Mereka Awesome :)

Wednesday, August 1, 2012

PRS Suatu Ketika Dahulu :)

          Assalamualaikum..tiba-tiba teringin pula rasanya untuk meng"update" blog yang mungkin sepi bercerita.Jadi pada malam yang sunyi lagi tenang di bulan Ramadhan ini aku kembali mengetuk papan kekunci.Berlatar belakangkan muzik yang santai serta merehatkan minda.Baiklah..mungkin sudah agak lama cerita ini.Tapi aku ingin juga bercerita mengenainya.Agar sentiasa tersemat rasa bersyukur jauh di benak hati kita.Cerita yang bakal ku taipkan di skrin ini adalah mengenai AUTISM.Yup..pada tanggal 5 Oktober 2011 aku,rakan-rakan serta guru pengiring kami Mr.Abdul Al-Hafiz telah pergi ke Kuching Autism Centre di mana kanak-kanak yang menghidap Autism dihantar oleh ibubapa mereka untuk mempelajari teknik-teknik yang perlu dalam kehidupan seharian mereka.Ya..memang aku sangat teruja.Suka untuk aku pelajari benda baru.Kami berangkat ke sana dengan menaiki bas.Jadi untuk ekspedisi ni,aku ditugaskan sebagai fotographer.Memang minat aku untuk mengambil gambar.Jadi aku dengan berbesar hati memikul tanggungjawab ni.



Setelah tiba di Kuching Autism Centre,kami telah ditugaskan untuk melakukan part-part masing-masing.Disebabkan kapasiti kami yang agak banyak dan ruang yang terhad di situ,tidak semua antara kami dapat masuk ke dalam.Hanya sebahagian sahaja yang dapat masuk ke dalam dan sebahagian lagi di luar untuk melaksanakan gotong-royong.Aku pula memang syok mengambil gambar sana sini.Sedang aku asyik mengambil gambar,terasa tangan ku ditarik perlahan.Rupa-rupa ada yang meminati akan kamera Nikon aku.Okay aku kami pegang-pegang..hehe.Aku dan beberapa rakan yang lain dibawa masukke bilik-bilik khas bagaimana mereka melatih kanak-kanak yang menghidap Autism.Macam-macam kaedah khas yang aku nampak yang disediakan oleh pihak Kuching Autism Centre.




        Sempat juga aku menemu ramah salah seorang doktor yang bertanggugjawab di situ.Katanya Autism terbahagi kepada dua.IQ yang tinggi dan IQ yang rendah.Mereka kadang-kadang boleh menjadi obses akan sesuatu dan melakukan sesuatu itu berulang-kali.Sebagai contoh,meminati tali kasut.Jadi mereka akan bermain dengan tali kasut sahaja.Selain itu,mereka juga sangat sensitif pada cahaya,bunyi dan sentuhan dan kadangkala boleh menjadi hyperaktif.Menangis tanpa sebab.Ini adalah antara simptom-simptom Autism.





         Seharian aku dan rakan-rakan disana.Memang seronok.Kadang-kadang bila aku melihat kanak-kanak Autism hati terasa sayu.Tapi boleh aku katakan semangat mereka sangat tinggi dalam usaha mereka untuk memajukan diri mereka.Seharusnya kita patut berasa untung kerana dilahirkan sempurna.Tapi masih juga yang masih mengatakan mereka itu dan ini.Manusia adalah ciptaan Allah s.w.t. yang paling hebat.Oleh itu,kita sepatutnya bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan.



          Jadi kami semua telah berjaya dalam ekspedisi kali ini.Alhamdullilah semuanya lulus.Aku berharap suatu hari nanti aku dapat berbakti untuk mereka yang memerlukan.Insyallah.Sampai disini dahulu coretan ku.Semoga bertemu lagi :) Assalamualaikum..


No comments: