Mereka Awesome :)

Monday, May 21, 2012

Isyarat Hati : )


Hujan lebat membasahi bumi Johor Bahru.Aku berserta keluarga tersayang datang bertamu ke sebuah warung yang terletak di stesen bas lama Jalan Rahmat.Aku duduk diam sambil menunggu pesanan ku tiba.Sedang aku asyik melihat sekelilingku,mataku tertancap pada sepasang suami isteri yang sedang sibuk melayan anak-anak kecilnya.Bahagia sungguh mereka.Lalu datang sepupuku berkata.Lihat bagaimana aku berkomunikasi bersama mereka.

Aku agak terpaku ketika itu.Kenapakah sepupuku berkata sedemikian.Mengaru-garu kepala ku yang tidak gatal.Pelbagai persoalanterus menerjah kotak minda ku.Aku tunggu sehingga sepupu ku berada dekat dengan mereka untuk mengambil pesanan.Sungguh aku terkesima.Rupa-rupanya pasangan suami isteri itu tidak bisa berkata-kata (bisu).Aku lihat mereka sehinggalah usai sepupu ku mengambil pesanan.Mutiara jernih jatuh tanpa dipaksa.Sungguh aku tidak sampai hati pabila melihat mereka.Sesungguhnya aku sangat bersyukur kerana dilahirkan sempurna dari hujung rambut hinggalah hujung kaki.

Jika anda katakan bahawa anda sentiasa tidak bernasib baik,ada yang berada dalam situasi yang lagi teruk berbanding diri anda.Diriku sangat "solute" pasangan suami isteri tersebut kerana dapat menjalani kehidupan mereka dengan sempurna serta mendidik anak-anaknya dengan baik sekali.Walaupun kata-kata yang dikeluarkan hanyalah dalam bentuk isyarat tetapi hati mereka berkata-kata.Memang aku akui sukar untuk menjalani kehidupan yang penuh pancoraba serta onak dan duri.Tapi pengalaman telah mendewasakan diri mereka untuk terus menghadapi hari-hari yang mendatang.

Aku percaya disebalik diri setiap individu terdapat keistimewaan yang tersembunyi.Jangan pernah berkata putus asa pada diri sendiri atau menyerah kalah.Jika mereka yang kurang upaya boleh melakukan malah berkeluarga pula kenapa tidak kita.Pernah diriku terdengar kata-kata ni mengenai tentera.Jika anda kehabisan peluru,gunakan pisau rambo anda untuk berlawan dan jika anda tidak mempunyai apa-apa lagi,gunalah tangan kasar anda untuk menewaskan musuh sehingga titisan darah yang terakhir.

Akhir kata yang ingin ku coretkan,jadikan pengalaman sebagai sejarah.Sentiasa matang dengan apa yang telah kita lalui.Sejarah yang hitam itu biarkan sebagai pengajaran dan sejarah yang mendatang lakukan yang terbaik.Kita haruslah sentiasa meletakkan azam yang tinggi dalam mengejar apa yang kita inginkan walaupun keadaan tertentu menghalang.Yang penting niat.Jika niat kita baik,betul dan kerana Allah S.W.T.insyallah kita akan berjaya.Amin.

P/S:Kisah benar yang ku alami.

No comments: