Mereka Awesome :)

Friday, December 23, 2011

P/S:Adik Aku Autism,Suamiku Cikgu...






Angin bayu menghembus sayu,
Menyampaikan salam buat si dia,
Yang pernah ku sayangi,
Senyuman yang pernah engkau berikan
Tidak pernah lupus dimamah waktu,
Sekarang ini,hanya doa dan zikir
Yang mampuku berikan sayang,
Semoga dikau tenang disana.

                “Okay kelas,cikgu nak awak semua rujuk buku teks Bahasa Melayu dan baca perenggan satu muka surat 120.”Lantang arahan yang diberikan oleh Cikgu Kashaf.”Baik cikgu.”murid-murid tingkatan 5 Oxford patuhpada arahan yang diberikan.Ketika semua mata tertumpu pada buku teks masing-masing,mata Cikgu Kashaf tertumpu tepat kearah Julia.
              
                “Julia!”keras suara Cikgu Kashaf menerjah terus gegendang telinga Julia.Julia yang sedang lena dibuai mimpi terus terbangun dek kerana terkejut mendengar suara kasar Cikgu Kashaf.”Cikgu ni kenapa?Tak boleh ke kalau tak jerit?Haish !malas aku nak layan kau orang tua.Lebih baik aku balik.”Julia terus menyentap begnya yang tergantung di kerusi sambil berlalu pergi.”Julia!Julia!”keras suara Cikgu Kashaf memanggil.
              
             Motor berkuasa tinggi itu dipecut selaju yang mungkin.Perjalanannya tiada hala tuju.Dibiarkan sahaja hatinya menguasai minda.Akhrinya,Julia memberhentikan motosikal Ducatinya di sebuah pub.Langkah terus diatur memasuki pub.”Waiter,one bottle of Wisky!”Pesan Julia.Julia meneguk Wiski berkenaan dengan rakusnya setelah dihulurkan oleh pelayan pub.Kemarahannya terhadap Cikgu Kashaf semakin membara.
            
              Julia meneguk Wiski tanpa henti.Muzik yang berkumadang menjadi teman penghilang kemarahan.Ketenangan.Julia terasa semua beban dan stressnya hilang begitu sahaja.Setelah terasa diri tenang dibawa khayalan,Julia mengatur langkahnya menuju motosikalnya.Ngauman enjin Ducati memecah keheningan malam.Setelah hampir setengah jam meninggalkan ibu kota yang masih hidup dengan pelbagai ragam manusia,Julia tiba di banglonya.
           
           “Mak Jah!Mak Jah!Buka pintu ni cepat!”Teriak Julia dengar kasar diiringi ketukan pintu yang bertalu-talu tanpa henti.Mak Jah lantas membuka pintu.”Ya Allah!CikJulia.Kenapa sampai mabuk ni?”Tanya Mak Jah berbaur kerisauan.”Hey orang tua!Kau dengar sini baik-baik.Aku ni mabuk ke aku nak mampus ke.Itu bukan urusan kau.Dahlah tua kutuk nak mampus.Pergi matilah!”Teriak Julia sambil menolak Mak Jah.”Ampunkan Mak Jah Julia”Tangisan kecil mengiringi kata Mak Jah.Julia  terus jalan menuju biliknya diatas sambil terhuyung-hayang tanpa menghiraukan Mak Jah.
            
              Julia  menghempaskan badannya di katilnya yang empuk itu.Matanya cuba dipejamkan.Perasaannya masih bercampur-baur.Julia bangun daripada katilnya,langkahnya diatur menuju ke bilik bersebelahan biliknya.Daun pintu dikuak perlahan.Matanya tertumpu pada tubuh kecil yang sedang lena dibuai mimpi indah.Diatur langkahnya mendekati tubuh kecil itu.Hatinya sayu meliat si kecil itu.Julia mendakap si kecil itu seeratnya.Dibelainya si kecil itu dengan penuh kasih sayang.Tanpa disedari,mutiara hangat mula membasahi pipi itu.Matanya dipejamkan.”Selamat malam sayang.”Bisiknya perlahan.

Jam menunjukkan tepat 6.00 pagi.Mentari mula melimpah sinar.Azan yang berkumandang mengejutkan Julia daripada mimpinya yang panjang.Julia bingkas bangun daripada katilnya dan mula menapak ke bilik mandi.Julia menyiapkan dirinya untuk ke sekolah.Setelah semuanya selesai,Julia turun ke bawah.Ketika dia sedang turun ke bawah,kelihatan Mikhail,si kecilnya sudah lengkap berpakaian sekolah.

“Kakak...kak..ak..”Mikhail lari mengejar Julia.”Eh..budak!Kau duduk sana diam-diam!Aku bukan kakak  kau!Kau faham tak?Kau tak layak panggil aku kakak!Cacat!Faham!”Ditonjolnya kepala Mikhail yang masih setahun jagung itu.Yang masih tidak mengerti apa-apa selain buntukan kasih sayang.”Astarghfirullahhala’zim.Cik Julia,apa dah berlaku ni?Kenapa pukul Mikhail?Cik,Mikahil ni kan masih kecil lagi.Dia tak tahu apa-apa Cik.”ujar Mak Jah sambil memujuk Mikhail yang teresak-esak menahan kesakitan.

“Argh!!Pergi mampus semua orang dalam rumah ni.Aku malas nak tahu apa-apa.”Pekik Julia sambil berlalu pergi.Deruman motosikal  berkuasa tingginya memecah keheningan pagi.Setelah keadaan menjadi sunyi kembali,Mikahil mula bersuara.”Nek Jah,napa kakak benci sangat Khail?Apa salah Khail?Khail sayang kakak.”

“Khail,kakak sayang Khail.Mungkin kakak banyak kerja tu.Khail makan dulu ye.Sekejap lagi Nek Jah hantar Khail ke sekolah.”Nek Jah memimpin tangan Khail ke arah meja makan.

Jam di tangan menunjukkan tepat jam 2.00 petang.Loceng berbunyi tanda tamat waktu sekolah.Julia lantas mengambil begnya dan berlalu pergi.”Julia,nanti.Saya nak bercakap sebentar dengan awak.”Panggil Cikgu Kashaf.”Cikgu nak apa lagi?Saya dah lambatlah.Tahu tak?”jawab Julia selamba.”Julia kenapa dengan awak sekarang ni?Displin awak semakin hari semakin teruk.Apa nak jadi dengan awak ni?”Tanya Cikgu Kashaf dengan suara yang agak tegas.

Cikgu Kashaf menghulurkan sekeping surat kepada Julia.”Julia,maaf.Awak digantung sekolah sehingga peperiksaan SPM awak nanti.Maafkan saya.”Kata Cikgu Kashaf.”Oh...ok..ini yang cikgu buat pada saya hanya kerana saya bermasalah.Fine!Pergi mampuslah cikgu.”Teriak Julia.”Kurang ajar!”satu tamparan kuat menjengah pipi Julia.Julia merenung dalam ke mata Cikgu Kashaf dan terus berlalu pergi.

Julia memacu motosikalnya pada tahap kelajuan yang maksimum.Perasaannya berkecamuk.Hatinya hancur tatkala perbuatan Cikgu Kashaf sebentar tadi.Sebaik sahaja Julia memasuki perkarangan  banglonya,dia terus masuk ke dalam biliknya.Habis seluruh isi biliknya berselerak dek kerana kemarahannya pada Cikgu Kashaf.

“Sial!Kau ingat aku ni apa?Argh!”Jeritnya sekuat hati.Mikhail dan Mak Jah hanya mampu berdiam diri.Mereka seperti tikus yang ketakutan.

Angin malam sayup-sayup kendengaran .Kelopak mata yang tadinya dibasahi mutiara jernih kini sudah kering dibawa pergi atmosfera malam.Julia bangun dari lelapnya.Dia mengemas kembali biliknya yang berselerak itu.Sedang dia asyik mengemas,tiba-tiba matanya tertangkap pada sampul surat yang berwarna merah.Ditariknya sampul surat yang berwarna merah itu daripada diari lamanya.Sudah lama tidak disentuh diarinya itu.Hatinya tiba-tiba berdegup kencang.

Kunci motosikalnya yang terletak di atas meja itu dicapai.Lantas langkahnya diatur menuju ke tingkat bawah.Suasana dalam rumah begitu sunyi.Hanya angin malam yang sayup kendengaran.Perlahan-lahan Julia membuka daun pintu.Takut tindakannya itu akan mengejutkan adiknya dan Mak Jah.Enjin motosikalnya memecah keheningan malam.Hatinya terasa berdebar.Apakah isi surat itu.Motosikalnya dipacu kearah tasik yang berdekatan.

Julia mengambil posisi duduknya di salah sebuah pohon yang rendang.Suasana malam itu sungguh tenang.Bertemankan bintang di angkasa.Hatinya tiba-tiba terasa sayu.Ditarik keluar perlahan-lahan sampul surat yang berwarna merah itu.Lantas membaca isi kandungannya.

Assalamualaikum Julia,
Disaat Julia membaca warkah mama ini,mungkin mama sudah tiada lagi di bumi ciptaan Allah S.W.T. ini.Jangan ditangisi di atas pemergian mama ini Julia.Mama sayang Julia sangat-sangat.Kalau masih diizinkan Allah untuk mama terus menghirup udara untuk mama terus bernafas,sudah pasti mama akan sentiasa ingin bersama Julia dan Mikhail.Mama tahu Julia marahkan mama sebab mama berdegil untuk meneruskan kandungan mama.Mama tahu risiko mama.Mama tidak sanggup untuk menggugurkan kandungan mama walaupun mama tahu mama menghidap barah hati.Zuriat itu adalah yang paling istimewa sekali buat mama dan papa.Julia,jagalah Mikhail sebaik mungkin.Dialah satu-satunya adik Julia.Mama tahu Mikhail tidak sempurna seperti mereka yang lain.Tapi,Mikhail tak salah Julia.Dia masih setahun jagung untuk menghadapi semua ini.Setelah papa tiada akibat kemalangan,mama hilang semangat untuk meneruskan kandungan ini.Tapi mama tahu,Mikhail akan menjadi peneman yang terbaik buat Julia dan satu-satunya hadiah yang teristimewa buat Julia daripada mama.Mama mahu Julia tahu bahawa mama sangat menyanyangi Julia dan Mikhail.Wassalam...
                                                                                                                                  Sayang,
                                                                                                                                                       Mama.

Tatkala membaca warkah coretan terakhir mamanya,mutiara jernih sudah mula membasahi kelopak matanya.Hatinya dirundum pilu.”Ya Allah,apa yang telah aku lakukan selama ini.”Hatinya bermonolog.”Mama,Julia sayang mama.Khail,kakak sayang Khail.”Perlahan Julia menyebutnya sambil teresak-esak.Sedang hatinya dirundum pilu,tiba-tiba kelihatan sehelai sapu tangan dihulurkan kearahnya.Perlahan-lahan pandangan matanya dialihkan kerah pemilik sapu tangan berkenaan.”Cikgu Kashaf?Macam mana cikgu tahu saya disini?”terkejut Julia dengan kehadiran Cikgu Kashaf.


“Sudah,jangan menangis lagi Julia.Kesat air mata awak itu.Maafkan saya Julia mengenai kejadian petang tadi.Saya tak bermaksud sedemikian.”Tutur Cikgu Kashaf dengan nada yang kesal.”Tak mengapa cikgu.Cikgu tak bersalah.Saya yang bersalah.Saya bersikap tidak sopan pada cikgu.Padahal cikgu cuba untuk membantu saya.”Luah Julia sambil mengesat air matanya dengan sapu tangan yang diberikan oleh Cikgu Kashaf.


“Mari pulang.Dah lewat malam dah ni.Saya iringi awak pulang.”Ajak Cikgu Kashaf.Julia hanya berlalu pergi tanpa kata.Cikgu Kashaf mengiringi Julia pulang.Nguaman enjin motosikal Ducati Cikgu Kashaf dan Julia memecah keheningan malam.Sebaik tiba diperkarangan banglo,Julia mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Kashaf sebelum cikgunya itu berlalu pergi.


Julia melihat bayang Cikgu Kashaf yang semakin lama semakin hilang dibawa larut malam.Julia mengatur langkahnya menuju bilik Mikhail.Ditatapnya wajah si kecil itu.Diusap rambut Mikhail perlahan.Diberi kucupan mesra didahi si kecil itu.”Maafkan kakak Khail.Maafkan kakak.Kakak janji akan menjaga Mikhail sehingga nafas terakhir kakak.”Janji Julia.


Pagi  itu,Julia sudah bersiap sedia untuk menghantar Mikhail  ke sekolah.Sebaik sahaja Mikhail melangkah ke meja makan,Julia terus mendakap Mikhail seerat-eratnya sambil berkata”Maafkan kakak Khail.Kakak janji tidak akan sakiti Khail lagi.Kakak sayang  Khail sangat.”


“Khail pun,sayang kakak ban..yak-ban..yak.”Ujar Khail pelat.Mak Jah yang memerhatikan mereka dari tadi tersenyum gembira.”Ya Allah,terima kasih kerana telah membuka hati Julia.Alhamdullilah.Doaku termakbul jua.”Bisik hati Mak Jah.


Semakin hari,hubungan diantara Julia dengan adiknya,Mikhail semakin rapat.Julia sangat menyayangi adiknya.Biarlah apa orang hendak berkata mengenai adiknya yang menghidap Autism.Dia bangga mempunyai adik yang sangat menyanyangi dirinya.Hanya Allah sahaja yang tahu bertapa bahagianya dirinya.Mikhail sahajalah pengubat dikala sedih dan sunyinya.


Julia juga semakin tekun mengulangkaji pelajarannya.Walaupun Julia digantung sekolah sehingga peperiksaan SPM,namun hatinya kental dan tabah dalam menempuhi cobaan dan liku-liku kehidupan.Cikgu Kashaf juga banyak membantu Julia.


Pada suatu petang,selepas usai Julia mengulangkaji pelajarannya dengan tunjuk ajar Cikgu Kashaf,tiba-tiba Cikgu Kashaf mengajukan satu soalan kepada dirinya ,”Julia,kenapa dulu awak sangat membenci Mikhail?”

Julia memberikan penjelasan kepada Cikgu Kashaf,”Dulu,saya anggap Mikhail sebagai pembawa sial dalam hidup keluarga kami.Kerana dia papa kemalangan.Kerana dia mama pergi menghadap illahi.Selepas saya mengetahui Mikahil menghidap Autism,saya terus buang dia daripada hidup saya.Seolah-olah dia tidak pernah wujud.Saya malu.Malu dengan rakan-rakan saya.Tapi kini saya sedar semua ini ketentuan Allah untuk menguji sejauh mana keteguhan iman saya.Alhamdullilah,sekarang saya bisa terima semua ini.”

“Alhamdullilah Julia.Saya bangga dengan awak.Dengan perubahan yang awak alami.Saya yakin awak pasti akan mendapat keputusan yang cemerlang nanti.”Ucap Cikgu Kashaf.”Terima kasih juga dekat cikgu kerana banyak membantu saya.Jasa cikgu tidak akan saya lupakan.”Ujar Julia.

Tiba-tiba kedengaran suara Mak Jah menjerit-jerit meminta tolong.Julia yang mendengar suara Mak Jah terus lari meluru kearah Mak Jah.”Ya Allah,Khail!”Julia melutut bersebelahan Mikhail.”Kenapa boleh macam ni Mak Jah?”Tanya Julia yang sedang dalam panik.”Tadi,lukisan Khail terbang dibawa angin,lepas itu dia cuba kejar lukisan itu.Mak Jah kejar dia dan tiba-tiba Mak Jah terdengar bunyi dentuman yang kuat.”Ujar Mak Jah panik.


Tubuh kecil itu sudah tidak bermaya lagi.Hanya menunggu salam sakaratulmaut menjemput dirinya.”Ka..kak..tengok,Khail lukis gam...bar kakak,Uncle Kas..haf dan Kha..il main layang-layang.”Kata Mikhail yang sedang nazak sambil menghulurkan lukisannya itu kepada Julia.”Kak..ak jan..gan nangis.Khail nak pergi jumpa mama dan papa.Tak lama lagi kakak.”Kata Mikhail yang sudah pun tercungap-cungap.”Shh...jangan cakap macam tu Khail.Uncle dengan kakak sentiasa ada untuk Khail.”Ucap Cikgu Kashaf sambil menahan tangisnya.


Tanpa disedari,tangan kecil yang digenggam erat itu sudah tidak bergerak lagi.Mikhail sudah pergi menghadap Illahi.Hujan rintik-rintik jatuh ke bumi seperti menangisi pemergian Mikhail.

6 tahun selepas itu,
                “Khail,mari sini dekat mama.”Panggil Julia.Dikucupnya si kecil itu dengan penuh kasih sayang.Tidak lama kemudian Cikgu Kashaf yang baru sahaja pulang daripada mengajar di Universiti Cambrige  sebagai pensyarah Bahasa Melayu memeluk erat anaknya itu.”Khail,papa rindu dengan Khail sangat-sangat tau.”Ujarnya dengan nada yang bahagia.”Jom,sayang.Kita balik rumah.Anak papa ini pun dah masam ni.Main gelongsor saja ni.”Gurau Cikgu Kashaf.”Jom.”Kata Julia sambil memaut erat lengan suaminya yang tercinta itu.
             
                  Selepas pemergian Mikhail,Julia telah berusaha bersungguh-sungguh dalam peperiksaan SPM.Setelah memperolehi keputusan yang cemerlang dalam SPM,Julia telah melanjut kan pelajarannya di London dalam bidang perubatan.Cikgu Kashaf pula telah menerima tawaran sebagai pensyarah Bahasa Melayu di Universiti Cambridge.
            
                Setelah tamat pelajarannya dalam bidang perubatan dengan keputusan yang cemerlang,Cikgu Kashaf telah melamar Julia.Mereka berkahwin dan dikurniakan seorang putera yang diberi nama Mikhail setahun selepas perkahwinan mereka.
             
                Semoga roh adiknya,Mikahil dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.Amin.
                

No comments: