Mereka Awesome :)

Monday, May 16, 2011

P/S:Cikguku bernama Terry Mikhail


United Kingdom…..

        “Jasmine….jas..please..let me explain to you..please…I begging you..” rayu Terry.“Terry..our relationship is over.”Jasmine cuba untuk melepaskan lengannya daripada pautan tunangnya,Terry.”Jasmine,let me explain about this matter.There is nothing special between me and  Tania.Believe me.Please..”Jelas Terry dengan bersungguh-sungguh.

        “Shame on you Terry.You know that you are everything to me.Now,let me go.Let go of me.”teriak Jasmine lalu melepaskan genggaman Terry yang dari tadinya memaut erat tangannya.Dalam kesamaran malam,Jasmine cuba untuk menjauhkan dirinya daripada Terry.Hatinya bagaikan retak seribu apabila melihat Terry bermesraan bersama kawan baiknya sendiri,kawan yang amat dipercayainya.”Jasmine!Wait”Terry cuba untuk mengejar Jasmine.

         Namun semuanya tiba-tiba berubah menjadi mimpi buruk.”HON!!!!!!”kendegaran bunyi hon daripada kenderaan jenis BMW memecah kesunyian malam di Hyde Park.Semuanya berlaku dengan pantas dan sekelip mata.”Jasmine!!!”Terry segera mendapatkan Jasmine yang terdampar lemah di permukaan jalan raya.

         “Jasmine,please don’t leave me again.Please Jasmine.I begging you.Hold your breath dear!”Terry memangku Jasmine yang kelihatan tercungap-cungap dan hanya menunggu sakaratul maut untuk menjemputnya.Wajah Terry ditatap lama.Wajah yang dia amat rindui dan sayangi itu.Dia yakin Terry bukannya lelaki sebegitu.Dia yakin.Namun,perasaan cemburu dan ego yang menghalang hatinya untuk tidak mempercayai itu semua.

          Hujan rintik-rintik mulai turun membasahi isi bumi.Pandangan Jasmine menjadi kabur.Dia sedar waktunya sudah tiba.Genggaman tangannya terlepas saat matanya tertutup rapi buat selamanya.”Jasmine!Jasmine!Jasmine!please…don’t do this to me.Jasmine!”
----------------------------------------------------------------------
 5 tahun kemudian….(Malaysia)

        “Ya Allah,bahangnya hari ni.Bilalah agaknya hujan akan turun untuk meredakan sikit tahap kepanasan ni.”rungut Aisyah sendirian di dalam hatinya.Namun dia masih bersyukur kerana masih berpeluang untuk terus menghirup udara di setiap detik yang berlalu dalam hidupnya.

         “Aisyah”kedengaran suatu suara memecah lamunannya.”Eh,Humaira.Dari mana kau datang ni?Naik terkeluar semua organ aku tau bila kau tegur aku tadi.Nasib baik aku takda “attack heart.””Hah,berangankan apa tu cik akak oi sampai “heart attack tersasul sampai ke “attack heart?”tanya Humaira spontan.”Takda  apa-apa, Ira.Cuma hari ni panaskan?”tanya Aisyah .”Biasalah Syah,Malaysiakan negara yang mempunyai cuaca panas dan lembab sepanjang tahun.”selamba Ira menjawab.Maklumlah Ira merupakan pelajar yang “expert” dalam Geografi.

         “Kring!!!’kedengaran loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat.Aisyah dan Humaira membuka langkah seribu kerana selepas ini adalah kelas “si singa” iaitu Cikgu Zairi.Siapa saja tak takut pada Cikgu Zairi.Garang macam singa.

         Sedang mereka sedang sibuk mengejar waktu yang berlalu untuk segera masuk ke kelas Cikgu Zairi.Tiba-tiba Aisyah terlanggar seseorang.”Ouch!!watch where you going young girl.”bagai dipanah petir Aisyah dibuatnya.Terus dia mengalihkan pandangannya ke arah suara tersebut.”Hei!!”suaranya bagaikan tersekat saat matanya terpaut akan jejaka yang berada dihadapannya itu.”erm…ah..”.”Hello young lady.Hello!”lamunan Aisyah terhenti saat dia terdengar suara itu kembali.

         Aisyah terus mempercepatkan langkahnya.Hatinya berdetap kencang.Sepasang mata biru itu memang tidak dapat lari daripada ingatannya.Hatinya bagai dipanah sang asmara.Setibanya di kelas,Humaira menghembuskan nafas kelegaan kerana “si singa” tidak hadir lagi.”Fuh..nasib baik.”ngomel Humaira sendirian.

         Namun Humaira terkesima sebentar apabila pandangannya tertangkap pada seorang jejaka di luar kelas.”Syah…syah…tu bu..kan ke mat salleh yang kita langgar tadi.”sebutir demi sebutir bait kata yang keluar daripada mulut Humaira.Maklumlah Humaira ini kalau tengah tension atau terkejut terus jadi gagap nak bercakap

        “Haah..betullah Ira.Apa dia buat kat sini ek?”pelbagai soalan terus menerjah dalam fikiran Aisyah.”Hurm..entah-entah dia budak kelas baru kita kot Syah.Hurm..aku agak minatlah dengan dia.Dahlah badan tegap,sasa,mata dia pulak biru.”puji Humaira seorang diri.

        “Good morning class.”suara itu sememangnya membuatkan jantung Aisyah berdetap kencang bak basikal the rocket pocket man Malaysia iaitu Azizulhasni Awang.Dia kenal akan suara itu.Pandangannya terus beralih ke arah jejaka yang berada di hadapannya itu.”DIA!!!”bagaikan tidak percaya Aisyah dibuatnya.

        “Alright class,my name is Terry Mikhail.From now on i will be in charge for your English class.Encik Zairi have been transferred to a new school.So,I will be your English teacher.Is there any questions?”kelas yang tadinya hiruk-pikuk dengan jeritan para pelajar kini bertukar menjadi sepi apabila cikgu Terry memperkenalkan dirinya.

         Kehadiran Cikgu Terry sememangnya membolehkan mereka para pelajar menarik nafas lega kerana azab mereka bersama dengan “si singa” sudah berakhir.Mereka berasa selasa apabila Cikgu Terry mengajar mereka.Mereka seronok dan terhibur.
----------------------------------------------------------------------
Keesokkan harinya,ketika Aisyah sedang memakir motosikalnya,dia ternampak wajah kacukan cina-mat salleh itu lagi.”Cikgu Terry!”hatinya berbunga apabila ternampak akan cikgu Terry.Entah kenapa.Dia juga tidak tahu.Lama dia menatap wajah itu disebalik pohon cemara itu.Sehinggalah….

       “Assalamualaikum,young lady.”suara itu membuat Aisyah terkaku sebentar.Dia kenal benar dengan suara itu.”Hah..waalaikumusalam cikgu Terry.”tergagap-gagap Aisyah membalas salam cikgu Terry.”Apa awk buat di sini?Bukankah awak Aisyah daripada kelas 5 Oxford?”tanya cikgu Terry untuk kepastian.”Ya,saya Aisyah cikgu Terry”.

       “Hah,terlupa pula saya.Ni buku awakkan Aisyah?”hulur cikgu Terry.”Ya,ni buku saya.Macam mana boleh berada dalam tangan cikgu?”soalnya kembali.”Hurm..remember that day?You accidentally hit me.”soalan yang ditujukan itu sememangnya membuatkan wajah Aisyah bertukar menjadi merah kerana malu.

        “Sorry about that teacher.I was in rush.”Aisyah cuba memberikan penjelasan.”It is ok with that Aisyah.Next time be careful”.Nasihat cikgu Terry.Lama cikgu Terry menatap wajah Aisyah.Ingatannya melayang jauh kepada tunangnya,Jasmine tatkala melihat wajah putih salju dihadapannya itu.Aisyah perasan akan perubahan pada riak muka cikgu Terry.

         “Jasmine,is that you?”soalan yang terpacul keluar daripada bibir cikgu Terry membingungkan lagi Aisyah.”Cikgu,are you okay?”soal Aisyah.”Erm…nothing.I got to go Aisyah.See you in class”.Cikgu Terry terus berlalu daripada situ dengan meninggalkan seribu satu pertanyaan di benak kepala Aisyah.”Jasmine?”soal Aisyah pada dirinya.
----------------------------------------------------------------------
Keesokkan harinya,ketika cikgu Terry dalam perjalanan ke sekolah,matanya tertangkap pada seorang gadis yang berada di tepi jalan.Dia memberhentikan motosikal berkuasa besarnya,Kawasaki berhampiran dengan gadis tersebut.Alangkah terkejutnya dia bahawa gadis itu adalah Aisyah.”What wrong Aisyah?”tanya cikgu Terry seperti penyiasat CSI pula.”My bike.”jawab Aisyah selamba.”Let me help you Aisyah.”cikgu Terry menghulurkan tangannya untuk membantu Aisyah.

         Ketika cikgu Terry sedang sibuk membaiki motosikal Aisyah,kedengaran suara dentuman petir menghiasi samudera.Tiba-tiba Aisyah terus mendakap cikgu Terry kerana dia begitu takut dan terkejut.”Aisyah,kenapa ni?Awak takut?”cikgu Terry hanya mampu membiarkan Aisyah mendakap tubuhnya.Dia tahu Aisyah ketakutan.Gadis ini sememangnya membuatkan dia teringat akan tunangnya,Jasmine.

         Cikgu Terry terus terjaga daripada lamunannya.Tanpa dia sedari,Aisyah terlelap dalam dakapannya“Astarfilahalazim.Aisyah,awk demam ni.”lantas Cikgu Terry terus mengendong Aisyah,dia gagahkan dirinya untuk membawa Aisyah ke klinik berdekatan.
----------------------------------------------------------------------
Aisyah membuka matanya perlahan-lahan.Terasa perit di tekaknya.Mungkin dia kehausan.Dia melihat disekelilingnya.Pandangannya masih kabur.Dia memalingkan wajahnya ke arah kanan.Hatinya berdetap kencang pabila tertatap wajah yang seringkali membawa ketenagan pada dirinya.”Cikgu Terry!”bisik hatinya.Kelihatan cikgu Terry nyenyak diulik mimpi.Aisyah mengusap anak rambut cikgu Terry.

        Cikgu Terry yang tadinya nyenyak diulik mimpi tersedar tatkala merasa rambutnya diusap perlahan.”Eh,Aisyah you already awake?”tanyanya.”Yes,teacher.”lega cikgu Terry pabila mendengar jawapan itu.Lirikan senyuman yang terpamir dibibir merah Aisyah mengingatkannya pada Jasmine.Lamunannya terhenti pabila Aisyah menanyakannya soalan,”cikgu Terry,macam mana saya boleh berada di sini? ”Aisyah,sebenarnya tadi awak terkejut  bila awak dengar petir,tu yang awak pengsan.Saya rasa awak “shock”.Lagipun awak demam sikit.Doktor nasihatkan awak berehat.Jadi awak tak perlu hadir untuk beberapa hari ke sekolah”nasihat cikgu Terry.”Sebenarnya cikgu Terry,saya kalau dengar petir memang saya pengsan.Saya ni penakut sikit cikgu.”senyumnya sendirian dengan penjelasannya kerana dia memang penakut.

        “Tak mengapa.Awak rehatlah dulu ye?Nah,saya ada belikan awak bubur ayam.Sedap tau.Saya suapkan awak.cikgu Terry menyuapkan bubur ke mulut Aisyah.Dia ingin memastikan Aisyah kembali sihat seperti sediakala.Mereka saling bersuap-suap.Alangkah bahagianya mereka.
----------------------------------------------------------------------
Hubungan antara Aisyah dan cikgu Terry semakin hari semakin akrab.Mereka sungguh bahagia.Aisyah sering mengajak rakan-rakannya untuk belajar bersama-sama dengan cikgu Terry untuk subjek bahasa Inggeris.Meraka semua belajar bersungguh-sungguh kerana SPM hanya tinggal sebulan saja lagi.

        “Syah…hujung minggu ni kita pergi main go-kart.Nak tak?Release tension.Kau ajak sekali cikgu Terry.”ajak Humaira.”Haah..syok jugakan kalau pergi main go-kart.Okey,nanti aku ajak cikgu Terry sekali”kata Aisyah.Aisyah terus mendapatkan telefon bimbitnya di dalam begnya lalu mendail nombor cikgu Terry.

        KRINGG!!!!!cikgu Terry mencapai telefon bimbitnya yang berada berdekatan dengannya lalu menekan punat yang berwarna hijau.”Assalamualaikum Aisyah.”kata cikgu Terry.”Waalaikumusalam,teacher.Teacher do you free this weekend?”soal Aisyah.”Yes of course.Why Aisyah?”tanyanya kembali.”Let’s go for a go-kart race.It will be fun.”beritahu Aisyah.”Insyallah Aisyah.Okay,I meet you there this Sunday at 3 p.m.”cikgu Terry memberikan cadangan.
----------------------------------------------------------------------
Waktu menunjukkan jam 4.30 petang.Namun kelibat cikgu Terry masih belum kelihatan.Aisyah menjadi resah.”Hish..mana ni cikgu Terry”rungutnya seorang diri.”Sabar Syah.Tak lama lagi sampailah dia tu.”kata Humaira untuk menyedapakan hati rakannya itu.Lama mereka menunggu akan kehadiran cikgu Terry namun dirinya masih belum hadir.Tiba-tiba mereka disapa dengan satu suara.”Hello,are you Aisyah?”Aisyah terus memalingkan wajahnya ke arah suara yang memanggilnya.”Yes,I am Aisyah”.perkenal Aisyah.”I am Danny,Terry brother.Terry is admitted to hospital just now.”hampir gugur jantung Aisyah dibuatnya apabila mendengar berita tersebut.”But why?”tanya Aisyah untuk kepastian.”Actually Terry was facing brain cancer for the past two years.Now he is now  in ICU,Aisyah.”Aisyah seperti tidak keruan mendengar penjelasan daripada Danny.

        Aisyah terus berlari ke arah motosikalnya.Dia terus memacu laju motosikalnya menuju ke hospital.Sepanjang perjalanannya ke hospital,terkenang kembali nostalgianya bersama cikgu Terry.Mutiara hangat terus mengalir membasahi pipi gebunya.

        Setibanya dia di Hospital Putra.Dia terus mempercepatkan langkahnya menuju ke ICU untuk melihat keadaan cikgu Terry.Sayu hatinya apabila melihat keadaan cikgu Terry.Dia duduk di sisi cikgu Terry.Berdoa dan berharap cikgu Terry akan sihat seperti sediakala.Hatinya dirundum pilu.

        Diusap perlahan tangan itu.Mutiara jernih terus mengalir membasahi pipi.”Terry,bangun.Terry kena kuat.Macam Terry selalu pesan kat Aisyah.Terry,bangunlah.Aisyah bawakan bubur ayam.Kegemaran Terry.”esakan kecil itu seperti tersekat-sekat tatkala melihat derita yang hharus ditempuhi cikgu Terry.Lama dia tatap wajah yang disayangi itu.
----------------------------------------------------------------------
“Aisyah,macam mana nak makan benda ni?Maksud saya benda yang berkuah dan ada ketul-ketul dalamnya”tanya cikgu Terry.”Hehehehe…cikgu Terry,ni pengat pisang.Cara makannya macam ni.Ambik sudu dan terus masuk dalam mulut cikgu.Cuba cikgu rasa.Sedap tau.”kata Aisyah untuk menyakinkan cikgu Terry.”Okey,saya cuba tau.”cikgu Terry terus menyuapkan pengat pisang ke dalam mulutnya sambil membuat pelbagai memik mukanya.”Sedap tak cikgu?”tanya Aisyah.”Eh…sedap jugakan pe..ngat ni.”kata cikgu Terry sambil tersenyum.Ketika cikgu Terry sibuk mencuba pengat itu lagi,Aisyah mencuitkan sedikit pengat itu dipipi cikgu Terry.”Hah,ambik ni.Baru nampak comel sikit dah make up.”cikgu Terry terus mengeleteknya apabila Aisyah meletakkan “make up kat pipinya”.”Make up ek.Nah ambik ni.”

        “Aisyah,awak minat tak main go-kart?”soal cikgu Terry.”Eh,yang macam Micheal Schumacher ke cikgu?bestnya.Tapi saya tak reti bawak go-kartlah cikgu.”jawab Aisyah.”Bukan macam Micheal Schumacher punya kereta.Hampir sama.Jom,saya ajar awak macam mana.”terang cikgu Terry sambil mencuit hidung mancung Aisyah.”Oh,dia cuit hidung saya eh.Siap dia.Mari sini.”gurau Aisyah sambil memukul manja cikgu Terry.Gelakkan mereka menghiasi litar Go-kart di Sepang.

        “Aisyah.”sapaan Humaira sememangnya mengejutkan Aisyah daripada lamunan panjangnya.”Eh,Ira”jawab Aisyah sambil mengelap mutiara jernih yang mula mengalir dari tadi.”Syah,bersabar ya.Aku pasti cikgu Terry akan sembuh seperti sediakala.Percayalah.Sekarang ni kita harus cemerlang dalam SPM kita.SPM kita tinggal berapa minggu saja lagi.Come on Syah.Jangan terus begini.Kau kena buat dia bangga dengan kau Aisyah.”nasihat Humaira yang mula resah melihat keadaan Aisyah.
----------------------------------------------------------------------
4 bulan kemudian……

         Suara gelak ketawa dan keceriaan menghiasi dewan SMK Pettersan.Hampir kesemua calon SPM mencapai target straight A dalam SPM mereka.Mereka semua melompat kegembiraan.Aisyah merupakan pelajar cemerlang sekolah mereka.

         Ketika Aisyah sedang duduk bersendirian di taman berhampiran dewan.Danny hadir disebelahnya.”Aisyah,what are you doing here all alone?”tanya Danny.”Nothing Danny.I just remembered about your  brother,Terry.I miss him.I miss his laugh.I miss his cheer.Everthing Danny.”jawab Aisyah sambil wajahnya ditundukkan ke bawah.”Don’t be sad Aisyah.It is time for him to go.Just let it be.Actually Terry ask me to give this letter to you.He wrote this letter for you Aisyah before he passed away.”Danny menghulurkan surat yang diamatkan oleh abngnya kepada Aisyah.

         Tangan Aisyah terketar-ketar tatkala ingin menerima surat tersebut daripada Danny.Sejurus saja Danny berlalu daripada situ,Aisyah membuka surat tersebut.

Assalamualaikum Aisyah,
Saya harap awak reda di atas pemergian saya.Memang sudah lama saya menghidap barah otak.Tapi saya tak sampai hati ingin memberitahu awak.Saya tak mahu awak sedih kerana saya.Saya ingin melihat awak sentiasa tersenyum ceria siang dan malam hari awak.Saya ingin melihat awak bahagia.Aisyah,sebenar ada satu perkara yang ingin saya beritahu dengan awak.Jasmine?pasti awak tertanya siapa wanita tersebut.Wanita tersebut adalah tunang saya ketika di London dahulu.Dia telah meninggal dunia akibat langgar lari.Dialah yang membuatkan saya tertarik dengan Islam.Setelah kejadian itu,saya nekad untuk berpindah ke Malaysia dengan tujuan untuk melupakan apa yang telah berlaku di London.Namun kejadian itu seringkali menghantui saya Aisyah.Kalau awak ingin tahu wajahnya saling tak tumpah seperti awak Aisyah.Sebab itu pabila saya lihat awak.Saya pasti akan teringatkan Jasmine.Saya sentiasa berdoa kepada Allah swt agar mempertemukan saya dengan wanita seperti Jasmine.Akhirnya saya temui juga wanita itu dan wanita itu bernama Asiayah.Aisyah terima kasih kerana awak telah membahagiakan hati ini walaupun untuk sementara Aisyah.Betapa saya bersyukur kerana di saat saya akan dijemput sakaratulmaut,masih ada yang ingin menyayangi diri saya.Saya bahagia Aisyah.Terima kasih kerana mengajar saya bagaimana hendak makan pengat pisang.Sedap betul pengat pisang tu Aisyah.Aisyah izinkan saya melafazkan apa yang saya pendam selama ini Aisyah.Aisyah I love you.Kalau boleh saya memberhentikan waktu ni daripada terus beredar memakan tempoh hayat yang saya masih apa.Pasti saya akan memberhentikannya.Namun,apakan daya.Saya hanya manusia biasa Aisyah.Aisyah saya harap awak akan teruskan kehidupan awak walaupun saya tiada di sisi untuk menemani jaga dan tidur awak.Hah.saya ada tulis puisi untuk awak.Awak yang ajar saya menulis puisikn?Puisi ni khas untuk awak.


Rintik hujan membasahi bumi,
Aku masih rasa kehangatannya,
Angin bayu terus berlalu menyampaikan salam si dia,
Sendirian aku terus berjalan menuju yang tidak pasti,
Jangan dikau takut sayang,
Aku akan terus mendakapmu,
Pejamkan mata,
Bisikan namaku,
Aku pasti di sisi menemanimu sayang.

No comments: