Assalamualaikum awak semua?apa khabar?chill tak minggu ini?Kalau tak cuba untuk senyum walaupun anda tak ceria.Senyum itu adalah segalanya.Kalau "chill",alhamdullilah.Kalau areen pulak memang agak busy.Kadang-kadang diri tu macam dah tak teratur dah dek kerana final exam yang bakal membukakan tirainya pada minggu hadapan.Excited pun ada,nervous pun ada.Dah macam rojak campur dah perasaan ni.Nak buat macam mana,dah memang macam ni kronologi kehidupan seorang manusia.okay..apa coretan areen untuk hari ini?best buddy areen ada mengemukakan soalan-soalan ini.....Sebelum membaca soalan tersebut,awak semua kena baca arahannya dulu....arahannya adalah seperti berikut...
Okay,dah habis baca?apa macam?dah macam arahan dalam SPM jek kan?hahaahah..Takdalah.Areen harap awak semua enjoy dengan coretan areen kali ini.Soalan-soalannya adalah seperti berikut:
- Jangan buka buku jawapan selagi tidak disuruh oleh areen..
- Jangan meniru rakan anda.Jika tidak markah akan ditolak..
- Anda adikehendaki membaca coretan dalam masa 10 saat sahaja.Takda waktu untuk berangan.
- Baca dalam keadaan yang senyum.Jangan nagis,gelak,ataupun yang sewaktu dengannya.
Okay,dah habis baca?apa macam?dah macam arahan dalam SPM jek kan?hahaahah..Takdalah.Areen harap awak semua enjoy dengan coretan areen kali ini.Soalan-soalannya adalah seperti berikut:
-apakah impian kau pada zaman kanak-kanak yang kau selalu angankan?
Areen answer:Sewaktu areen kecik dahulu,areen selalu berangan nak jadi askar.Entah
kenapa.Areen pun tak tahu.Areen siap suruh mummy belikan baju askar
tau.Tak ke dasyat tu.Sebenarnya pada pendapat areen,menjadi seorang
askar,bukanlah satu perkara yang mudah.Pengorbanan dan semangat
patriotik yang tinggi diperlukan sebenarnya demi mempertahankan
negara tercinta.Memang tugas yang berat.Areen tabik askar-askar kita.
-mengapa zaman sekarang ramai yang lebih suka menggunakan kenderaan berenjin daripada menggunakan basikal mahupun beca? bukankan hal ini mengakibatkan perncemaran?
Areen answer :Okay,berkenaan hal kenderaan berenjin yang mmenyebabkan pencemaran
merupakan perkara yang sememangnya dah sinonim dengan manusia di
zaman era globalisasi ini.Mentaliti mereka memang sudah terkunci dan
tak mampu untuk diperluas lagi.Sebagai contoh,Jepun yang merupakan
negara yang membangun pun menggunakan basikal sebagai kenderaan
alternatif mereka.kenapa tidak kita?Ubah mentaliti anda.Anda
gunakan kereta pun anda lambat ke tempat kerja.Bukankah kereta lagi
laju dan menjimatkan masa daripada basikal?Tak pelik ke?Jadi cuba
amalkan "car pooling" iaitu berkongsi kenderaan untuk mengurangkan
pencemran dan juga kesesakkan lalu lintas.
-kalau kau ada masalah. macam mana kau menyelesaikan masalah kau?
Areen answer :Kalau areen ada masalah,areen just grab my Mp3 and my sneaker dan
pergi jogging tanpa henti untuk menghilangkan perkara yang
fikiran areen.Areen akan bayangkan masalah tersebut
akan hilang disetiap langkah jogging areen.Kadang-kadang areen
main basketball malam-malam.Lagi best.Hentam jek bola keranjang tu.
Skor sebanyak mungkin.Alright.This are my ways.
-bagaimana nak elakkan diri daripada selalu berlaku cuai dalam mebuat segala perkara termasuk melakukan soalan yang melibatkan kira-kira?
Areen answer :Okay,kalau untuk yang ini pula,areen akan cuba untuk melakukan
semakan kembali setelah habis membuat latihan.Buat dalam keadaan
yang tenang dan harmonis.Jangan tension-tension.Jangan ambil mudah
soalan tersebut dan juga yang ambil susah soalan tersebut.Just be
simple and you will be okay.
-dunia sekarang penuh dengan keraguan. bagaimana cara untuk mendapatkan kembali kepercayaan kepada dunia?
Areen answer :Berkenaan keraguan hanya boleh ditentukan oleh hati dan perasaan
anda sendiri.Hanya diri sendiri yang boleh menentukan bukan orang
lain.Kalau areen,areen ikut kata hati kerana orang kata..kata hati
selalu betul.erm...mungkin..anda fikirkan yang mana yang betul.
-andai kata kau ternampak anjing hitam yang besar berdekatan dengan kau, apakah yang akan kau lakukan?
Areen answer :Alright,berkenaan hal ini pula.Hahahahaha..kenapa areen gelak?mesti
korang nak tahu kan.Sebenarnya,Ms.Paracetamol yang merupakan orang
yang mengajukan soalan ini kepada areen memang seram sejuk kalau
jumpa anjing.Langkah penyelesaiannya adalah kalau ada anjing kita
buat biasa sahaja.Yang penting pastikan jarak.jangan sampai
tersentuh for muslim.Jangan pernah lari or ada perasaan takut sebab
anjing ada bau yang boleh menyatakan perasaan takut anda tu.Jadi
buat biasa sahaja.Ini fakta sains.
-jika orang terdekat kau merajuk, bagaimanakah cara untuk memujuk?
Areen answer :Okay.Areen memang tak reti memujuk orang.Tapi untuk menenangkan
orang boleh.Cuba cara yang boleh membuatkan dia ceria dan senyum.
Dan yang penting jangan buat perkara jadi worst.
-oh. dunia sekarang aneh bukan?
Areen answer :Nak kata aneh taklah sangat.Nak kata tak pun tak boleh.Haish..
merepek sudah.Bagi areen memang dunia sekarang aneh.Kadang-kadang.
Banyak sangat untuk difikirkan.Macam-macam perkara yang berlaku.
Hanya anda yang boleh memanipulasikan keadaan.
-apakah cara untuk mengerahkan minda supaya menjadi lebih mantap?
Areen answer :Ini adalah soalan yang agak menarik.Cara untuk mengerahkan otak
supaya menjadi lebih mantap.Firstly,makan makanan yang berkhasiat.
Say no to junk food.Makan benda yang boleh develop minda seperti
madu,kismis,kurma and etc.Di samping itu,boleh juga lakukan senaman
minda untuk tumpuan minda anda.Cuba untuk berfikir dengan lebih
matang.Mungkin ini dapat meningkatkan tahap kemantapan minda anda.
Ini cara areen.
-kau rasa tidak membazir ke malaysia hantar angkasawan? lebih baik mereka menggunakan duit yang beribu-ribu ringgit itu menolong orang susah dan sangat memerlukan.
Areen answer ;Alright.berkenaan hal ini,memang dah lama hal ini sering disuarakan
Areen rasa tidaklah membuang duit kerana kita dapat berkongsi
pengalaman dan ilmu pengetahuan yang baru.Takdalah kita macam"katak
dibawah tempurung".Kalau anda memang anda kata membazir sahaja.Tapi
cuba fikirkan impaknya.Ini adalah perspektif areen.Anda bagaimana?
-apakah perkara yang bisa menjadikan kau layu dan tidak bermaya sepanjang hari itu?
Areen answer :Pergh...ni memang soalan maut punya.Perkara yang boleh menjadikan
areen layu adalah sneaker kotor ataupun orang buat hal.Tu memang
buat areen tak energetic macam iklan 100 plus kat TV tu..hahahaha..
Okay...ini merupakan jawapan yang areen berikan.Bagaimana dengan awak semua?Awak semua boleh jawab di blog ataupun tinggalkan komen.Selamat mencuba.See ta later.Areen sayang awak semua..Sampai di sini sahaja coretan areen untuk kali ini...Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment