Mereka Awesome :)

Thursday, November 17, 2011

Coretan Old Buddies Selamanya...

Aktiviti selepas PMR

Badminton Tourament

 Super Duper Classmates

Best buddy
Dikala bersendirian di kamar ini,ingatan aku kembali kepada zaman sekolah ku...entah kenapa..kadang-kadang aku tersenyum sendirian mengenangkan kembali kenangan yang tercipta antara diriku dan rakan-rakan.Mengingati saat-saat manis mahupun pahit mampu membuatkan aku menangis mahupun tersenyum.Masih segar di kotak fikiran ini gelagat-gelagat aku dan rakan-rakan.Apa yang masih aku ingat sehingga sekarang adalah aku dan rakan-rakan pernah dilabel sebagai "10 Budak Hitam"..hahahaahaha..mungkin ramai yang pelik..kenapa "10 Budak Hitam?"..sebabnya kitaorang tak join sekali program selepas PMR.Nakal tak areen ni?hahahaha.Jadi kitaorang lepak dekat bilik ayah angkat kitaorang.Lepas tu ada budak report kat cikgu sains kitaorang.Apa lagi kena tangkap ar.Habis kena marah-marah.Redha saja masa tu.Memang salah kitaorang pun.Takut juga sebab cikgu tu sumpah-sumpah PMR kitaorang.Jadi selepas kejadian tu,kita semua minta maaf dengan cikgu.Alhamdullilah kitaorang semua dapat results PMR dengan cemerlangnya.Selepas itu masing-masing ada yang dah pindah MRSM (Maktab Rendah Sains MARA) dan Sekolah Sains Berasrama Penuh.Rindu saat-saat dengan mereka.

Gigit Jari???Erk..

         Masa tu,aku mendapat tawaran untuk ke MRSM Batu Pahat,Johor.Sedih...sebab sudah hampir 3 tahun kami bersama.Makan,minum,share bekal makanan dari rumah,belajar bersama....banyak sangat kenangan aku bersama mereka.Aku sedih mendengar cerita rakan aku yang sorang ni...disebabkan dia terlalu merindui diriku,tiap-tiap hari dia akan minum air kegemaran ku,soya kotak demi mengurangkan rindunya walaupun dia tak suka minum soya.terharu aku.Aku pula dekat MRSM selalu berseorangan kerana masih belum biasa dengan suasana disana.Sehinggalah aku terpilih untuk join team olahraga MRSM untuk acara lempar cakera,lontar peluru dan rejam lembing.Tapi aku lagi mahir kepada lempar cakera.Aku akui aku memang budak yang pendiam dan kurang bergaul.entahlah.aku pun tak tahu kenapa aku macam tu.Mungkin aku masih merindui keluarga dan rakan-rakan yang aku baru tinggalkan.Akhirnya kesepian yang sentiasa mengisi ruang dimensi ini pudar sedikit demi sedikit dengan kehadiran rakan-rakan yang sentiasa menjadi tulang belakang aku dan juga guru-guru yang tersayang.

Adikmu adikku jua..hehe

Coach.....hehe..

Adik terbaek!!!!

Olahraga Family Forever

Menang biskut marie..bak kata cikgu midah.hehe..

Lucky Number!!!

Medals Collection..

Terbaek...posing mantap..

Manja2...eceh3x..

Sayang kamu semua..

  Satu kenangan yang aku tak dapat lupakan adalah aku dapat merasa juga perasaan naik podium masa Track and Field MSSD apabila aku berjaya mendapat tempat ketiga.Impian aku menjadi kenyataan.Sentiasa aku berkata dalam hati bahawa aku akan berjaya dan akan naik podium tak kira apa pun yang berlaku.Semangat yang kuat dan kental sentiasa aku selitkan dalam hati ini.Terima kasih kepada guru yang membimbing sehingga aku bisa mencapai tahap ini.Tanpa cikgu yang membimbing memang tak merasa ar kaki ini nak jejak podium.hehe..

Kek lapis beb!!

Time out yaw!!!

Shooting..

Addicted to vampire!!!

        Selepas tamat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia),aku telah berhijrah pula ke Sarawak untuk melanjutkan pelajaran aku.Aku dapat tawaran untuk asasi sains hayat sesi 2011/2012.Perasaan sedih mula menyelubungi sanubari ini.Tapi nak buat macam mana.Rezeki aku memang sudah ditetapkan di bumi kenyalang.Jadi aku kentalkan hati untuk ke Sarawak.Banyak pengalaman dan kenangan yang aku dapat di Sarawa.Senang cerita tak rugi tinggal kat Sarawak ini.Bagi mereka yang masih kata Sarawak pendalaman.Don't think so.Sarawak dah membangun.Di Sarawak aku mendapat ramai kenalan sememangnya mengambil berat terhadap diriku ini.Aku sayang mereka sangat-sangat.Di Sarawak nama gelaran aku adalah "MIKE"..mesti pelikkan..napa pulak "MIKE"..sebab aku menceritakan mengenai seekor burung di Australia yang bunyinya seperti "MIKE" bila mereka bersuara.Dahlah nama aku bertukar menjadi "MIKE"..adey..kesian aku..apa-apa pun sekarang ini aku masih mampu mengingat kenangan-kenangan yang tercipta..memang terindah dan aku sangat sayangkan kenangan itu.

Hari guru..team boria..
    Buat keluarga,guru dan teman yang tersayang...terima kasih kerana sentiasa menjadi tulang belakang diri ini.Menyokong diri ini tanpa lelah....diri ini sangat menyayangi anda semua...

Daddy and asrul...

Mummy and kimy

Coach Terbaik!!!

Okay..Sampai di sini dulu coretan areen buat kali ini.areen harap awak semua enjoy...ada beberapa gambar kenangan areen masa sekolah dulu..eceh3x..dah tua rupanya areen ni kan?ahahaaha..Kalau awak semua ada kenangan masa sekolah untuk dikongsi..dropdown comment..anyway areen sayang awak semua..enjoy...see ya..assalamualaikum




No comments: