Mereka Awesome :)

Friday, July 13, 2012

Peluang Kedua..


 Assalamualaikum..hari ini aku kembali mengetuk papan kekunci setelah idea di kotak fikiran datang kembali bersatu membentuk kata-kata.Alhamdullilah masih aku diberi peluang untuk memerahkan idea dan pendapat yang sentiasa berputar di kotak fikiran.Kadang-kadang sukar untuk aku luahkan melalui bicara mata ke mata.Mungkin aku lebih selesa menulis luahan isi hati dengan mengetuk papan kekunci atau hanya penulisan antara pen dan si kertas putih.Jadi hari ini ramai antara rakan-rakan ku sudah pun memperolehi keputusan mereka untuk meneruskan pengajian mereka di peringkat Ijazah atau dalam bahasa "mat salleh" degree.Taniah kepada mereka yang berjaya dengan apa yang kalian pilih atau mungkin menjadi cita-cita kalian sejak masih kecil lagi.Bagi mereka yang tidak berjaya mendapat apa yang diingini jangan berasa putus asa atau kecewa.Allah s.w.t. telah tetapkan yang terbaik untuk kalian sejak kalian lahir ke dunia.Allah s.w.t.tahu apa yang terbaik.Mungkin ada yang senyum kegembiraan..mungkin ada yang menangis tidak henti kerana kecewa.Mungkin bukan pilihan hati yang akan menjadi penyelamat dan kejayaan di masa hadapan.

Bagi mereka yang berjaya untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah.Teruskan usaha anda sehingga ke garisan penamat.Jangan pernah berputus asa walaupun tersungkur dan luka.Bangun dan terus berlari seperti berputarnya bumi mengikut orbitnya.Aku akui.Aku hanyalah seorang pelajar biasa.Pengalaman telah banyak mendewasakan aku.Mungkin aku pernah menyesal dibelakang hari kerana aku tidak bersungguh-sungguh.Tapi alhamdullilah Allah s.w.t telah memberikan aku peluang kedua dalam mencapai cita-cita aku kembali.Aku akan gunakan peluang ini sebaik mungkin.Takkan aku sia-siakan peluang yang telah diberikan.Buat teman-teman aku  yang bakal meneruskan pengajian di bumi kenyalang (UNIMAS),berusahalah bersungguh-sungguh kerana kita akan menjadi harapan ibu bapa,bangsa,agama dan negara pada masa hadapan.Teruskan usaha kalian.Insyallah jikaada rezeki kita jumpa lagi.

Tahniah! Saudara/saudari telah berjaya melanjutkan pengajian ke program Ijazah Sarjana Muda UNIMAS. Saudara/saudari telah ditawarkan program seperti berikut:

Program : Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Bioteknologi Sumber)(WS47)
Sesi Kemasukan : 2012/2013-1

Ini adalah kos yang aku dapat untuk meneruskan pengajian di peringkat Ijazah.Alhamdullilah.Masih aku bersyukur.Walaupun aku tidak menyambung pelajaran aku di UNIMAS.Tapi UNIMAS tetap di hati aku.Banyak pengalaman yang telah aku dapat sepanjang aku bermusafir di Sarawak dan aku bersyukur kerana diberi kesempatan untuk merantau dan belajar di Sarawak.Aku akan lebih berusaha dengan peluang kedua yang aku dapat.Insyallah.Doakan aku berjaya di sana.Kini aku aturkan langkah kanan dalam mengejar cita-cita ku.Jika aku berkesempatan lagi aku akan kembali ke Sarawak.Insyallah.Semoga kejayaan mengiringi rakan-rakan ku yang tersayang di UNIMAS.Amin.Sampai di sini dahulu coretan ku buat kalian.Semoga berjumpa lagi di coretan yang akan datang.

Perantau Bumi Kenyalang,
Asreen As Dedeq

No comments: