Mereka Awesome :)

Friday, October 28, 2011

Salam Terakhir... : (

Bismilahirrahmanirahim...........

                                                                   Gambar Hiasan
     
     Pada 4 Februari 1993,aku dilahirkan ke dunia.Kehadiranku disambut dengan begitu meriah.Pelukan mesranya tak mampu aku tolak walaupun sesaat.Di saat mummy dan daddy ke tempat kerja,aku bersama si dia.Diari yang setelah sekian lamanya terpahat sepanjang 18 tahun ni,aku buka kembali untuk aku kenang setelah sekian lamanya aku tidak belek.....aku mulakan coretan...

Januari 2000

    Aku bangga kerana buat pertama kalinya aku masuk sekolah.Bangga tapi aku menangis.Hahahaha..Macam mana tu.Namun disebalik kesedihan tu,dia datang memujukku.Membisikkan kata-kata semangat untuk terus belajar tanpa henti agar aku bisa mencapai cita-cita aku.Kehadiran aku pada setiap hujung minggu ke rumahnya bisa membuatkan aku tersenyum lebar.Berpisah dengannya walaupun seketika untuk pulang ke kotaraya semula satu kesedihan.Aku tak mampu.Tatkala aku kesejukan di malam hari,pelukan hangat diberikan.Tatkala aku kelaparan,tangan kasar itu setia menyuapkan nasi ke mulut ni.Tatkala diri ni luka kerana nakal,dia yang mengubati.Mana bisa aku lupakan.Esakan kecil yang ku utarakan diredakan dengan pelukan mesra yang erat.

Januari 2011

   Kini aku sudah meningkat remaja.Mungkin aku sukar menunjukkan kasih sayang yang selama ni aku ukirkan di hati ni.Aku sukar berkata "SAYANG" pada dirinya.Aku sudah besar panjang.Mungkin aku malu untuk dipeluk.Tapi aku rindu pelukan hangat itu.Aku bukannya seperti remaja lain yang bisa menunjukkan rasa sayangnya.Aku tidak pandai menunjukkan rasa itu.Tapi bagaimana???aku rindu saat dan detik pelukan hangat itu.Aku bukannya seperti mereka yang lain.Kadangkala menunjukkan rasa "PALSU" semata-mata.Aku tulus dan ikhlas.

18 October 2011....

   Telefon yang berdering tatkala malam sunyi menyadarkan aku daripada tidur yang lena.Suara yang ku kenal menyuarakan sesuatu.Hati di saat itu rasa seperti ingin menjerit dan meraung yang tiada hentinya.Mencuba untuk berkata ini hanya sebuah mimpi dan illusi semata-mata.Namun aku tidak boleh lari daripada realiti kehidupan.Sudah menjadi jalan penceritaan kehidupan setiap manusia di atas muka bumi ini.Aku redha dengan apa yang berlaku.Aku tenang.Meskipun aku tidak sempat melihat dirinya buat kali terakhir.Dia tetap berada dekat dihatiku.Selamanya.....

     
Coretan Surat Buat Si Dia Yang Tersayang.....


          Mak (panggilan bagi nenek)...lepas ni kan tak ada siapa lagi yang akan masakan masak lemak cili api dan nasi lemak bungkus daun pisang untuk akak lagi.Itu semua makanan kegemaran akak.Akak rindukan mak.Maafkan akak mak sebab kadang-kadang akak susah nak tunjukkan kasih sayang akak pada mak.Akak tak tahu macam mana nak curahkan kasih sayang akak pada mak.Masih terbayang-bayang lagi akak suapkan mak ketupat dengan sayur lodeh masa hari raya hari tu.Akak tak sangka itu merupakan suapan terakhir akak untuk mak.Tapi akak bangga sebab akak dapat suap mak sebelum akak balik semula ke Sarawak.Gambar akak yang mak simpan dan tatap bila mak rindukan akak...akak akan simpan gambar tu baik-baik.Kenapa mak tak cakap mak rindukan akak?atau mungkin akak terlalu sibuk dengan pelajaran akak sampai akak tak pernah nak ambil tahu.Maish terngiang dan terbayang wajah mak disetiap mimpi-mimpi akak.Rasanya baru semalam kita berjumpa mak.Tapi,mak dah tiada lagi.Masih akak ingat lagi masa zaman akak kecik-kecik dulu.Memang nakal.Suka buat mak susah.Ingat tak lagi mak dagu akak terkoyak sebab terhentak kat batu.Masa tu mak membebel marah akak.Memang degil akak ni mak.Pukul 2 petang baru nak mandi.Lepas tu,mak ingat tak masa "chewing gum" tersekat kat rambut akak sebab akak lilitkan "chewing gum" tu kat rambut akak..hahahaha..kelakarkan mak.Mak letakkan minyak masak supaya "chewing gum" tu senang tanggal walaupun mak membebel.Masa akak sakit,mak gagahkan juga diri mak untuk menjenguk akak kat hospital.Walaupun mak tak sihat.Maafkan akak mak.Semasa mak sakit,akak tak balik dan jenguk mak pun.Maafkan akak mak.Mak....akak ingat lagi,kalau akak pergi McDonald,akak mesti belikan mak aiskrim.Suka mak bila dapat aiskrim.Lepas tu makan sama-sama mak.Banyakkan kenangan kita bersama mak.Tak mampu untuk akak lupakan.Sekarang mak dah tiada.Kalau akak lalu depan rumah,kerusi palstik yang mak selalu duduk pun kosong.Kalau dulu akak lalu mak ada.Walaupun mak sorang-sorang,mak tak kisah pun.Dulu akak selalu pelik kenapa kalau akak ajak tidur kat rumah akak mak tak nak.Sebab mak sayangkan rumah mak.Akhir kata akak untuk mak...Terima kasih mak sebab menjaga akak dari akak kecik sampai akak besar.Satu perkara yang akak nak mak tahu...akak sayang mak sangat-sangat.Terima kasih kerana selalu buat akak tersenyum.Semoga mak tenang disana.Berada bersama-sama orang yang beriman.Semoga roh mak dicucuri rahmat.Al-Fatihah.......




Lirik Lagu Warkah - Hafiz, Aril, Akim, Maulana & Aznil

Terdetik diriku tersungkur
Kau juang menyambut gagahan tanganku
Akanku abadikan pengorbanan cintamu padaku
Sentiasaku berdoa memanjatkan syukur

Oh Tuhan tunjukkan padanya cintaku
Tempatkan dia di syurgaMu
Penuh dengan rahmatMu

Sungguh ku tak mampu membalas cintanya
Oh Tuhan damaikan hidup dan matinya

Oh terdetik tika kau terluka
Kau simpan tangisan di dalam hatimu
Maafkanlah semua kesilapan
Yang telah aku lakukan
Takkan ku persiakan segala harapan

Oh Tuhan tunjukkan padanya cintaku
Tempatkan dia di syurgaMu
Penuh dengan rahmatMu

Sungguh ku tak mampu membalas cintanya
Oh tuhan damaikan hidup dan matinya 









Salam perantau bumi kenyalang,
asreen as dedeq.....

  

1 comment:

amii afandi said...

asreen, sedih aku baca. teringat kat atuk aku yang tukang jaga aku dari aku kecil sampailah besar.

jadikan semangat nenek kau sebagai pedoman kau untuk meneruskan hidup. aku pasti nenek kau bangga dengan kau.

alfatihah~ semoga rohnya dicucuri rahmat.