah takda memory card segala bagai.Cuci gambar pun masih guna filem.Tapi kualiti gambar masih terjamin aku rasa.Baru dapat kupas bakat photography dalam diri tanpa mengedit gambar kat lappy(bahasa budak sekarang untuk laptop atau lagi skema komputer riba).Itu namanya cabaran.Baru dapat test power ke tak snap gambar.Setuju tak guy (krik..krik..senyap saja..)Apa-apa pun aku minat camera macam ni.

 Huh..sekarang kita beralih ke alam atau lebih aku spesifikan atmosfera fesyen.Okay,aku mengaku dulu.Aku bukannya budak yang feminin dan comel.Hahahaha.Tapi aku tengah berusaha nak ke arah itu sebab aku rasa aku dah besar (tak ada kena-mengena an).Sebenarnya,aku suka style oldschool.
Lebih mudah pakaian yang sempoi dan easy.Antara pattern baju aku macam baju kat sebelah tu.Memang aku tengah jadi pengumpul setia shirt-shirt yang oldschool gitu.Retro.Selain itu,baju-baju yang menyempitkan locker aku adalah jersy bola,casual nike and adidas shirt.Yarh.that is me.Pernah orang tanya aku  berapa jumlah blouse kau mike? (erm..setelah ditolak dan ditambah..ngee~...10 pasang saja).Itu pun aku pakai sebulan sekali.Dasyat tak?Memang dasyat.


 
Haih..ni siapa pula yang sesat kat sini.Alright terus terang ni Hugh Laurie pelakon kegemaran aku.Aku suka tengok cara dia yang bersahaja.Chill dan sempoi saja.Cool dengan mata birunya.Lepas tu denganbig bike dia yang retro.Memang aku minat gila.Dia sangat simple.Itu yang menarik minat aku.Baik hati dan penyayang.Hoping dapat beloved husband macam ni.Insyallah.Amin.Begitu juga dengan rakan-rakan aku sekalian.Semoga kalian dapat pasangan yang terbaik.Amin.





Yeay!Dah habis dah babak-babak mengenai aku dan retro.Ini adalah pendapat aku.Biarlah kadang-kadang orang nak cakap kita ketinggalan zaman,yang penting ikut hati kita.Bagi aku orang yang retro sangatlah osem.Yang penting isu semasa dan perubahan arus dunia kena ambil tahu.Retro rocks!Ok guys,sampai di sini dulu contengan retro ku.Jumpa lagi di coretan yang akan datang.Love you guys.

Perantau Bumi Kenyalang,
asreen as dedeq :)

Monday, May 21, 2012

Isyarat Hati : )


Hujan lebat membasahi bumi Johor Bahru.Aku berserta keluarga tersayang datang bertamu ke sebuah warung yang terletak di stesen bas lama Jalan Rahmat.Aku duduk diam sambil menunggu pesanan ku tiba.Sedang aku asyik melihat sekelilingku,mataku tertancap pada sepasang suami isteri yang sedang sibuk melayan anak-anak kecilnya.Bahagia sungguh mereka.Lalu datang sepupuku berkata.Lihat bagaimana aku berkomunikasi bersama mereka.

Aku agak terpaku ketika itu.Kenapakah sepupuku berkata sedemikian.Mengaru-garu kepala ku yang tidak gatal.Pelbagai persoalanterus menerjah kotak minda ku.Aku tunggu sehingga sepupu ku berada dekat dengan mereka untuk mengambil pesanan.Sungguh aku terkesima.Rupa-rupanya pasangan suami isteri itu tidak bisa berkata-kata (bisu).Aku lihat mereka sehinggalah usai sepupu ku mengambil pesanan.Mutiara jernih jatuh tanpa dipaksa.Sungguh aku tidak sampai hati pabila melihat mereka.Sesungguhnya aku sangat bersyukur kerana dilahirkan sempurna dari hujung rambut hinggalah hujung kaki.

Jika anda katakan bahawa anda sentiasa tidak bernasib baik,ada yang berada dalam situasi yang lagi teruk berbanding diri anda.Diriku sangat "solute" pasangan suami isteri tersebut kerana dapat menjalani kehidupan mereka dengan sempurna serta mendidik anak-anaknya dengan baik sekali.Walaupun kata-kata yang dikeluarkan hanyalah dalam bentuk isyarat tetapi hati mereka berkata-kata.Memang aku akui sukar untuk menjalani kehidupan yang penuh pancoraba serta onak dan duri.Tapi pengalaman telah mendewasakan diri mereka untuk terus menghadapi hari-hari yang mendatang.

Aku percaya disebalik diri setiap individu terdapat keistimewaan yang tersembunyi.Jangan pernah berkata putus asa pada diri sendiri atau menyerah kalah.Jika mereka yang kurang upaya boleh melakukan malah berkeluarga pula kenapa tidak kita.Pernah diriku terdengar kata-kata ni mengenai tentera.Jika anda kehabisan peluru,gunakan pisau rambo anda untuk berlawan dan jika anda tidak mempunyai apa-apa lagi,gunalah tangan kasar anda untuk menewaskan musuh sehingga titisan darah yang terakhir.

Akhir kata yang ingin ku coretkan,jadikan pengalaman sebagai sejarah.Sentiasa matang dengan apa yang telah kita lalui.Sejarah yang hitam itu biarkan sebagai pengajaran dan sejarah yang mendatang lakukan yang terbaik.Kita haruslah sentiasa meletakkan azam yang tinggi dalam mengejar apa yang kita inginkan walaupun keadaan tertentu menghalang.Yang penting niat.Jika niat kita baik,betul dan kerana Allah S.W.T.insyallah kita akan berjaya.Amin.

P/S:Kisah benar yang ku alami.

Surat Dari Hati


Malam ini terlalu sunyi,
kebingitan si pelesit kota juga hilang dibawa angin bayu,
aku duduk sendirian di jendela,
mencoret kata hati,
mencoret bahasa hati,
aku diam...diam..diam...
bunyi alunan cengkerik memecah kesunyian malam,
aku aturkan langkah,
keluar,
tap...tap..tap..

Sang bulan dan bintang,
menjadi penyuluh setia dikala malam hari,
aku hempaskan tubuhku di lapangan nan hijau,
malam ni sungguh indah,
sungguh dingin,
aku sambung penulisan kata hati,
tenang jiwaku,
angin bayu datang menyapa,
menyampaikan salam si dia di perantauan,

Akal,minda,rasa,hati,perasaan,
bersatu,
bertanyakan khabar si dia?
sihat?sudah makan?
walaupun kita berpijak di bumi yang berbeza,
tapi satu yang aku pasti,
kita sedang lihat sang bulan dan bintang yang sama,
kata hati tidak salah,
sang bayu katakan aku rindu padanya,
katakan aku mahu bertemu dengannya,
melawan rasa membuak di dada untuk bertemu,
kalau jodoh bagaimana?
kahwin,
jika bukan jodoh?
jodoh,ajal dan maut di tangan Allah S.W.T.

Sunday, May 20, 2012

My Rainbows At Sarawak..


Assalamualaikum..sepertinya sudah lama diriku tidak mengetuk papan kekunci untuk berkongsi ceritera ku di bumi kenyalang..Ya memang sudah lama...Kini aku sudah menjejakan kakiku di semenanjung Malaysia.Alhamdullilah aku sudah tamatkan pengajian asasi sains di UNIMAS sesi 2011/2012 dengan jayanya begitu juga dengan rakan-rakan seperjuangan ku yang lain.Perasaan gembira,sedih dan takut seringkali menyelubungi diriku.Kenangan yang tercipta dan tertanam di bumi kenyalang sungguh indah.Secara jujur diriku berkata,aku menangis tanpa henti untuk 2 minggu yang terakhir diriku di asasi.Mengenangkan kronologi perpisahan yang bakal tercipta.Memikirkan aku bakal meninggalkan bumi kenyalang yang aku cintai.Banyak lagi yang terus ligat berputar dalam kotak fikiran pada tika itu.Kalau aku mahu menceritakan kisah-kisah ini satu per satu pasti tidak cukup walaupun satu purnama.Terlalu panjang untuk diriku uraikan.Biarkan ia terus menjadi kenangan terindah yang tidak luput ditelan zaman dan era yang terus berubah.

Pada permulaannya,aku rasakan aku akan terus sepi dengan diriku di bumi kenyalang.Membawa diri dan mencari pengalaman yang bakal mendewasakan diriku.Tapi,aku sedar aku tidak boleh hanya berdiri dengan sendirinya tanpa tulang belakang yang menjadi rangka terbaik buat diriku dalam menempuhi arus zaman yang terus berputar ini.Ya..pengalaman mendewasakan diriku.Allah,keluarga,para pensyarah dan rakan-rakan sentiasa menyinari kehidupan ku.Berada pada tika diri ini memerlukan mereka disamping ku.Terima kasih aku lafazkan.Kalian adalah supporter yang terbaik.Untuk coretan pada kali ini,aku ceritakan mengenai mereka yang ku kenali ketika di bumi kenyalang,Sarawak.Terima kasih kerana menjadi supporter yang terbaik buat diri ini kalian.


Baiklah..kisah kami bermula..tutor yang berada di tengah-tengah itu diberi nama Mr.Abang Muhammad Hudzaifah.Dia merupakan tutor yang paling gempak.Mengajar kami dengan begitu dedikasi.Seperti aku boleh katakan segala method-method yang diberikan sangat osem dan mudah.Membuatkan diriku menyukai matematik yang suatu ketika dahulu tidaklah berapa diriku gemari.Sentiasa mewarnai suasana kelas dengan lawak jenakanya.Menyenangkan hati.Apa yang boleh ku katakan pelajar-pelajar Hayat 1 sangat menyayangi Mr.Hud.Beliau sudah seperti guru kelas kami.Terima kasih Mr.Hud diatas tunjuk ajar selama 1 tahun di asasi...

Dari kiri :Mr.Deedat,Mr.Ikhwan,Mr.Ridwan,Mr.Hud

Baiklah..kita gerak ke babak seterusnya.Ceritera yang seterusnya adalah mengenai mentor ku yang sempoi dan cool.Mentor ku diberi nama Mr.Ridwan.Kedudukan beliau dalam gambar adalah yang ketiga dari sebelah kiri.Cool dan sempoi an?Dia juga merupakan coordinator Biologi untuk asasi UNIMAS sesi 2011/2012.Dia merupakan seorang pensyarah dan mentor yang sentiasa mengambil berat mengenai pelajar-pelajar asasi.Secara seriusnya,dia siap boleh mengafal nombor matrik pelajar.Dasyat tak?Memang dasyat.Semua perkembangan pelajar-pelajar asasi sentiasa beliau ketahui.Macam mana dia boleh tahu?Taraaaaa....rahsia.Mr.Ridwan juga seorang yang baik hati dan pemurah.Memang gempaklah senang cerita.Dulu-dulu masa pertemuan mentor dan mentee,Mr.Ridwan siap beri coklat lagi pada setiap mentee dia.Fuh..masa itu aku seram juga sebab dapat mentor coordinator Biology.Mesti garang an.Tapi,alhamdullilah semuanya okay saja.Mr.Ridwan thanks for everthing.

Okay...yang berada digambar itu diberi nama Hafiz Syazwan atau aku lebih selesa memanggil dirinya Boy.Boy merupakan antara beloved brothers ku.Boy merupakan rakan yang sentiasa membuatkan diriku tidak kering gusi.Telatahnya menghiburkan hati.Sangat meminati Glee.Macam-macam kenangan yang tercipta bersama boy.Setiap kali diriku melalui MCD atapun mendengar siaran radio hitz.fm.Fikiran ku pasti memutarkan kembali nostalgia bersama boy.Aku gelar boy sebagai malaikat subuh ku sebab ketika dirku,Sham dan roomateku,Wani hendak ke MCD pada jam 4.00 pagi,boy berpakaian serba putih.Cool.Boy memang seorang rakan yang baik.Dulu pernah temankan boy pergi menonton Street Dance 2 sebab boy nak sangat tengok cerita tu.Jadi setiap kali diriku pergi menonton wayangpasti teringatkan boy.Boy juga mempunyai suara bass yang cool.Terima kasih boy sebab jadi kawan Mike.Jaga MJ baik-baik.Best friends forever.

Hah...beloved brothers yang seterusnya adalah Norisham ataupun Sham.Sham merupakan seorang rakan yang sentiasa mengambil berat mengenai rakan-rakannya.Dia juga sangat suka memasak.Sangat berbakat pabila memasak.Favourite menu dia adalah tom yam.Sham sentiasa berada ketika diriku dalam kesedihan.Seorang rakan yang pandai memujuk dan protective.Aku sememangnya cenggeng.Yang memujuknya adalah Sham.Sham juga mempunyai suara yang lunak.Artis terbaik.Hahahha.Teringat juga ketika mengajar Sham membawa kereta di Sarawak.Suka Sham dapat bawa kereta.Harap Sham cepat dapat lesen.Nanti boleh bawa mike jalan-jalan kat Penang.Thanks Sham for being my great brother.I will never forget you.Take care of my froggie teddy baik-baik.

Hah..yang ni pula adalah Acap atau nama panjangnya Ahmad Asraf.Acap adalah seorang rakan yang sentiasa menjadi tempat untuk diriku mengadu.Setia mendengar jeritan hatiku.Hahahaha.Sesungguhnya aku solute acap sentiasa cool dengan apa yang menimpa.Pernah menemani diriku untuk mengambil air pada tengah malam.Al-maklum diriku ni memang penakut sikit.Acap juga mempunyai suara yang lunak ketika bernyanyi.Lagi-lagi pabila dia menyanyi lagu Anuar Zain.Memang terbaik.Pernah dulu acap sedih sebab takda siapa wish dia happy bufday.Lalu,aku ke DI 2 (Desa Ilmu) untuk membelikan kek coklat.Suka diriku melihat pabila terukir senyuman di bibirnya.Malam tu,habis acap kena prank dengan rakan-rakannya.Dasyat.Acap i promise i will learn how to wear high heels 5 inch (walaupun terpeleot masa jalan).No more sneakers.Hehehe.Thanks acap for everthing.You light up my life everyday with your smile.Thanks acap.

Yup..ini adalah antara beloved brothers yang turut menyinari pelangi kehidupan ku di Sarawak.Namanya diberi Muhammad Bin Mustapah.Nama komersial adalah Mamat.Mamat merupakan seorang rakan yang sangat ceria.Suka buat lawak dan yang paling penting sangat suka makan sayur.Hahahha.Mamat juga merupakan rakan yang sangat protective.Sangat menyayangi rakan-rakannya.Kami sememangnya sudah seperti satu keluarga.Diriku mengelarkannya Aaron Aziz.Hahahha.Style an.Kenangan yang paling manis yang diriku tempuhi bersama mamat adalah ketika drama English.Pergh..kena jadi gedik.Bayangkan,memang kaku.Tapi itu satu cabaran.Jadi diriku menerima cabaran itu.Akhirnya mamat sudah membuatkan diriku feminin.Jangan risau mamat i will be feminin one fine day.Mamat thanks for always being my good friends.Friend forever.

Alright...Nama budak dekat sebelah ku ni adalah Nur Syazwana atau diriku lebih selasa memanggilnya Wana.Wana sentiasa berada disisi ku pabila ku memerlukannya.Seorang role model yang tabah.Wana juga meruapakn seorang rakan yang penyayang.Satu perkara yang unik mengenai wana adalah susah untuk detect bahawa dia merupakan orang Kelantan.Terbaiklah wana.Sedih sebab berpisah dengan wana.Sebelum berpisah,wana ada memberikan kad ucapan yang berkata:

Jeng..jeng..ini dia ucapan wana.Biar diriku translatekan menggunakan google translate.Mike,kita kawan selamanya (ucapan wana).Ucapan ku pula (macam berbalas pantun an),Wana i miss you so much.Hope our friendship will everlasting.

Next adalah Zatul.Zatul adalah rakan yang comel.Hahaha.Sangat manja.Suka pabila berbicara dengannya.Zatul sangat pandai berpujangga.Kata-kata yang dituliskannya sangat mendalam dan penuh bermakna.Zatul sangat suka melihat bulan dan bintang di malam hari.Terimbas kembali saat diriku menangis dan memeluknya pada hari terakhir dirinya di UNIMAS.Sedih menusuk dalam sanubari ku.Zatul,mike akan ingat pesan zatul.We are friends forever.Thanks zatul for spending your time for the avengers and midninght dinner at DI 2.Love you sis.

Okay..ini adalah sister saya yang sentiasa menemani saya main basketball pada waktu malam.Awak semua panggil dia Nemo tau.Nemo merupakan seorang rakan yang pandai berpujangga juga.Suka membaca kata-katanya di twitter.Nemo ingat tak lagi semasa hendak final exam untuk IT (Teknologi Maklumat) kita belajar sambil main basketball.Malam tu sungguh indah dengan kehadiran sang bulan dan bintang.Sungguh indah.Thanks Nemo sebab belikan mike Nescafe masa study week.Thanks for everthing especially mathematics.I quite weak in that subject.Friends forever.Don't forget Mike.

Fuh..ceritera di atas adalah antara kenangan yang tercipta ketika diriku berpijak dan bermusafir di Sarawak Bumi Kenyalang.Sesungguh banyak lagi yang ingin ku coretkan.Namun,space pendrive 16 GB pun tak dapat nak lawan space kenangan-kenangan diriku ni.Jadi aku sematkan dalam dalam hati dan ingatanku.Semoga berjumpa lagi semua.Harap kalian dapat mengejar cita-cita kalian.Kalian adalah yang terbaik.