Mereka Awesome :)

Sunday, January 1, 2012

Ya,aku sudah 19 Tahun!!!


Hujan rintik-rintik membasahi bumi kenyalang ini.Melenyapkan kesepian yang meranjaui diri ini.Termenung seketika diri ini di hadapan meja belajar.Nota Chemistry yang sudah habis diulangkaji dibiarkan terbuka."Ya,aku sudah 19 tahun."monolog ku bersendirian.Di sepanjang kedewasaan ini aku sedar banyak pengalaman pahit mahupun manis yang telah aku tempuhi.Dan aku sangat menyayangi pengalaman itu.Tanpa pengalaman aku tidak mungkin berada dalam kategori 19 tahun.

Begitu cepat masa berlalu meninggalkan diri ini.Sedar tak sedar dah besar rupanya aku ni.Kadangkala terimbas kembali bagaimana nostalgia aku dikala aku masih kecil.Menangis-nangis meminta agar mummy ku tidak meninggalkan aku bersendirian di sekolah (Tahun 1).Bagaimana aku pernah dibuli oleh rakan-rakan.Bagaimana aku pernah bersajak,bersyair,telatah dan ragam yang pelbagai ketika kecil.Tersenyum sendiri aku di ruang graviti atmosfera malam ini.

Apabila melihat kembali ke masa belakang sepanjang perjalanan si musafir ini,aku sedar waktu juga semakin singkat di bumi ini.Masih cukupkah ibadat ku sebagai seorang hamba-Nya?Jika ada "time machine" pasti ramai yang mahu memperbetulkan silap dan salah mereka.Itu aku pasti.Namun sebagai manusia yang kerdil ini aku sedar aku masih perlu belajar perbaiki apa yang kurang dan apa yang salah.Insyallah.

Tatkala aku duduk berhadapan dan bertatapan mata bersama kedua orang tua aku,aku bangga,bangga dengan mereka yang berjaya membesarkan aku sehinggalah aku berjaya melangkahkan kaki ku di tahap yang tertinggi sekarang ini.Di waktu usia orang tua ku dimamah waktu,aku tidak sanggup berpisah dengan mereka.Aku sangat menyayangi mereka.Setiap detik yang berlalu,aku ingin bersama mereka.Mutiara hangat terus mengalir tika rindu bertandang di hati kecil ini.Namun memikirkan tanggungjawab ku sebagai seorang anak,aku perlu korbankan semua perasaan itu.Tangan yang dipimpin sejak kecil ini untuk berlajar berjalan,berlari dan menjadi insan yang berguna pada masa hadapan akan sentiasa bekerja keras untuk menjadi yang terbaik.Terima kasih mummy and daddy for everything.

Setiap detik yang aku lalui di sepanjang kedewasaan ini aku belajar untuk menyayangi,bertanggungjawab,cinta,membantu,usaha,tawakal dan berdoa.Aku hanya manusia biasa yang hanya melakonkan wataknya di pentas dunia seperti yang sudah tertulis oleh-NYA.Sebagai manusia biasa aku memang tidak boleh lari daripada realiti semua perasaan ini.Begitu juga anda?Saya rasa.Hati dan perasaan manusia akan sentiasa berubah-ubah seperti berputarnya bumi mengikut orbitnya di cakerawala nun jauh di sana.

Bersempena tahun baru ini,aku berazam dan bertekad untuk menjadi lebih baik daripada waktu dahulu yang hilang dibawa angin malam dan sang mentari.Akan aku berusaha untuk menjadi muslimah yang baik.Muslimah yang boleh menyumbang jasa kepada keluarga,agama,bangsa dan seterusnya negara.Insyallah.Amin.Selamat Tahun Baru 2012 semua.

Coretan perantau bumi kenyalang,
-asreen as dedeq-



1 comment:

khairulazwa@blog said...

huhuhu....sobs...sobs....suasana sangat menyentuh...heee..... =)....nice post as...keep blogging..-azwa-