Mereka Awesome :)

Monday, October 31, 2011

Lova Quicksilver Baggy

         Assalamualaikum awak semua...apa khabar?areen harap awak semua dalam keadaan yang sihat walafiat.okay pasal entri areen kali ini.areen nak bagitahu yang areen suka sangat-sangat design baggy Quicksilver.Ranggi dan stlylish.memang gempaklah.Areen beli baggy tu dekat The Spring,SarawakSebenarnya areen memang dah lama "aim" baggy ni sejak areen sampai Sarawak.Tapi tak pernah terbeli pun.Hari ini areen beli juga.Baggy tu berharga RM199.90.Jadi sebab memang areen dah lama tak beli baggy,so areen belilah untuk dijadikan collection areen kat rumah tu.Terbaik ar.Sedih jugak sebab duit melayang macam tu je.Areen belum pernah guna duit elaun yang diberikan.First time areen guna semata-mata nak beli beg Quicksilver ni.Tapi,bila dipikir-pikirkan kembali areen tak membazir sebab areen akan gunakan baggy tersebut.Jadi,areen memang puas hati ar.Sedang asyik areen dan dorathy membelek0belek baju,areen ternampak lecturer areen.Haish..apalagi kaku semacamlah.areen ni memang pemalu..ahahahha..mesti korang pelikkan.muka areen rockers but hati macam bacteria Shirota dalam Yakult.ahahahha..Anyway,terima kasih kepada kawan-kawan kerana sudi teman dan memberi pendapat mengenai baggy areen (Dorathy As Dedeq,Phillomena Jane and last but not least Amii Affandi.Sayang awak semua.

Quicksilver Baggy....

We are dedeq Family...

Super Duper Sisters

Amii Affandi Stereo Heart....

        Alright guys...sampai di sini sahaja coretan.erm..sebenarnya conteng-conteng saja sebab cerita areen ringkas saja untuk kali ini.Tak tahu nak coret apa lagi.Hope awak semua enjoy.There are couples of pictures for awak semua from Sarawak.Sayang awak semua.Take care awak semua.Assalamualaikum..

Salam Perantau Bumi Kenyalang,
asreen as dedeq


Friday, October 28, 2011

Salam Terakhir... : (

Bismilahirrahmanirahim...........

                                                                   Gambar Hiasan
     
     Pada 4 Februari 1993,aku dilahirkan ke dunia.Kehadiranku disambut dengan begitu meriah.Pelukan mesranya tak mampu aku tolak walaupun sesaat.Di saat mummy dan daddy ke tempat kerja,aku bersama si dia.Diari yang setelah sekian lamanya terpahat sepanjang 18 tahun ni,aku buka kembali untuk aku kenang setelah sekian lamanya aku tidak belek.....aku mulakan coretan...

Januari 2000

    Aku bangga kerana buat pertama kalinya aku masuk sekolah.Bangga tapi aku menangis.Hahahaha..Macam mana tu.Namun disebalik kesedihan tu,dia datang memujukku.Membisikkan kata-kata semangat untuk terus belajar tanpa henti agar aku bisa mencapai cita-cita aku.Kehadiran aku pada setiap hujung minggu ke rumahnya bisa membuatkan aku tersenyum lebar.Berpisah dengannya walaupun seketika untuk pulang ke kotaraya semula satu kesedihan.Aku tak mampu.Tatkala aku kesejukan di malam hari,pelukan hangat diberikan.Tatkala aku kelaparan,tangan kasar itu setia menyuapkan nasi ke mulut ni.Tatkala diri ni luka kerana nakal,dia yang mengubati.Mana bisa aku lupakan.Esakan kecil yang ku utarakan diredakan dengan pelukan mesra yang erat.

Januari 2011

   Kini aku sudah meningkat remaja.Mungkin aku sukar menunjukkan kasih sayang yang selama ni aku ukirkan di hati ni.Aku sukar berkata "SAYANG" pada dirinya.Aku sudah besar panjang.Mungkin aku malu untuk dipeluk.Tapi aku rindu pelukan hangat itu.Aku bukannya seperti remaja lain yang bisa menunjukkan rasa sayangnya.Aku tidak pandai menunjukkan rasa itu.Tapi bagaimana???aku rindu saat dan detik pelukan hangat itu.Aku bukannya seperti mereka yang lain.Kadangkala menunjukkan rasa "PALSU" semata-mata.Aku tulus dan ikhlas.

18 October 2011....

   Telefon yang berdering tatkala malam sunyi menyadarkan aku daripada tidur yang lena.Suara yang ku kenal menyuarakan sesuatu.Hati di saat itu rasa seperti ingin menjerit dan meraung yang tiada hentinya.Mencuba untuk berkata ini hanya sebuah mimpi dan illusi semata-mata.Namun aku tidak boleh lari daripada realiti kehidupan.Sudah menjadi jalan penceritaan kehidupan setiap manusia di atas muka bumi ini.Aku redha dengan apa yang berlaku.Aku tenang.Meskipun aku tidak sempat melihat dirinya buat kali terakhir.Dia tetap berada dekat dihatiku.Selamanya.....

     
Coretan Surat Buat Si Dia Yang Tersayang.....


          Mak (panggilan bagi nenek)...lepas ni kan tak ada siapa lagi yang akan masakan masak lemak cili api dan nasi lemak bungkus daun pisang untuk akak lagi.Itu semua makanan kegemaran akak.Akak rindukan mak.Maafkan akak mak sebab kadang-kadang akak susah nak tunjukkan kasih sayang akak pada mak.Akak tak tahu macam mana nak curahkan kasih sayang akak pada mak.Masih terbayang-bayang lagi akak suapkan mak ketupat dengan sayur lodeh masa hari raya hari tu.Akak tak sangka itu merupakan suapan terakhir akak untuk mak.Tapi akak bangga sebab akak dapat suap mak sebelum akak balik semula ke Sarawak.Gambar akak yang mak simpan dan tatap bila mak rindukan akak...akak akan simpan gambar tu baik-baik.Kenapa mak tak cakap mak rindukan akak?atau mungkin akak terlalu sibuk dengan pelajaran akak sampai akak tak pernah nak ambil tahu.Maish terngiang dan terbayang wajah mak disetiap mimpi-mimpi akak.Rasanya baru semalam kita berjumpa mak.Tapi,mak dah tiada lagi.Masih akak ingat lagi masa zaman akak kecik-kecik dulu.Memang nakal.Suka buat mak susah.Ingat tak lagi mak dagu akak terkoyak sebab terhentak kat batu.Masa tu mak membebel marah akak.Memang degil akak ni mak.Pukul 2 petang baru nak mandi.Lepas tu,mak ingat tak masa "chewing gum" tersekat kat rambut akak sebab akak lilitkan "chewing gum" tu kat rambut akak..hahahaha..kelakarkan mak.Mak letakkan minyak masak supaya "chewing gum" tu senang tanggal walaupun mak membebel.Masa akak sakit,mak gagahkan juga diri mak untuk menjenguk akak kat hospital.Walaupun mak tak sihat.Maafkan akak mak.Semasa mak sakit,akak tak balik dan jenguk mak pun.Maafkan akak mak.Mak....akak ingat lagi,kalau akak pergi McDonald,akak mesti belikan mak aiskrim.Suka mak bila dapat aiskrim.Lepas tu makan sama-sama mak.Banyakkan kenangan kita bersama mak.Tak mampu untuk akak lupakan.Sekarang mak dah tiada.Kalau akak lalu depan rumah,kerusi palstik yang mak selalu duduk pun kosong.Kalau dulu akak lalu mak ada.Walaupun mak sorang-sorang,mak tak kisah pun.Dulu akak selalu pelik kenapa kalau akak ajak tidur kat rumah akak mak tak nak.Sebab mak sayangkan rumah mak.Akhir kata akak untuk mak...Terima kasih mak sebab menjaga akak dari akak kecik sampai akak besar.Satu perkara yang akak nak mak tahu...akak sayang mak sangat-sangat.Terima kasih kerana selalu buat akak tersenyum.Semoga mak tenang disana.Berada bersama-sama orang yang beriman.Semoga roh mak dicucuri rahmat.Al-Fatihah.......




Lirik Lagu Warkah - Hafiz, Aril, Akim, Maulana & Aznil

Terdetik diriku tersungkur
Kau juang menyambut gagahan tanganku
Akanku abadikan pengorbanan cintamu padaku
Sentiasaku berdoa memanjatkan syukur

Oh Tuhan tunjukkan padanya cintaku
Tempatkan dia di syurgaMu
Penuh dengan rahmatMu

Sungguh ku tak mampu membalas cintanya
Oh Tuhan damaikan hidup dan matinya

Oh terdetik tika kau terluka
Kau simpan tangisan di dalam hatimu
Maafkanlah semua kesilapan
Yang telah aku lakukan
Takkan ku persiakan segala harapan

Oh Tuhan tunjukkan padanya cintaku
Tempatkan dia di syurgaMu
Penuh dengan rahmatMu

Sungguh ku tak mampu membalas cintanya
Oh tuhan damaikan hidup dan matinya 









Salam perantau bumi kenyalang,
asreen as dedeq.....

  

Saturday, October 15, 2011

I Miss my "Dak Kecik And Mr.N.I.P.S"....

Assalamualaikum awak semua...apa khabar awak semua..areen harap awak semua dalam keadaan yang sihat walafiat..areen kat Sarawak ni baik saja...areen rindu sangat-sangat dengan family areen yang dekat semenanjung nun di sana tu...nasib baik areen dah siapkan awal semua assignment..so..i got some time to update my kerek blog ni..hahahaha..kerek tu maksudnya poyo...okay..you guys dah bacakan tajuk kat atas tu kan..apa kena-mengena "Dak Kecik" and "N.I.P.S. C.H.O.C.O.L.A.T.E?"Okay,let's begin my coretan as usual...

I miss my "Dak Kecik"..This is him...Arell Miqael...

Dah lama tak jumpa my hero yang satu ni..rindu mula menguasai diri ni..Manakan tidak..kalau areen balik daripada Sarawak saja..dialah orang pertama yang areen akan cari..sangat2 rindu dengan arell speedo ni..dialah penghibur hati ni di waktu suka dan duka..Tak kira macam mana penat pun areen..areen akan pastikan arell sentiasa happy..agaknya dia macam mana sekarang an..mesti dah macam besarkan?(takkan ar makin kecilkan?pelik bin ajaib tu..hahaha)hari tu daddy dia cakap dia demam..kesiannya dia.Arell kalau dah demam memang takde mood dan akan takde selera makan..kesiannya my hero yang satu ni..arell suka main braces areen kalau dia nampak..hahahaha..miss u so much hero...can't wait to see you this end of the year..wait for me "Dak Kecik"...

This Is Mr.NIPS?are u kidding???Nope...Secret...


Okay...First session dah done..it is about my hero actually,Arell Miqael...and lastly..here comes the last session.."Mr.N.I.P.S "...okay..areen tak pernah cerita pasal dia..but dia adalah person yang buat areen jatuh cinta dengan NIPS Chocolate...so..sejak kebelakangan ini..areen asyik makan NIPS saja sebab teringatkan dia..seriously..at the first place...areen suka makan M&M Chocolate...memang mahal..but sejak Mr.NIPS bagi as Chocolate ni..i love to eat this chocolate..seriously..Actually,Mr.NIPS bagi chocolate ni masa hari jadi areen tahun lepas masa dekat MRSM Batu Pahat..Kalau dia bagi chocolate kat areen dia tak pernah tanggalkan harga..areen tanya sebab apa..dia cakap camni "sebab saya nak awak tahu berapa harganya".hahaaha..lawaklah..kalau dia takde apa2 nak bagi areen..NIPS Chocolate adalah hadiah yang dia akan bagi dekat areen..Mr.NIPS sentiasa bagi semangat untuk areen terus belajar.Dia banyak mencurahkan ilmu dekat areen..jasa dia tak mampu areen balas..Tabik Spring dekat Mr.NIPS..Sehingga hari terakhir areen dekat sekolah  pun Mr.NIPS tetap menghadiahkan NIPS kepada areen...Thanks for everything that you have done Mr.NIPS...i get great results for your subject...You inspired me to study hard to achieve my dreams...Thanks Mr.NIPS...I will never forget you... 

Okay ar awak semua..sampai di sini sahaja coretan areen..i will update my blog after my final exam..wish me good luck..pray for me guys..semoga areen akan mendapat keputusan cemerlang dalam final exam nanti..insyallah..amin...love you guys so much..till then..assalamualaikum...

                                                                                                                 

Salam Perantau Bumi Kenyalang,
asreen as dedeq

Sunday, October 9, 2011

Dia atau Kamu.... Aku Coretkan....



Langit jingga melimpah sinar,
menerangi suasana sore,
angin bayu bertiup sempoi,
menyampaikan salam si dia,

Diari yang ku coretkan,
masih setia dalam genggaman,
ceritera kau dan aku sekian lamanya,
masih tersimpan rapi dalam genggaman,

Mengimbas kembali nostalgia itu,
bisa membuatkan bibir ini mencorak senyuman,
meskipun ia pahit atau manis,
hati berkata..."aku pasti kembali",
diari itu ditutup rapi,
membiarkan persoalan tanpa jawapan pasti,

10 tahun selepas itu.....

Kini,
aku kembali,
masihkah wujud kenangan lalu itu,
setelah sekian lamanya,

Masihkan dirimu di situ?
menghidupkan kembali nostalgia yang ku tinggalkan...
membuka kembali ceritera kau dan aku,
terjawabkah semua persoalan yang dikau tinggalkan,
suatu masa dahulu?

P/S:Assalamualaikum awak semua...tengah areen duduk bersendirian + study biology..tiba2 areen dapat ilham untuk menulis puisi ni..yup memang dah lama areen tak menulis puisi...puisi ni ada kesudahan..wait for my new cerpen entitled "Driver ku 360 degree" untuk mengetahui persoalan itu terungkap or not...see ya soon..assalamualaikum



Saturday, October 1, 2011

Kamu Semua Terbaek : )

Assalamualaikum awak semua...apa khabar???huhu..memang dah lama betul areen tak update blog areen ni..dah bersarang tahap maksimum dah blog areen ni.sori sebab areen agak sibuk dengan assignment yang menimbun serta sukan intersport areen yang dianjurkan di UNIMAS..well..areen masuk basketball..seriously areen memang addicted to basketball dah sekarang ni.sampai beli bolanya..dasyat3x..macam2 pengalaman areen dapat sepanjang naik mid-term balik hari tu.okay...kite akan cerita pasal tajuk kat atas tu.....why kamu semua terbaek?okay let's proceed...excited ni..nak kongsi cerita...

30/09/2011......

I wrote kisah ni untuk tribute tu kawan2 areen yang sanggup share suka dan duka..seriously mereka semua banyak tolong areen..saya sayang mereka...hari semalam adalah pengalaman yang takkan areen lupakan...it was so memorable...areen minta mira razak a.k.a nur kasih (er..korang kena percaya yang ni bukan pelakon nur kasih) hahaha..gurau jew...kenapa areen panggil dia nur kasih?coz masa tu dia temankan areen tengok filem nur kasih kat laptop sampai malam buta senang cerita areen jadi burung hantu ar malam tu..thanks mira razak...then,Diba comel a.k.a miss 18.6 (ni bukan markah pointer)...hehehe..tiqah,zaf dan juga aifa(bukan nama yang penuh)...mereka semua sebenarnya semalam hantar areen ke International Kuching Airport untuk balik ke semenanjung...

Okay selalunya areen suruh pak cik van hantar areen ke airport but this time areen minta tolong mira razak a.k.a nur kasih..hurm..kita semua sewa kereta untuk ke airport. (4.30 petang)..masa tu kami semua minta extend ke pukul 5.00 petang secara spesifiknya sebab nak solat..boleh pula dia marah2..dia kata dia cancel tempahan sewa lain sebab nak bagi kat kiteorang semua..okay..some advice for awk yer pak cik terchenta (ejaan klasik sikit..sentimental ni)hehe..sembayangkan merupakan ibadah fardu ain..k?awak boleh rujukal-quran..k?tolong faham..tak baik melengahkan solat k?okay..kerana kami semua extend ke pukul 5.00 petang kite semua dapat kereta yang dah uzur sangat2..tak tahu tahun berapa kereta tu dikeluarkan..daysyat2...takpa reda jew...mira razak a.k.a nur kasih memulakan pengembaraan..gear kereta tu tak boleh masuk sepenuhnya..so..kereta pun macam mengaum ar..dasyat...sebab berlaku masalah teknikal...jadi diba a.k.a miss 18.6 yang menerukan cabaran..okay..keadaan menjadi stabil..minyak pulak dah macam kering kontang..pergh...nasib baik daddy areen pernah ajar isi minyak..so..areen tolong isikan minyak..bengang betul..rasa nak baham pintu jew...erk...maybe kalau mee goreng lagi sedap..hehehe..saya bukan anai2..ngee~~lepas dah isi minyak terus an journey...flight pukul 6.45 petang...sekarang still 15 minutes away from airport...tayar pulak kurang angin sebab tu rasa berat masa driving..wow..memang tahap gaban punya situasi..so..berhenti kat shell samarahan untuk isi angin tayar..nasib baik ada "KISS" erm....pekerja cafe kat UNIMAS..mereka tolong kita semua..alhamdullilah..memang menakutkan...erk..pernah areen pam tayar but not so expert macam pit crew formula one..huhuhu..then areen keluarkan my Iphone 4 for my pocket jean...

MESEJ DARIPADA "PAK CIK SEWA KERETA"


:MINYAK KERETA TU DAH HABIS..SILA ISI YE..TQ..


Okay ye pak cik..kalau tak bagitahu kami semua dah tahu..kereta sewa memang jarang minyak full..kami faham..terima kasih (ni ejaan yang betul untuk terima kasih)..hehehe..saja je...saiko ar tu..sekarang jam kat tangan dah menunjukkan jam 6.02 petang..so..korang semua tahu ar kan...flight check in mungkin....


Some assumptions from my mind :


*Mungkin areen akan terlepas flight...(sedih je angan2 lari nak peluk family macam ala2 filem industan)
*Atau mungkin dapat masuk flight but lagguage tak lepas (alamatnya berat ar beg masa balik final nanti)
*Atau mungkin areen dapat masuk flight + luggauge (yeah...memamg ajaib ar)


So...masa dah nak sampai airport..areen buat plan yang maybe er..pelik..so...terus an cerita..masa dah sampai depan pintu utama..semua orang keluar daripada kereta..tiqah,zaf,mira razak...bawa lari beg areen lari  pergi scan sebelum check-in kat kaunter..areen ke kaunter untuk daftar..pergh..macam dah the amazing race dah..macam filem hindustan pun ada juga..hehehe..lawak ar..semua orang tengok..apa areen kisah..i got to catch my flight..nasib baik masa areen sampai kat kaunter pendaftar tu baru nak umumkan kaunter ditutup..fuh..alhamdullilah...dapat areen check-in masuk + laggauge...so..my third assumption yang menjadi..nasib baik...areen bersyukur kepada Allah..rasa lega masa tu...so..geng "the amazing race" areen hantar ke gate pelepasan...memang sayu hati areen..kesian mereka..areen bersalaman and peluk mereka..mereka melambai areen..sedih areen..(ceh..macam nak berpisah 5 tahun jek..padahal 3 hari je..hehehe)..so..inilah coretan areen..hehehe..mengenai kamu semua terbaek : )


P/S:Thanks guys..it was so awsome...it was a sweet memory..the moral of the story be prepared for anything unpredictable situations..and teamwork is the most important thing...


Sampai di sini dulu coretan areen buat masa ni...nanti an my new coretan...assalamualaikum...