Mereka Awesome :)

Sunday, July 1, 2012

Sepucuk surat buat bakal suamiku...


Assalamualaikum wahai bakal suamiku,

Hari ini hati mula terdetik untuk aku menuliskan sepucuk surat buat bakal suami ku yang akan datang.Memandangkan aku juga sudah semakin dewasa dan matang untuk memikirkan perkara sedemikian.Tapi,tidaklah aku memikirkannya dengan terlalu dalam dan serius wahai bakal suamiku.Tapi,perkara ini sudah mula menerjah kotak fikiranku sejak akhir-akhir ini.Wahai bakal suamiku,ketahuilah bahawa kamu sentiasa yang terbaik.Tulang rusuk yang ku cari selama ini yang sentiasa akan menghiburkan hati.Menjadi pendamping dikala suka dan duka menyelubungi atmosfera kehidupanku.Susah dan senang bersama.Sakit dan sihat bersama.

Wahai bakal suami ku,ketahuilah bahawa aku akan sentiasa mencuba untuk jadi yang terbaik buat dirimu.Menjaga makan,minum,pakaian,perasaanmu dan segalanya.Aku cuba menjadi seorang isteri yang solehah dan taat kepada Allah dan juga suaminya.Mungkin cintaku tidak sehebat Siti Zulaikha kepada Nabi Yusuf,cintanya Hawa kepada Adam mahupun cintanya Siti Khadijah kepada Nabi Muhammad s.a.w.Tapi aku sentiasa mencuba menjadi lebih baik untuk mu wahai pemilik tulang rusuk ku.

Wahai bakal suami ku,semasa majlis pernikahan kita,tidak perlulah dikau memberikan atau memanjakan diriku dengan hantaran-hantaran yang membebankan dirimu.Meraikan perkahwian kita di hotel-hotel terkemuka.Tidak perlu wahai bakal suamiku.Cukuplah dengan mahar yang sudah mencukupi syarat.Bukan aku tidak mahu menerimanya.Namun,keberkatan dan kesederhanaan menjadi kunci ke arah kebahagia.Biarlah kita menyambutnya dengan penuh keserderhanaan.Sebuah al-quran,telekung dan sebentuk cincin sudah memadai untuk dikau menunjukkan keikhlasan dan kasih sayangmu terhadap diriku wahai bakal suamiku.Di saat kita sudah sah diijabkabulkan,hati terasa berdebar-debar.Dapat aku rasakan hangat kasih sayang seorang bakal suamiku tatkala dikau mengucup dahiku serta menciumnya.Cincin yang dikau sarungkan menjadi tanda keikhlasan serta kasih sayangmu buat diriku wahai bakal suamiku.Jadi,bermulalah diari kehidupanku bersamamu.

Mungkin aku seorang yang tidak pandai menunjukkan kasih sayangnya terhadap seseorang.Tapi ketahuilah wahai bakal suamiku,hanya dikau sahaja lelaki yang akan kekal abadi dalam sanubari ini selamanya.Mungkin aku juga seorang yang tidak seberapa pandai memasak.Tapi,jika kita sama-sama ke dapur dan masak,bergelak ketawa untuk menyediakan juadah kita.Aku pasti makanan itu akan lebih lazat sepertimana kasih sayangmu terhadapku wahai bakal suamiku.

Wahai bakal suamiku,ketahulah isterimu ini seorang yang suka bersukan.Mungkin setelah mengharungi hari yang sibuk di pejabat,kita boleh pergi beriadah bersama.Untuk sentiasa bersama-sama dengan bakal suamiku ini akan membuatkan diriku lebih selamat.Menghabiskan masa lapang bersama yang tersayang adalah perkara yang akan sentiasa membuatkan diriku bahagia.Aku rasa wanita lain diatas muka bumi ini turut berasa begitu.

Bakal suamiku,disamping kita mengecapi kebahagiaan.Kita juga jangan lupa kepada pencipta kita yang Maha berkuasa,Allah s.w.t.Untuk dirimu menjadi imam disetiap solat ku merupakan sesuatu yang membahagiakan diriku.Sesuatu yang ku akan sentiasa tunggu bila tiba waktunya.Akanku sentiasa memanjatkan doa kehadrat illahi agar dirimu sentiasa berada dalam keberkatannya.Amin.Aku percaya dirimu akan membimbing ku ke jalan Allah s.w.t agar kita sentiasa akan bahagia di dunia dan akhirat.

Dikala dirimu tiada disisi ku nanti wahai bakal suamiku kerana tuntutan kerja.Ketahuilah bahawa aku akan sentiasa menanti kepulanganmu dengan rindu yang membuak-buak di dada.Ketiadaan dirimu merupakan suatu kekosongan.Tapi dikau pernah berpesan,Allah s.w.t. ada.Jadi dirimu tidak akan kesunyian.Kucupan serta satu ciuman di dahi sebelum berangkat merupakan hadiah pengubat rindu.Doa ku buat dirimu agar sentiasa sihat dan selamat pergi dan pulang tidak pernah ku lupakan.

Wahai bakal suamiku,akhir kata aku sangat bersyukur kerana menjadi bakal isterimu dan dikau menjadi bakal suamiku.Suatu perkara yang hebat dalam hidupku.Berada bersamamu merupakan suatu yang bermakna dalam sejarah hidupku.Aku akan sentiasa mencuba untuk membahagiakan dirimu,melayan dirimu sebaik mungkin dan menjadi isteri yang taat dan solehah.Ketahuilah aku akan sentiasa menantimu dan mendoakanmu disetiap doaku wahai bakal suamiku.Semoga kita bertemu nanti.Insyallah.Sekian dahulu surat ku buat mu wahai bakal suamiku.Wassalam.

                                                                                                                                  Ikhlas,
                                                                                                                                  Bakal isterimu


No comments: