Mereka Awesome :)

Tuesday, September 18, 2012

Dulu selalu ada...


Assalamualaikum...terasa seperti sudah seabad masa berlalu.Tapi aku masih berada di tahun dan masa yang sama.Sunyi yang sentiasa memecah tembok diri ini mengembalikan idea-idea yang semakin hari semakin tandus untuk aku coretkan.Entah kenapa.Idea-idea yang selalunya sentiasa membebankan minda hilang begitu sahaja seperti ombak pantai yang menghempas pasir tatkala aku kembali mengetuk papan kekunci.

Malam yang terus diulik kesunyian.Si cengkerik juga semakin rancak memainkan melodi lagunya.Aku termenung.Merenung diari yang masih kosong tanpa coretan.Masih aku ingat raut wajah si dia.Si dia yang terus menjadi inspirasi dalam hidup aku sama ada secara langsung atau tidak langsung.Mungkin sukar untuk aku katakan bahawa dia turut menjadi penyumbang dalam setiap kejayaan yang aku ciptakan.Air mata bercucuran jatuh tatkala nostalgia lama mengamit fikiran.Tidak banyak cerita mengenai dia.Seorang yang sentiasa merendah diri.Itu yang boleh aku katakan.Mungkin juga tidak suka menonjolkan dirinya.

Di setiap langkah aku dia hantarkan kata-kata semangat yang terus menghidupkan bara dalam jiwa untuk meneruskan perjuangan hidup yang masih jauh perjalanannya.Hanya dengan melihat senyuman ikhlas dari bibir merah itu sudah cukup untuk aku memahami apa yang tersurat dan tersirat.Masa yang terus berputar meninggalkan setiap inci kenangan yang telah tercipta dengan begitu cepat sekali.Kini,dia berada jauh.Mungkin utara,selatan,barat atau utara.

Masih segar dalam ingatan aku.Betapa dahulunya aku kurang menyenangi dengan apa yang dia lakukan.Mungkin terselit rasa "annoying" serta "benci".Tapi lama-kelamaan rasa "annoying" serta "benci" terus semakin melembut dalam jiwa ini.Patutlah orang-orang tua zaman dahulu pernah mengatakan bahawa jangan pernah membenci nanti akan bertukar menjadi kawan.Kini aku mengerti,perangai "annoying" si dia itu adalah untuk mengukir senyuman buat masyarakat disekelilingnya.

Mungkin aku lebih selesa menatapnya daripada jauh.Tidak bersuara.Apatah lagi untuk berkata-kata.Aku lebih senang begitu.Aku tidak seperti mereka yang lain.Personaliti aku yang pendiam membuatkan aku kurang bergaul atau berteman.Tatkala bertemu muka ketika aku sedang melangkah dipertengahan jalan.Deru gemuruh terus menguasai diri tanpa alasan.Pipi ini terus bertukar menjadi kemerahan-merahan tanpa alasan yang kukuh.Aku terus membisu.Berjalan seperti tiada apa yang berlaku.

Dia aku turut selitkan dalam senarai inspirasi aku selain keluarga,para guru,para rakan serta masyarakat disekeliling.Entah kenapa kehadirannya memberikan "boost" untuk diri ini.Alhamdullilah.Kadangkala tertanya aku sendiri.Sedang apa dan dimana dirinya.Sihatkah dirinya?Apa khabar dirinya?persoalan-persoalan ini yang sering menerjah kotak fikiran.Walaupun kini aku tidak lagi melihat raut wajah itu kerana dia berada jauh.Mungkin di utara,selatan,barat atau timur.Senyuman itu terus bermain dalam kotak fikiran ini.Akan aku selitkan memori si dia dalam diari ini selamanya.

Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup ini.Memberikan sinar pelangi untuk mewarnai hidupku.Semoga dirinya dan aku dapat mencapai cita-cita yang tersemat di dada sejak di bangku sekolah lagi.Aku turut doakan dirimu dalam perjuangan mu.Sama-sama kita capai kejayaan.Insyallah.Dikau akan terus tersemat dalam minda dan jiwa ini selamanya.

No comments: