Mereka Awesome :)

Friday, August 17, 2012

Seandainya...


Assalamualaikum dan selamat malam aku ucapkan kepada kalian.Jadi pada kali ini aku memilih untuk menulis di waktu yang agak tenang dan sunyi dalam coretan kali ini.Jadi bulan Ramadhan juga sudah hampir dipenghujungnya dan akan melabuhkan tirainya.Mungkin ada yang sedih kerana bulan yang barakh ini sudah ingin melabuhkan tirainya dan mungkin ada yang gembira kerana Hari Raya Aidilfitri akan menjelma bagi menyambut kemenangan bagi mereka yang berjaya dengan ibadah puasa di bulan Ramadhan.Sungguh Allah s.w.t. sangat menyayangi umatnya.Alhamdullilah.Bagi aku tahun ni aku hanya sederhana sahaja.Terasa sedikit kesedihan menerpa benak hati kerana yang tersayang sudah tiada lagi disisi kerana pergi menghadap ilahi.Masih terkenang wajahnya di setiap lelapku.

Kadang-kadang menagis aku dalam dakapan sendiri.Berdoa dan berharap agar dirinya kembali disisi.Tapi itu mustahil.Tapi aku sentiasa bersyukur kerana masih diberi peluang untuk meluahkan kata sayang dan cintanya aku terhadap dirinya buat kali terakhir sebelum aku ke Sarawak dulu.Sesungguhnya Allah s.w.t. telah banyak mendengar dan memakbulkan doa aku.Aku sangat bersyukur.Aku akui,kadangkala aku bukannya seorang yang pandai dalam meluahkan rasa sayang dan cintanya aku pada dirinya walaupun aku memang sayang akan dirinya walaupun secara realitinya aku seorang yang puitis atau suka menulis kata-kata hiperbola.Sungguh kasihan kepada mereka yang seringkali dahagakan kata-kata sayang daripada aku.Tapi aku tidak mampu.

Pen serta kertas putih sentiasa menjadi peneman setia meluahkan kata-kata dan ilusi hati dan perasaan.Beruntung kepada sesiapa yang dapat membacanya dalam diari,kertas-kertas conteng atau mungkin kad manila yang pernah aku coretkan di atasnya.Sungguh aku boleh katakan bahawa aku sangat merindui dirinya.Aku ingin mendakapnya.Aku ingin bermanja bersamanya di setiap detik yang berlalu.Hati membuak-buak menjerit bahawa aku rindukan dirinya.Kadangkala Allah s.w.t. tempat untuk aku mengadu persaan yang membuak-buak ini.Pendengar yang setia.Aku bersyukur.

Tapi aku masih bersyukur kerana Allah s.w.t. sentiasa mengurniakan mereka yang sentiasa menyayangi akan diriku disetiap detik waktu.Ibubapa,keluarga,rakan-rakan dan masyarakat yang sentiasa disisi aku bila diperlukan.Terima kasih.Masih dapat aku hulurkan senyuman meski hati berkata tidak dan masih berduka.

Kepada mereka yang masih mempunyai orang yang tersayang disisi,sayanglah mereka selagi mereka ada bersama anda.Hargailah mereka.Itu yang boleh ku katakan.Katakan bahawa anda sangat menyanyangi mereka setiap kali celiknya mata di pagi hari.Terutama ibubapa anda dan yang sentiasa disisi anda di saat susah dan senang.Itu pesanku.Bagi mereka yang sudah kehilangan orang yang disayangi,sentiasalah berdoa untuk mereka disetiap doa anda dan sedekahkan Al-Fatihah buat mereka.Apa-apa pun aku ingin mengatakan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Sampai disini dahulu coretanku buat kalian.Semoga berjumpa di coretan yang akan datang.Insyallah.Assalamualaikum :)



No comments: