Mereka Awesome :)

Friday, September 21, 2012

This New Journey Begins...


Assalamualaikum..sekali lagi aku dalam coretan yang boleh aku katakan sebagai "acuh tak acuh."Bukannya aku malas untuk berfikir.Mereka ayat-ayat jiwang atau sastera yang tinggi.Tapi untuk kali ini aku memilih untuk santai sahaja.Sedang aku asyik merenung masa depan yang masih samar serta kabur,tiba-tiba akal,badan serta minda seperti terasa "shutdown" seketika.Mutiara hangat merembes keluar tanpa amaran sepasang mata hazel.

Terngiang-ngiang kata parents aku di corong telinga aku setiap masa."Akak belajar bersungguh-sungguh.We want you to be a successful person."Pengalaman memang banyak mendewasakan aku.Sudah jauh juga aku merantau sepanjang 19 tahun ini.Malah pernah aku merentas sejauh lebih 80,000KM daripada Malaysia, merantau melihat tempat orang agar aku lebih mengerti erti perjuangan dalam kehidupan.Itu aku bersyukur kerana dalam usia aku yang masih muda sudah jauh perjalanan kaki ini melangkah.Alhamdullilah.

Sekarang,"chapther" baru dalam kehidupan akan bermula tidak lama lagi,Perjuangan yang panjang.Garisan permulaan serta garisan penamat yang jauh jaraknya untuk aku menamatkannya.Bukan masanya untuk bermain-main seperti gembiranya hati kanak-kanak bermain "galah panjang" di kala mentari melimpah sinar.Kini aku bakal bertemu dengan pelbagai cabang,liku,lopak perjalanan.Itu harus aku tempuhi.Aku harus bersungguh-sungguh seperti tiada henti buat seorang pelari marathon sehingga dia temui garisan kemenangan.Kata-kata ini aku semat dalam-dalam.Tidak akan aku padamkan.Itu janji aku pada mereka.

Sekarang,mereka yang tersayang yang terus menjadi "tulang belakang" buat diri aku.Aku akan jadikan mereka sebagai batu loncatan untuk aku akhiri marathon ini dengan jayanya.Kesalahan yang aku lakukan di bumi kenyalang tidak akan aku ulangi lagi.Sudah tiba masanya aku memberikan komitmen 100%.Kini,aku bakal tinggalkan jejak lama.Aku toleh seketika ke belakang mengenang segala cerita lama.Lalu aku aturkan langkah baru untuk "chapter" baru aku dengan senyuman.Seperti sudah terlepas daripada kekalahan yang membelenggu diri ketika di bumi kenyalang.Kini aku mahu ucapkan selamat datang orang baru.Selamat tinggal orang lama.Strategi aku aturkan sebagai perancangan awal.Insyallah.

Sekian sahaja dahulu coretan aku ini.Harapan aku agar transformasi aku kali ini membawa semangat aku dalam marathon yang panjang ini.Doakan aku berjaya dunia dan akhirat.Amin.Assalamualaikum :)

No comments: