Mereka Awesome :)

Tuesday, August 7, 2012

Aku Dan Ramadhan Kali Ini

 Assalamualaikum..kembali aku dalam penulisan dan catatan yang seringkali suka untuk aku coretkan untuk dijadikan sebagai diari di masa hadapan atau mungkin sebagai memori bagi diri ini.Terasa tenang hati tatkala terjaga di malam hari yang sunyi lagi tenang.Pernah aku dengar orang berkata.Terjaganya kita daripada lena adalah kerana malaikat yang kejut.Setidak-tidaknya bacalah doa.Jika lagi ingin yang terbaik,Tahajudlah.Jadi aku adalah antara yang terjaga daripada lena ini.Jadi aku luangkan masa aku untuk mencoret bukan sahaja mengenai pendapat dan idea tapi melalui pengalaman.

Untuk bulan Ramadhan kali ini,ya aku sangat dekat dengan keluarga aku.Maklumlah aku tidak lagi menetap di Sarawak.Susana yang berbeza setiap kali Ramadhan datang menjelma.Masih aku terbayang Ramadhan tahun-tahun sebelumnya.Mungkin kali ini yang bezanya aku makin matang dan mungkin jarang sekali hendak bermain mercun.Lucu juga bukan bunyinya.

Baiklah,tidak lama lagi Ramadhan akan melabuhkan tirainya.Terasa sungguh cepat masa berlalu meninggalkan kita.Sama ada kita sedar atau leka itu tergantung pada diri masing-masing.Seharusnya boleh aku katakan kita yang harus cemburukan masa bukan masa yang harus cemburukan kita.Bagaimanakah amalan kita untuk Ramadhan kali ini?Adakah Ramadhan kali ini kita hanya sekadar menahan lapar dan dahaga,solat terawih,membaca Al-Quran,menjaga pandangan,menjaga iman atau amalan yang kita lakukan sudah memuaskan hati?"Flashback" memori kembali.Aku juga masih dalam proses pembangunan diri untuk menjadi muslimah yang lebih baik daripada sebelum ini.

Ya,tidak semua manusia sempurna.Masih ada cacat celanya.Tapi kita semua akan terus melakukan yang terbaik dan harus berdoa agar amal ibadat kita diterima oleh Allah s.w.t.Pernahkan anda duduk sendirian dalam keadaan yang tenang,mengenang kembali siapa diri kita dan perbuatan yang telah kita lakukan di masa lampau dan yang akan kita lakukan pada masa hadapan.Kadang-kadang muhasabah diri boleh membuatkan kita menangis mengenang perbuatan silam yang mungkin hanya kurang baik daripada sekarang.Mungkin boleh membuatkan kita tersenyum dek kerana kenangan yang manis.Untuk aku terus memandang ke masa hadapan kadang-kadang ngeri juga untuk aku fikirkan.Khuathir bagaimana diriku di masa hadapan.Adakah aku mampu untuk berbakti untuk kedua ibubapa,keluarga,masyarakat,bangsa dan negara aku?Hanya Allah s.w.t. yang mempunyai skema jawapan yang lengkap.

Siapa kita di masa hadapan adalah kita hari ini.Jadi haruslah sentiasa kita berdoa dan meminta serta muhasabah diri kepada Allah s.w.t. agar kita sentiasa dalam redhaNYA dalam apa jua yang kita akan tempuhi di masa hadapan.Pernah aku membaca ayat ini "Allah tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum jika mereka tidak merubah diri mereka".Jadi kita merupakan nadi pengerak utama dalam diri kita sendiri.Insyallah kita mampu melakukannya.Jadi untuk Ramadhan yang mulia ini,kejarlah peluang untuk melakukan amal ibadat serta merubah diri kearah yang lebih baik lagi.Jangan sibuk mengejar Kamdar pula ya,kejarlah Lailatulqadar.Bak kata Aizat.

Jadi aku kira sampai di sini dahulu coretan aku buat kali ini.Semoga kalian terhibur membaca penulisan kali ini.Salam Ramadhan.Puasa tau jangan tak puasa.hehe.Assalamualaikum :)



Perantau Bumi,
Asreen As Dedeq

1 comment:

khairulazwa@blog said...

salam...nice post as.....semoga Allah merahmati as dan seluruh keluarga As...dan ramadhan kali nie antara ramadhan yg terbaik dan penuh rahmat serta maghfirah Allah...=) God Protect You...=')