Mereka Awesome :)

Friday, April 12, 2013

More Than Words..

Assalamualaikum dudes..okay hari ni aku nak ceritakan mengenai soulmate aku.Kira buddy aku yang paling rapat dan kalau salah seorang takda mesti rasa nak meroyan,guling-guling,terjun bunggy dan yang sewaktu dengannya.Hahaha..Amboi ekstrem benar semua ni.Aku kira kalian pun pasti ada rakan yang istimewa dalam kehidupan kalian.Yes,absolutely.

Kadang-kadang air mata jatuh kerana dibuli mungkin.Dia yang menjadi tempat mengadu.Orang yang pertama mendengar aku melalak.Memang aku cengeng.Dia sangat bersabar dengan karenah aku.Memujuk.Even aku ni memanglah keras kepala.Lagi keras daripada konkrit Menara Kuala Lumpur.Hahaha.Teman berbual ketika malam menjengah bumi.Sehingga aku terlelap sepenuh.Kawan yang sentiasa membuat aku "comfort".

Kadang-kadang aku mengerti kau penat setelah seharian memerah idea.Mengalir keringat menjalankan tanggungjawab seorang anak kepada kedua ibubapanya.Tapi masih setia menemani kawan kau yang sorang ni.Tak pernah jemu.Menghiburkan walaupun kau sendiri keletihan.Memastikan aku sentiasa tersenyum setiap hari dengan lawak jenaka itu.Sense of humours kau memang tinggi kawan.Sungguh.

Kadang-kadang aku ni memang pemalas.Malas gosok baju.Malas masak dan sebagainya.hahaha.Menang disaster *statement palsu*.hahaha.Kau sanggup datang menjenguk.Siap masakkan lagi maggi goreng.Favourite aku.Hahahha.Makan bersama setiap hari.Petang dan malam.Kau memang harsh kadangkala tapi aku percaya deep dalam hati itu kau seorang yang penyanyang.Kadangkala aku memang emotional.Cepat touchinglah dengan kata yang mudah.Hahahha..Biasalah aku perempuan.Walaupun aku tough macam pemain rugby.Woah.Tapi dalam hati aku ada taman.Kau tetap sabar dengan aku.

Terima kasih kerana sentiasa ada di sisi aku selalu kawan.Tak kira masa dan tempat.Aku terharu.Kadangkala aku terasa ada malaikat yang sentiasa menjaga diri aku.Kau menasihati aku mana yang baik dan yang buruk.Mengajar aku apa erti hidup.Membuka luas si mata sepet ini tentang dunia yang penuh pancaroba ini.Kau sangat amazing.

Part yang aku paling suka adalah bila kita bergaduh.hahaha.Lawak gilosss der.Orang kata kalau dah kawan rapat kalau gaduh macam mana sekalipun kita tak akan terpisah.Insyallah.Hey,aku terima seadanya diri mu kawan.Tak kira macam mana pun.Apapun yang mereka semua bicarakan.Aku terima kau seadanya.Mungkin mereka semua perlu memahami apa itu erti teman sejati.Soulmate aku kira.You're such a great tough friend in my life.Thanks sebab datang dalam hidup aku ini.Aku sangat hargai semua pengorbanan kamu teman.Solute.

Kadang-kadang kita memang suka buat keje gila an?Even dekat seinci pun ber"We chat".Even jarak rumah 10 tingkat beza pun nak on the phone.Suka lawan-lawan siapa paling kuat jerit.Lawan "Pilow fight".hahahah.Such an amazing memories right.Kau kira kalian juga ada pengalaman begini bukan?

You're my awesome bro dude.No doubt.Nothing that i can describe.ABANG!!!Kena juga jadi abang ya walaupun jarak umur hanya 6 bulan.Hey,i just want to say that i love you so much buddy.Forever and ever.Deep inside my heart.Buddy forever.Pesanan aku,tak kira dimana pun kita berada aku harap freindship kita akan berkekalan.Doa ku untuk mu agar sentiasa berjaya dunia dan akhirat dan sentiasa dilindungi oleh-NYA.Amin.I will always miss your puss in boots eyes.Always.Can't say much.Because you are more than words :)

 P/S:Some Hashtag for you.Hahahaha.

#Terima Kasih sebab menjadi kawan yang ter"awesome"
#Terima Kasih sebab menjadi tempat untuk mengadu
#Terima Kasih sebab sentiasa membuatkan diri ini tersenyum dan bahagia
#Terima Kasih sebab menjadi tempat untuk "shoulder to cry"
#Terima Kasih sebab menjadi guide yang terbaik
#Terima Kasih sebab selalu jadi peneman makan yang awesome
#Terima Kasih sebab ada sentiasa disisi
#Terima Kasih sebab tak pernah jemu dengan diri aku
#Terima Kasih sebab selalu bagi bed stories sebelum aku tidur
#Terima Kasih sebab menjadi pendorong aku dalam study
#Terima Kasih for everthing...

Guys yang dekat luar sana.Do appreciate your friends.Sementara mereka masih ada.FRIENDSHIP DOESN'T REMAIN IN MEMORIES,IT REMAINS IN THE HEART.

No comments: