Mereka Awesome :)

Sunday, April 7, 2013

Kau Sudah Pasti?

Assalamulaikum...

Berdiri disebalik jutaan manusia ditengah kota metropolitan ini memang menyesakkan.Ya,sesak.Pelbagai ragam aku lihat disebalik wajah-wajah itu.Kadang-kadang aku jadi keliru,mana jalan yang aku harus tembusi dan ikuti.Dunia ini terlalu kuat pengaruh mainan dan helahnya.Tanpa senjata yang kuat yang kau kata "iman" dengan mudah kau akan terus rebah tersembam ke bumi dan hanyut ke hujung dunia.Entah ke mana aku tidak pasti.Aku pula masih dalam proses mengenali plot perjalanan dunia yang agak rumit ini.Masih mentah.Darah yang mengalir ini masih berbau "fresh" bak kata mat saleh.Masih takut-takut untuk keluar daripada kepompongnya.Entah apa yang ditakutkan?Aku juga tidak pasti.

Setiap kali mentari melimpahkan sinarnya,mata terbuka.Aku terus terbayang jalan cerita hari ini yang bakal aku lakonkan.Entah bakal baik atau buruk.Aku juga tidak pasti.Aku lakonkan juga sepertimana yang telah diarahkan pencipta alam.Setiap kali sang bulan datang menjengah,sebelum mata terpejam,aku kembali memikirkan apa yang bakal aku hadapi esok harinya?Adakah aku akan terus menghirup udara segar itu dan terus berdoa kerana diberikan peluang untuk terus hidup atau sebaliknya?Ustaz sentiasa berpesan,sebelum mata terpejamjangan lupa untuk memaafkan mereka semua yang ada berbuat salah terhadap diri ini tidak kira secara kasar atau halus dan sentiasa berdoa untuk mereka yang sentiasa tersemat dalam minda dan hati.Aku lakukan.Mengingati senyum tawa mereka.Ragam mereka.Raut wajah mereka sehinggalah aku terlarut dalam dunia khayalan aku sendiri.

Setiap kali memang kita akan mengalami "cycle"kehidupan yang sebegini rupa cuma bezanya apa "content" cerita yang kita dapat dalam perantauan kita setiap hari.Memang tidak sama sesama kita.Sentiasa berubah-ubah "content"nya bukan?Ya,kita manusia sentiasa belajar bukan?

Kadang-kadang aku akui aku leka dengan kemewahan dunia.Tapi kita hanyalah pelayar yang sementara yang mencari ilmu buat bekalan kelak jika sudah tamat tempoh pelayaran ini nanti.Tidakkah kita semua punya mimpi dan cita-cita untuk dilaksanakan?Kita manusia.Hasrat itu memang wujud aku kira.Mengapa tidak kita kejar itu semua sementara masih punya waktu?Mengapa harus dilakukan di waktu kecederaan yang hanya berbaki beberapa minit sahaja?Jawapan itu aku kira ada dalam diri masing-masing bukan.Ya..."tepuk dada,tanya selera" aku kira sudah lali kalian mendengar peribahasa ini bukan?Jawapan sudah aku tapi sama ada terlaksana atau tidak.Kita tentukan..

No comments: