Mereka Awesome :)

Friday, December 2, 2011

Fenomena Filem "Ombak Rindu" (Feeling Abis +Terbaik)

    
      Assalamualaikum guys...apa khabar?areen harap awak semua sihat walafiat.Okay,memandangkan areen agak "keboringan + kebosanan" dekat rumah,areen telah mengambil keputusan untuk pergi menonton wayang.Screen besar baru mantap..hehe..Alright..cerita yang areen tengok ialah.....okay..okay...tak cakap mesti korang dah tahu..macam mana areen tahu korang tahu?lorh..memang dah "terang lagi bersuluh"..hehe..peribahasa pula keluar..tu..tajuk nun jauh di atas tu..naik gayat tengok..tinggi benar..haha..okay..staright foward..filem "Ombak Rindu" ni memang terbaiklah..Filem ini adalah berdasarkan novel yang ditulis oleh "Fauziah Ashari"..novelis yang berbakat..nak meleleh air mata +air hingus (erk...over pulak)..memang sedih giler..naik banjir pawagam tu..hehe..buat malu jer areen ni kan?badan macam badang..tapi bak kata kawan areen "dalam hati ada taman".hehe...By the way,areen ingat lagi kakak angkat areen yang hadiahkan novel ini masa areen tingkatan 3..Fuh!!dah lamakan novel ni...jalan penceritaan yang menarik dan romantis..banyak teladan juga..alright..






Commento:
     Okay...filem "Ombak Rindu"  arahan Osman Ali ini dilakonkan oleh Aaron Aziz(Hariz),Maya Karin(Izzah),Bront Palarea(Mail),Lisa Surihani(Mila)...Areen tabik lakonan mereka semua..masing-masing memainkan peranan yang baik dalam watak yang diberikan..areen tabik dengan Aaron Aziz yang mampu membawa watak sebagai Hariz dengan baik..bukan senang untuk menjiwai sesuatu watak itu.Tapi mereka semua berjaya melakukannya.Lisa Surihani sebagai Mila juga berjaya melakokan wataknya dengan berkesan dan baik.areen tabik mereka semua..Syabas diucapkan!Selain barisan pelakon yang mantap,filem ini juga memaparkan suasana yang relax dan tenang seperti di ladang teh Cameron Highlands.Memang cantik!Another credit to this film.Selain itu,terdapat pengolahan cerita yang sedikit berbeza daripada cerita asal(novel).Tidak banyak beza.Hanya sedikit.Tapi masih mampu membuatkan penonton menitiskan air mata.Filem ini bukan sahaja ditonton oleh kaum hawa sahaja yang lembut hatinya,malah kaum adam juga tertarik untuk menonton filem ini.Jangan terkejut jika kaum adam juga mampu untuk menitiskan air mata mereka untuk mengeksperesikan perasaan mereka tika waktu itu.Memang satu fenomena yang hebat.Sebelum filem ini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 1 Disember 2011,filem ini hangat diperkatakan kerana jalan ceritanya yang mengandungi unsur-unsur percintaan yang romantik dan pengorbanan.Syabas sekali lagi buat pengarah "Ombak Rindu",Osman Ali" dan novelis,Fauziah Ashari.





Sinopsis : OMBAK RINDU IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?  




Hafiz Feat. Adira
Soundtrack Ombak Rindu......

                                                                                  




Rating : 4 1/2 Star (mesti tonton a.k.a wajib) hehehe..
                                                                         
                                                           -THE END-



No comments: